Ialah perintah Allah (S.W.T.) ke atas orang yang mukallaf yang meliputi perkara-perkara yang halal, haram, makruh, harus, sunat dan lain-lain. Lihat Syari’at’.
Hukum syara’ terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Wajib: Diberi pahala yang mengerjakannya dan disiksa apabila meninggalkanya seperti solat, puasa Ramadhan dan sebagainya.
2. Sunat: Diberi pahala kepada yang mengerjakannya dan tidak berdosa meninggalkannya seperti memberi sedekah dan menderma.
3. Harus: Tidak diberi pahala mengerjakannya dan tidak diazab meninggalkan perbuatan itu, seperti makan dan minum.
4. Makruh: Diberi pahala bagi mereka yang meninggalkanya dan tidak diazab mengerjakannya seperti makan makanan yang berbau busuk seperti petai, jering, budu, genuak, ikan jeruk, belacan, dan seumpamanya.
5. Haram: Diberi pahala kepada mereka yang meninggalkannya dan diazab apabila mengerjakannya seperti berjudi, berzina, minum arak dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment