Haji

HAJI : Menurut bahasa ertinya berkunjung ke suatu tempat yang mulia dan dimuliakan, manakala menurut syarak bermaksud mengunjungi Ka'abah (Baitullahil Haram) dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah dengan syarat-syarat yang tertentu, rukun-rukun yang tertentu dan masa yang tertentu.

Syarat Wajib Haji
  1. Islam

  2. Baligh (Kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan, cuma sunat sahaja)

  3. Sihat akal fikiran (tidak wajib bagi orang-orang gila)

  4. Merderka, tidak diwajibkan kepada hamba (termasuk orang dipenjara)

  5. Mampu (berkuasa melakukannya, tidak wajib bagi orang yang tak mampu dari segi kewangan, kesihatan dan tidak ada halangan yang menghalang di dalam perjalanan sehingga boleh seseorang boleh sampai kepadanya)


Pengertian mampu

Mampu itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu;

Mampu binafsi, iaitu mampu mengerjakan dengan sendiri; mempunyai bekalan yang cukup untuk pergi dan balik serta nafkah bagi keluarga yang ditinggalkan tanpa berhutang. mempunyai kenderaan yang baik yang boleh menyampai kepadanya dalam waktu haji. Bagi wanita ada bersamanya mahram, atau wanita lain yang diyakini baik akhlaknya.

Mampu Istita'ah, iaitu mampu dengan pertolongan orang lain.

Dalil Wajib Haji

Firman Allah s.w.t: Ali Imran : 97.


Maksudnya: "Di situ ada tanda-tanda keterangan Yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan sesiapa Yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa Yang kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk".

Haji wajib dikerjakan bagi orang-orang yang cukup segala syaratnya hanya sekali seumur hidup. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Aqra' bin Habis berkata: Ya Rasulullah! Apakah haji itu wajib dikerjakan tiap-tiap tahun, atau cukup hanya sekali sahaja? Jawab Rasulullah: "Ya, yang wajib hanya sekali sahaja; maka sesiapa yang menambahnya itu adalah sunat".

Jenis-Jenis Haji
Haji terbahagi kepada 3 jenis, iaitu: Haji Ifrad, Haji Tamattuk dan Haji Qiran.

Visual Cara Mengerjakan Haji.



No comments: