Firman Allah (S.W.T.): “Dan tolong menolonglah kamu untuk berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong untuk berbuat dosa dan permusuhan”. (al-Maaidah: 2)
Para fuqaha’ mendifinisikan ‘Ariyah sebagai; pembolehan oleh pemilik akan miliknya untuk dimanfaatkan oleh orang lain dengan tanpa ganti (imbuhan).
Syarat 'Ariyah.
- Bahawa orang yang memberi pinjaman itu adalah pemilik yang berhak untuk menyerahkannya.
- Bahawa barangan yang dipinjamkan itu dapat dimanfaatkan.
- Bahawa cara gunanya itu diharuskan oleh syara’.
Adapun bagi mereka yang meminjam barangan orang lain kemudian menyewakan pula kepada orang lain bagi tujuan memdapat manfaat daripadanya hukumnya tidak harus jika tidak mendapat keizinan dari pemilik asalnya, ini mengikut mazhab Hanbali. Tetapi Abu Hanifah dan Malik mengharuskannya jika bukan untuk mendapat manfaat daripadanya, iaitu penggunaannya untuk hal-hal yang sama dengan syarat asal pinjamannya.
Jika barangan yang dipinjam rosak maka si peminjam wajib menanggung kerosakan itu, dan si peminjam mestilah menghantarnya kembali dalam keadaan seperti asal, tanpa menjejaskan fungsi sesuatu barangan.
Di antara barangan yang tidak harus dipinjam ialah barangan yang akan berkurangan kandungannya, bentuknya, atau sebagainya jika digunakan oleh orang lain. Contohnya, tidak boleh meminjam gula untuk dibuat teh, sabun untuk digunakan semasa mandi atau membasuh, kerana semua barangan seumpama itu akan berubah bentuk, kandungan dan fungsinya apabila dikembalikan.
No comments:
Post a Comment