Surah ar-Ruum 30 : Surah ini diturunkan di Mekah mengandungi 60 ayat. Dinamakan surah “Ar-Ruum” (perihal Bangsa Rom) kerana peristiwa mengenainya ada disebutkan pada ayat-ayat 2 hingag 4.
Intisari kandungannya: Pada awal surah ini, Allah Ta’ala menegaskan bahawa orang-orang Rom yang sedang mengalami kekalahan akan dapat mengalahkan musuhnya - orang-orang Majusi - dalam masa tidak sampai sepuluh tahun, dan pada sa'at itu orang-orang Islam akan bergembira dengan kemenangan
yang di beri Allah Ta’ala terhadap musuh mereka – kaum kafir musyrik di Mekah, dan bergembira pula mendengar berita kemenangan Rom.
Kemudian ditegaskan lagi bahawa segala yang telah dijanjikan oleh Alalh Ta’ala samada yang berhubung dengan dunia atau yang berhubung dengan akhirat, tetap berlaku. Dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mengetahui bahawa kemenangan dan kejayaan itu tidak akan dapat dicapai melainkan oleh orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya menurut peraturan yang telah ditentukan oleh Allah Ta’ala.
Ditegaskan pula bahawa bala, bencana yang tidak putus-putus berlaku di sana sini adalah perbuata-perbuatan ma’siat yang dilakukan oleh manusia sendiri. Mereka ditimpa dengan demikian supaya segera insaf dan menjahi segala perbuatan yang durjana. Jika tidak, maka balasannya lebih buruk lagi.
Surah ini diakhiri dengan menegaskan bahawa jalan keselamatan dan kebahagiaan seseorang telahpun diterangkan oleh Allah Ta’ala di dalam Al-Qur’an, maka tidak ada jalan untuk orang-orang yang mengingkarinya berdalih lagi.
Lalu diperintahkan supaya Nabi Muhammad (s.a.w) bersabar, kerana kemenangan dan kejayaan yang telah dijanjikan oleh Allah Ta’ala kepadanya tetap berlaku.
No comments:
Post a Comment