Surah al-Ankabut 29 : Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 69 ayat. Dinamakan surah “Al-‘Ankabut” (Perihal Labah-labah) kerana misalnya perbandingan yang berhubung dengannya ada disebutkan pada ayat 41.
Intisari kandungannya: Menegaskan bahawa orang-orang Islam tidak culup dengan hanya beriman dan mengaku menjadi Islam sahaja, tetapi hendaklah menerima sabar dan tabah hati menerima ujian, samada ujian itu berupa perintah-perintah ugama yang wajib dilaksanakan atau berupa larangan-larangan ugama yang wajib dijauhi, atau berupa kesusahan dan kemalangan yang menimpa diri dan hartabenda.
Kemudian Allah Ta’ala memerintahkan Nabi Muhammad (s.a.w) dan umatnya membaca Al-Qur’an, memahami dan mengamalkannya serta mendirikan sembahyang dengan tetap dan sempurna, ikhlas dan khusu’, kerana sembahyang yang demikian keadaannya daripada perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar; kerana yang demikian, sangat besar manfa’atnya.
Diterangkan pula, kalau berlaku ugama di antara orang-orang Islam dengan golongan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) hendaklah berbahas dengan mereka dengan cara yang baik, lemah-lembut, dan dengan mengemukakan hujah-hujah yang benar yang menunjukkan kebenaran Islam kesesatan kaum kafir. Kecuali orang-orang yang menceroboh di antara mereka maka gunakanlah cara yang keras untuk menentang pencerobohannya.
Ditegaskan pula bahawa Al-Qur’an ul_Karim tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi, bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam hati orang-orang yang berilmu.
Oleh kerana orang-orang Islam dalam zaman Nabi (s.a.w) telah diganggu dan dihalang daripada menjalankan ugamanya kerana mereka masih kecil bilangannya, lalu diizinkan oleh Allah Ta’ala keluar berhijrah supaya beribadat dengan bebasnya.
Surah ini diakhiri dengan menerangkan perjuangan suci yang sewajibnya dijalankan selagi nyawa dikandung badan. Ya’ni orang-orang yang beriman, yang berjuang menegakkan Islam, akan bertambah lagi mendapat hidayah petunjuk dan taufik ke jalan Allah yang membawa kepada keselamatan di dunia dan akhirat.
Berjuang untuk menegakkan Islam, sudah tentu dengan berusaha mengembangkan ajaran-ajarannya da kebudayaannya, menangkis tuduhan-tuduhan golongan laindengan syarahan dan tulisan, dan mengangkat senjata menentang penceroboh musuh yang menyerang umat Islam dan negara Islam.
No comments:
Post a Comment