Sedekah berbeza daripada Hadiah walaupun dari segi perbuatannya sama iaitu memberi dan menerima. Sedekah berlaku di antara pemberi dari kedudukan tinggi kepada penerima yang lebih rendah kedudukkannya.
Sedekah wajid ialah zakat; zakat hanya dapat dilakukan jika ada kekayaan tertentu yang dihasilkan melalui usaha. Maka sungguh beruntunglah para pengusaha dan pedagang yang dengan kekayaan yang dilimpahkan Allah kepada mereka, dapat menunaikan zakat hartanya setiap tahun. Di sinilah kelebihan para saudagar dan pengusaha beriman dan bertakwa dapat menjadi ‘tangan atas’ (pemberi) dibandingkan dengan penerima sedekah.
Untuk menjadi dermawan yang mampu diperlukan harta, ini dapat diperolehi melalui usaha dan berdagang (jual beli) yang halal.
Memberikan sedekah, baik yang wajib iaitu zakat, mahupun sedekah sunat kepada fakir miskin adalah kebajikan yang dituntut agama Islam.
Hartawan dan pengusaha muslim yang hidupnya mengarah kepada keredhaan Allah, akan mencari harta sekuat tenaga, lalu tanpa ragu-ragu menginfakkan kepada saluran-saluran yang telah ditentukan syarak.
Dalil-dali dari al-Qur’an dan Hadits yang menggalakkan bersedekah antaranya firman Allah sw.t.:


Syarat-syarat sah sedekah
Sedekah dipandang sah jika memenuhi syarat-syarat di bawah;
- Pemberi Sedekah itu sihat akalnya dan tidak dibawah pengawasan (wali) orang lain. Tidak sah seekahnya jika dilakukan terus oleh orang gila, anak-anak belum baligh dan orang-orang yang kurang sihat jiwanya (seperti pemboros). Tetapi jika anak-anak di bawah jagaan ibubapa sah sedekahnya jika pemberiannya diizinkan oleh ibubapa dan pahalanya akan kembali kepada ibubapa.
- Penerima Sedekah adalah orang-orang yang sangat berhajat, seperti kerana keadaannya terlantar sakit, tidak mampu untuk bekerja, keperluan hidup tidak mencukupi atau dengan kata lain pendapatannya tidak mampu menampung keperluan minimanya. Maka sedekah yang diberikan kepada orang yang mampu tidak sah tetapi bertukar menjadi hadiah.
- Penerima sedekah haruslah orang yang berhak memiliki. Jadi sedekah kepada anak di dalam kandungan tidak sah.
- Barang yang disedekahkan itu harus bermanfaat kepada penerimanya.
Rukun Sedekah
Rukun sedekah ada 4 perkara iaitu:
- Pemberi.
- Penerima.
- Ijab dan Qabul, ertinya: Pemberi menyatakan memberikan sesuatu dan Penerimanya menerima dengan rela dan gembira.
- Barang (benda) yang disedekahkan.
No comments:
Post a Comment