Kaedah Fiqh

Pengertian Qawaid Fiqhiyyah

Qawaid – merupakan bahasa Arab kata jama’ (banyak) dari Qaidah.

Qaidah – memberi erti asas rumah dan sebagainya.

Cuba lihat Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 127.

Dari sudut istilah para fuqaha – Hukum Kulliy yang dipraktik ke atas keseluruhan masalah juziyyah (detail).


Asas Kaedah Fiqhiyyah

Pertama : (الأمور بمقاصدها ) Ertinya: segala perkara itu bergantung kepada tujuannya (niatnya)

Maksudnya – amalan & tindakan seseorang sama ada perbuatan/perkataan maka natijah hukum Syara’nya berbeza dengan sebab berbeza tujuan amalan seseorang dan tindakkannya.

Ini membawa maksud tiap-tiap perkara itu menurut tujuannya atau setiap perkara diambil kira berdasarkan niatnya. Oleh itu amalan-amalan yang dilakukan oleh mukallaf bergantung kepada apa yang diniatkannya.Kaedah ini diambil brdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:


إنما الأعـمـال بـالـنية و إنمـا لإمرىء مـا نوى
فـمـن كـانت هـجـرته إلى ألله ورسـوله فـهـجـرته إلى ألله ورسـوله
ومـن كـانت هـجـرته لـدنـيا يـصـيـبـها او إمـرأة يـتـزوجـها فـهجـرته إلى مـا هـاجـر إلـيـه.


Yang bermaksud: "Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya. Maka hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya". (riwayat Muslim) Selain daripada ini terdapat banyak lagi hadith-hadith Rasulullah yang menyebut tentang amalan yang dilakukan berdasarkan niat. Oleh sebab kerana itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu perkara itu samaada diberi pahala atau pun dosa. Jadi amalan yang tidak disertakan dengan niat tidak akn mendatangkan apa-apa kesan kepada perbuatan seseorang mukallaf. Kaedah ini lebih menumpukan kepada niat seseorang mukallaf dalam melakukan sesutu perkara yang berkaitan dengan hukum syarak.

5 kaedah pula tercetus dalam kaedah ini iaitu :

1. Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang ia bukan jenis adat, atau ia tidak ada kesamaran dengan yang lain.

2. Disyaratkan ta’yin (menentu) dalam mana-mana amalan yang mempunyai persamaan, tetapi tidak disyaratkan ta’yin pada amalan yang tidak kesamaran dengan yang lain.

3. Sesuatu amalan yang tidak diisyaratkan ta’arud baginya sama ada secara ringkas mahupun terperinci , apabila dita’yinkan dan tersalah ta’yin itu maka ia tidak memudharatkan (tidak batal).

4. Amalan-amalan yang diisyaratkan ta’yin, (jika) tersalah ta’yin maka ia membatalkan amalan itu.

5. Amalan-amalan yang wajib dita’arud baginya secara ringkas dan tidak diisyaratkan ta’yinnya secara terperinci apabila dita’yinkan dan tersalah maka ia jadi mudharat (batal).

6. Niat dalam bersumpah boleh mengkhususkan lafaz yang umum, tetapi ia tidak boleh mengumumkan lafaz yang yang khas.

7. Tujuan dan matlamat lafaz adalah dirujuk kepada niat orang berlafaz kecuali atau masalah sahaja iaitu sumpah dihadapkan hakim.

8. Yang diambil kira dalam masalah akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya, bukan berdasarkan kepada lafaz dan kalimat-kalimat sahaja.

No comments: