Surah asy-Syu’araa’ 26 : Surah ini dutrunkan di Mekah, mengandungi 227 ayat. Dinamakan surah “ Asy-Syu’araa’ (Perihal ahli-ahli Sya’ir) kerana sifat-sifat mereka ada di sebutkan pada ayat-ayat 224-227.
Intisari kandungannya: Menarik perhatian Nabi Muhammad (s.a.w) supaya jangan-jangan pula Baginda membinasakan dirinya dengan menanggung dukacita sisebabkan perbuatan kaum kafir musyrik yang menentangnya, dan menegaskan bahawa Baginda hanyalah menyampaikan ugama Allah, sedang Allah jualah yang memberi hidayang petunjuk.
Diterangkan pula kalau Allah Ta’ala hendak memaksakan mereka untuk beriman, tentulah Ia akan menurunkan kepada mereka sesuatu mu’jizat dari langut yang akan menjadikan mereka mematuhiNya; tetapi Ia tidak menghendaki yang demikian, kerana masing-masing diberi kebebasan memilih, setelah diterangkan kepada mereka: mana yang benar mana yang salah.
Setelah menerangkan perbezaan di antara Rasulullah (s.a.w) yang benar serta mendapat wahi dari Allah ‘Azza wa Jalla, dengan pendusta-pendusta- pawang-pawang dan ahli-ahli sihir yang mendapat bisikan dari Syaitan, lalu ditegaskan bahawa Al-qur,an ul-karim bukanlah sya’ir dan Baginda yang menyampaikannya bukanlah seorang penya’ir sebagaimana yang pernah dituduh oleh kaum kafir musyrik, kerana ahli-ahli sya’ir itu lazimnya tidak berdasarkan kebenaran, hanyalah menurut khayal semata-mata, dan mereka yang demikian hanya menjadi pemimpin bagi golongan yang sesat. Ditegaskan lagi, bahawa penya’ir-penya,ir itu merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tia-tiap lembah khayal dan angan-angan kosong. Ya’ni lazimnay itulah sifat penya’ir sedang Nabi Muhammad (s.a.w) tidak bersifat demikian.
Dalam pada itu, ditegaskan:bahawa bukan semua sya’ir dan ahli-ahli sya’ir itu terkeji, bahkan ada diantaranya yang terpuji dan diredhai Allah Ta’ala iaitu jenis-jenis sya’ir yang dicipta penya’ir yang beri-iman dan beramal salih, yang berdasarkan kebenaran, yang terjalin dengan kata-kata yang indah dan sopan, terutama yang dapat menggambarkan keesaan Allah Ta’ala dan kekuasaaNya, kebenaran Rasullulah (s.a.w) dan perjuangannya, kebenaran Islam dan hidayah petunjuknya, sebagaimana yang dilakukan oleh penya’ir-penya’ir Islam dalam zaman Nabi, yang mendapat galakan dan do’a restu Baginda. Semenjak utu penya’ir-penya’ir yang demikian sifatnya silih berganti hingga hari ini dan seterusnya.
No comments:
Post a Comment