Surah an-Nuur

Surah an-Nuur 24 : Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 64 ayat. Dinamakan surah ‘An-Nur’ (cahaya) kerana bandingan mur hidayah petunjuk Allah (s.w.t.) ada disebutkan perihalnya mulai ayat 35.

Intisari kandungannya: menerangkan hukum yang dikenakan kepada orang yang berzina – lelaki dan perempuan. Juga menrangkan hukum orang-orang yang melakukan tuduhanzina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, dan hukum orang yang melakukan tuduhan yang demikian kepada isterinya.

Membesihkan nama baik Siti A’isyah (r.a.a) dari tuduhan dusta yang dilemparkan kepadanya oleh kaum munafiq di Madinah. Pembersihan nama baik Siti Ai’syah itu diabdikan oleh Allah (s.w.t.) dalam beberapa ayat suci yang kekal dibaca turun temurun di dalam al-Qur’an al-Karim.

Mnerangkan cara dan adab peraturan berziarah ke rumah orang lain supaya terhindar dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini, lebih-lebih lagi kalau masa itu orang lelaki tidak ada di rumah.

Kemudian Allah (s.w.t.) perintahkan orang-orang Islam lelaki dan perempuan, supaya mereka menyekat pandangan masing-masing daripada melihat yang haram, dan menjaga kehormatannya daripada melakukan zina atau lain-lain perkara yang keji. Selain dari itu, permpuan-perempuan Islam, diharmkan mendedahkan tubuhnya kepada lelaki yang bukan mahramnya, kecuali anggota tubuhnya yang zahir, yakni bulatan muka dan kedua tapak tangan.

Setelah menerangkan bandingan nur hidayah petunjuk Allah, lalu diterangkan perihal orang-orang yang beriman dan bahawa mereka di dunia berada dalam sinaran cahaya hidayah yang berlapis-lapis, yang dilimpahi Allah kepada mereka, dan di akhirat pula mereka akan menerima sebaik-baik balasan disebabkan amal-amal salih yang mereka kerjakan.

Setelah itu ditegaskan bahawa umat Islam yang beriman dan beramal salih akan dikurniakan memegang kuasa pemerintahan di bumi.

Apa yang telh dijanjikan oleh Allah (s.w.t.) telah berlaku, kerana umat Islam yang pada mulanya kecil jumlah, ditindas dan diancam oleh musuh telah berjaya terutamanya di zaman Nabi dan sahabat-sahabat baginda mencapai kuasa pemerintahan, menghancurkan musuh-musuh yang menceroboh, dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia.

Surah ini diakhiri dengan menegaskan bahawa Allah (s.w.t.) jualah yang menguasai dan mengetahui keadaan sekalian makhluknya, dan mereka semua akan kembali kepadaNya untuk diterangkan kepada mereka apa yang mereka telah kerjakan.

No comments: