Surah al-Furqan 25 : Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 77 ayat. Dinamakan surah “Al-furqan” (Al-Qur’an) kerana Allah Ta,ala menerangkan tujuan diturunkan Al-Qur’an kepada hambanya Nabi Muhammad (s.a.w) untuk menjadi peringatan dan amaran bagi penduduk seluruh alam, sebagaimanayang tersebut pada ayat pertama.
Intisari kandungannya: Menerangkan dalil-dalil tauhid yang membuktikan keesaan Allah Ta’ala dan kekuasaanNya. Menerangkan kebenaran RasulNya dan kekesatan kaum kafir musyrik. Menegaskan bahawa orang yang bertuhankan hawa nafsu, akan melakukan apa sahaja yang dikehendakinya dengan tidak tersekat-sekat lagi, dan tidak pula mahu mendengar nasihat pengajaran.
Kemudian Allah (s.w.t) menunjukan firmanNya kepada Nabi (s.a.w) dengan menegaskan bahawa kalau mahu mengutuskan kepada: penduduk tiap-tiap sebuah negeri seorang Rasul, tentulah Ia akan melakukannya dan akan ringanlah tugas Nabi Muhamad (s.a.w) tetapi Ia telah mengutus Baginda kepada seluruh penduduk dunia, lalu diperintakan supaya Baginda berusaha dengan bersungguh-sungguh serta bersabar dalam perjuangannya menyiarkan Islam.
Diperintahkan lagi, bahawa dalam Baginda menegakkan kebenaran Islam, janganlah ia bertolak ansur dengan orang-orang kafir, tetapi hendaklah menentang mereka dengan bersungguh-sungguh, berdasarkan hujah-hujah dan keterangan Al-Qur’an.
Kemudian Allah Ta’ala menerangakan bahawa hamba-hambaNya yang diredhaiNya, yang merupakan orang-orang Islam sejati, ialah mereka yang berakhlak mulia; yang tekun mengerjakan ibadat kepada Allah pada malam hari; yang berdoa semoga Allah Ta,ala menjauhkan mereka dari azab neraka; yang membelanjakan hartanya pada jalan kebajikan, serta pula berlaku boros atau bakhil kedekut; yang tidak melakukan syirik dan melakukan jenayah membunuh orang, dan tidak pula melakukan zina; dan menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadaya; dan apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya tidaklah mereka duduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta, bahkan mereka mendengar dan penglihatan yang terang dan jelas nyata; dan berdo’a semoga mereka beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan mereka perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan berharap semoga mereka dijadikan imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa. Mereka semuanya akan ditempatkan di dalam syurga yang tidak terperi ni’mat kesenangannya.
Sebaliknya orang-orang melakukan perkara-perkara yang di haramkan, buruklah balasannya, kecuali mereka yang bertaubat dan beriman serta beramal salih, maka Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan, kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha mengasihani.
No comments:
Post a Comment