Surah Asy-Syura 42 : Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 53 ayat. Dinamakan surah “Asy-Syura” (Mesyuarat), kerana ayat 38 ada diterangkan bahawa di antara sifat-sifat orang yang beriman yang terpuji dan diredhai Allah Ta’ala ialah amalan mereka bermesyuarat sesama sendiri apabila merreka hendak menjalankan sesuatu urusan.
Intisari kandungannya: Pada awal surah ini Allah Ta’ala menegaskan kebenaran wahyu (Al-Qur’an) dan kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w), dan menyatakan bahawa apa yang diwahyukan kepada Baginda mengenai perkara-perkara asas dalam Islam seperti tauhid, hati kiamat dan balasan amal, adalah sama seperti yang telah diwahyukan kepada Rasul-rasul yang terdahulu darinya.
Kemudian ditegasakan bahawa agama yang diredhai Allah Ta’ala bagi umat manusia seluruhnya ialah agama Islam – agama tauhid dan ta’at, yang diwahyukan kepada Nabi Muhamamd (s.a.w) .dan Nabi-nabi (a.s) yang sebelumnya. Lalu diperintahkan supaya orang-orang yang beriman menegakkan hukum-hukum Islam dan meninggalkan segala larangnaNya. Kemudian diterangkan bahawa apa jua yang menimpa manusia dari sesuatu kesusahan atau bala’ bencana, maka itu adalah disebabkan oleh apa yang mereka telah lakukan dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa; dalam pada itu Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka.
Setelah itu diterangkan: Jika sesiapa hendak membalas maka balasan sesuatu kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa memaafkan kejahatan orang dan berbuat kepadanya maka pahalanya oleh Allah Ta’ala dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment