Hukum Akal

Ialah menentukan sesuatu kepada sestau atau menafikan dan terus berlaku menurut keadaan serta kemampuan berfikir. Hukum ini terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu: Wajib, Mustahil dan Harus. Wajib pada akal ialah barang yang tidak diterima akal tiadanya, misalnya wajib ada tuhan yang menjadikan alam ini, kehidupan ini dan semua yang ada disekeliling kita. Mustahil pada akal ialah barang yang tidak diterima pada akal tiadanya. Seperti, mustahil tiada tuhan yang mengatur alam ini dengan cakerawala yang bertaburan dan berterbangan, malam yang silih berganti dengan siang dan sebagainya. Manakala Harus pada akal pula ialah barang yang diterima pada akal ada atau tiadanya. Misalnya; harus perangai rasul sama dengan perangai manusia.

No comments: