Hari Asyura : Iaitu hari yang ke 10 Muharram. Kaum Bani Israel dan Quraisy diwajibkan berpuasa pada 10 muharram. Rasulullah juga berpuasa pada hari 10 muharram. Hukum berpuasa sunat. Pada 10 Muharram;
1. Allah (S.W.T.) menjadikan ‘Arasy.
2. Allah (S.W.T.) mencipta Malaikat Jibril a.s.
3. Allah mencipta Luh Mahfudz.
4. Hari pertama Allah (S.W.T.) menciptakan alam.
5. Hari pertama Allah (S.W.T.) menurunkan rahmat.
6. Hari pertama Allah menurunkan hujan dari langit.
7. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah (S.W.T.) dan taubatnya diterima, sehingga ia bersih dari dosa.
8. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah (S.W.T.) ke tempat yang tinggi.
9. Nabi Nuh a.s. diselamatkan oleh Allah (S.W.T.) ketika banjir besar yang menenggelamkan umatnya.
10. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah (S.W.T.) dari pembakaran Raja Namrud.
11. Allah (S.W.T.) menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
12. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara, setelah meringkuk beberapa tahun akibat difitnah oleh Siti Zulaikha.
13. Nabi Ya’akub disembuhkan oleh Allah (S.W.T.) dari penyakit butanya yang diderita akibat berpisah dengan puteranya Yusuf a.s.
14. Nabi Ayub disebuhkan oleh Allah (S.W.T.) dari penyakit yang dideritainya.
15. Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
16. Allah (S.W.T.) mengizinkan Nabi Musa a.s. membelah laut untuk menyelamatkan diri dari kejaran Fir’aun dan bala tenteranya.
17. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni oleh Allah (S.W.T.).
18. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah (S.W.T.) kerajaan yang besar.
No comments:
Post a Comment