Hablum Minannas

Tindakan dan pekerjaan yang ada hubungannya dengan persoalan fardhu kifayah merangkumi bidang-bidang muamalat (jual beli), pendidikan, soal-soal politik pemerintahan dan persoalan alam sejagat. Hablum minannas lebih luas ruang lingkupnya kerana manusia mesti berkeluarga, berjiran, bermasyarakat. Di dalamnya boleh ditegakkan pendidikan masyarakat ke arah menegakkan ‘amar bil ma’aruf’ dan ‘nahi anil munkar’. Persoalan kebajikan terhadap masyarakat dan peranan dalam mewujukan suasana politik dan pemerintahan Islam.
Umat Islam akan ditimpa kehinaan jika salah satu daripada bentuk ibadah-ibadah ini diabaikan. Apa lagi kalau kedua-duanya ditinggalkan. Bahkan jika kedua-duanya ditegakkan tetapi perlaksanaannya tidak menurut syariat, penghinaan tetap akan menimpa. Di antara bentuk penghinaan yang akan menimpa ialah berlakunya maksiat dan kemungkaran berlaku, jenayah dan krisis moral yang semakin menjadi-jadi. Timbul pertelingkahan dan perkelahian yang boleh membawa kepada peperangan dan pertumbahan darah antara satu negara dengan satu negeri yang lain. Jenayah semakin berleluasan, perkosaan dan ancaman akan lebih terbuka, sehingga orang-orang kaya dan anak-anak gadis sentiasa mereka terancam dan tidak tenteram.
Sebagaimana firman Allah: “telah lahirlah kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh usaha tangan manusia itu sendiri, supaya Allah (S.W.T.) merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, moga-moga mereka kembali ke jalan yang benar. (ar-Rum: 41)

No comments: