Solat Isyrak

SOLAT SUNAT ISYRAK : Solat sunat 2 rakaat (rakaat sebenar tidak ditentukan) yang dilakukan ketika matahari naik segalah (kira-kira melepasi pokok).

Lafaz niatnya:
Ertinya: "Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah taala”.
Selepas fatihah rakaat pertama dibaca surah al-Kaafirun dan selepas fatihah rakaat kedua dibaca surah al-Ikhlas.

Dan selepas salam bacalah doa ini;

Ertinya : "Segala puji hanya bagi Allah yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah menerbitkan matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, kurniakanlah bagiku kebaikan hari ini dan jauhkanlah daripadaku keburukan (kejahatan) hari ini. Ya Allah, terangilah hati-hati kami dengan cahaya hidayahMu, sebagaimana Engkau terangi bumi ini dengan cahaya matahariMu terus menerus,  dengan rahmatmu wahai tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Walau bagaimanapun kita boleh berdoa dengan doa kita sendiri, samada memohon rezeki, keselamatan, jauhkan dari bala, mohon rahmat dari Allah s.w.t. dan sebagainya.

5 comments:

Budak Ayer Hitam said...

Maksud doa ada yang tertinggal. "terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana dikau terangi bumi ini dengan cahaya matahariMu

Farawella said...

Thank u for posting this, it really helps.. Thank you :)

Farawella said...

Salam, thank u for posting this, it really helps, terima kasih..

Unknown said...

ASM, saya ingin tahu duration solat sunat Isyrak INI..setahu saya,start selepas 15 min Dari waktu syuruk..tetapi bilakah akhirnya? Terima kasih.

Ensiklopedia Muslim said...

Akhir solat Isyrak ialah apabila masuk waktu Dhuha.