Hari Maulid: Iaitu 12 Rabiul Awwal setiap tahun. Pada hari inilah Rasulullah s.a.w. dilahirkan. Pada tahun kelahiran baginda dikenali juga sebagai Tahun Gajah. Orang yang mula-mula memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad (S.A.W.) ialah golongan Ubaidiyyun yang dimulakan oleh Ubaidillah al-Qaddah, yang hidup dalam kurun ke 4 Hijrah di kalangan pemerintah kerajaan Fatimiyah di Mesir.
Hukum Mengingati Hari Maulid Nabi
Hukum mengingati hari maulid nabi menurut as-Suyuti ialah Bid'ah Hasanah. Al-Hafidz Jalaludin al-Suyuthi telah menulis di dalam kitab "al-Haawii lil-Fatawaa", bahawa al-Hafidz ibnu Hajar al-Asqalani telah ditanya mengenai perayaan menyambut Maulidurrasul dan beliau telah memberi jawapannya sebagaimana berikut:
“Adapun perbuatan menyambut Maulid Nabi merupakan bid'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafusshaleh sejak 300 tahun pertama sesudah hijrah. Walaupun begitu, hal itu penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji, meskipun kadangkala dinodai oleh perbuatan-perbuatan yang tidak seharusnya. Jika peringatan kelahiran Nabi s.a.w. itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar syari'ah maka ia tergolong perbuatan Bid’ah Hasanah, tetapi jika peringatan tersebut diisi perkara-perkara yang melanggar syari'ah maka bukan tergolong bid'ah hasanah".
Al-Hafidz as-Suyuthi juga menyatakan perayaan Maulid tersebut hukumnya sunnat/manduub (Rujuk kitab: Husnul-Maqashid Li 'Amalil-Maulid, Karangan As-Suyuti, hal. 54, 62, 64, 65)

No comments:
Post a Comment