Surah an-Naml 27 : Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 93 ayat. Dinamakan surah “An-Naml (Perihal Semut), kerana kisahnya ada disebutkan pada ayat-ayat 18-19.
Intisari kandungangannya: Menegaskan bahawa Al-qur’an uk-karim menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Menceritakan perihal Nabi Musa (a.s) dan mu’jizat yang dikurniakan kepadanya, dan menerangkan tentang kebinasaan yang telah menimpa Fir’aun dan pengikut-pengikutnya.
Menceritakan perihal Nabi Daud dan anakandanya nabi Sulaiman (a.s). Mereka telah dikurniakan ilmu pengetahuan, meliputi hukum-hukum ugama pentadbiran kerajaan. Menerangkan bahawa angkatan tenteran Nabi Sulaiman bukan sahaja terdiri dari amnusia tetapi juga pasukan-pasukan jin dan burung. Di antara mu’jizat-mu’jizat yang dikurniakan kepadanya ialah mengetahui bahasa pertutruran unggas dan semut.
Dengan perantaraan burung belatuk, Nabi Sulaiman dapat mengetaui keadaan negeri Saba’ yang berajakan seorang raja perempuan (Balqis) dan menyembah matahari. Nabi Sulaiman pun memerintahkan burung belatuk membawa suratnya kepada balqis, untuk mengerjakan bersama-sama dengan kaumnya memeluk Islam. Akhirnya Balqis dan pengiring-pengiringnya berangkat ke Palestin untuk mengadap Nabi Sulaiman, lalu memeluk Islam.
Di terangkan pula tentang kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w) dan kitab Suci Al-qur’an yang menjadi sebesar-besar mu’jizat yang membuktikan kebenaran Nabi Muhammad (s.a.w) dan mengandungi antara lain, keterangan-keterangan yang benar mengenai soal-soal ugama yang diperselisihkan oleh kaum Bani Isra’il, samada mereka dari golongan yang mendustakan nabi Isa (a.s) atau golongan yang mempertuhankannya.
Surah ini diakhiri dengan menyuruh Baginda menegaskan: bahawa ia hanya diperintahkan menyembah Allah Yang Menguasai segala-galanya, dan supaya ia sentiasa membaca Al-qur’an dan menyampaikan ajarannya. Oleh itu, sesiapa yang menurut Al-Qur’an dan beramal dengannya maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat dengan membelakangkan ajaran Al-Qur’an, maka orang itu terserahlah kepada Allah yang akan membalasnya.
No comments:
Post a Comment