Surah Al-Hajj 22 : Surah ini diturunkan di Madinah, dinamakan surah “Al-Hajj” (perihal ibadat haji) kerana perintah Allah (s.w.t.) mengenai amalan haji ada disebutkan mulai ayat 26.
Intisari kandungannya: Menerangkan tentang hari akhirat dan menarik perhatia umat manusia jika ada sesiap yang menaruh syak tentang kedatangan hari kiamat hendaklah mereka memikirkan keadaan kejadian diri mereka sendiri nescaya akan hilanglah keraguan mereka dan akan dapatlah diketahui bahawa Allah (s.w.t.) yang berkuasa menciptakan mereka pada mulanya tentulah berkuasa mengihidupkan mereka semula pada hari kiamat untuk diadili dan menerima balasan.
Dietgaskan pula bahawa Allah (s.w.t.) tetap akan menolong Nabi Muhammad (s.a.w) dalam alam kehidupan dunia ini untuk mengembangkan Islam dan mencapaiu kemenangan, serta mengurniakannya dengan sebesar-besar kemuliaan diakhirat kelak. Sesiapa sahaja dari musuh-musuh Islam yang menyangka sebaliknya – disebabkan hasad dengkinya – maka biarlah dia membunuh diri, kerana segala rancangannya yang jahat tidak akan dsapat menyekat pertolongan Allah (s.w.t.) kepada RasulNya.
Oleh kerana junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w) dan orang-orang Islam yang besertanya telah ditindas dengan kejam oleh kaum kafir musyrik di Mekah sehingga baginda dan pengikut-pengikutnya terpaksa berhijrah ke Madinah, dan oleh kerana kaum kafir musyrik tidak putus-putus mengancam dan mencerobih, maka baginda dan orang-orang Islam yang telah puas bersabar – diizinkan Allah (s.w.t.) menhunus senjata menentang pencerobohan itu. Kesudahannya baginda mencapai kemenangan yang besar dan tidak lama kemudian Mekah dikuasai oleh baginda dan seluruh penduduk memeluk Islam.
Umat Islam telah dipuji oleh Allah (s.w.t.) kerana mereka berjuang untuk menegakkan kebenaran, manakala mereka memegang kuasa, mereka menjalankan hukum-hukum syari’at Islam dengan sempurna.
Diterangkan pula tentang bagaimana Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan oleh Allah (s.w.t.) mendirikan “Baitullah” (Ka’abah) di Tanah Suci Mekah. Kemudian Allah (s.w.t.) menerangkan amalan ibadat Haji dan faedah-faedahnya yang didapati oleh orangt-orang yang mengerjakannya.
Surah ini diakhiri dengan memerintahkan supaya umat Islam berjihad (berjuang) dengan bersungguh-sungguh mengerjakan suruhan Allah (s.w.t.) dengan sempurna, dan dengan ikhlas kewpada Allah (s.w.t.) semata-mata, kerana Allah (s.w.t.) jualah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.
No comments:
Post a Comment