Aqiqah : Sembelihan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.
Hukumnya
Sunat mua’akkad. Syarat yang afdhal untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing yang cukup syarat; sampai umur, tidak cacat, milik mutlak. Manakala bagi anak perempuan satu ekor. Hadits dari Ummu Khazr al-Ka’biyah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: ( )
“Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang mirip (sebaya dan seumur), dan untuk anak perempuan satu ekor. Aqiqah boleh dilakukan serentak di atas bahagian yang sama dengan korban. Pada hari aqiqah disunatkan anak yang baru lahir diberi nama yang bagus dan dicukur rambutnya serta bersedekah seberat timbangan rambutnya (bagi yang mampu) dengan perak.
Dalil sunat aqiqah
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah ketika mengaqiqahkan Hasan :”hai Fatimah!, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham”.

No comments:
Post a Comment