Surah Fussilat

Surah Fussilat 41 : Surah ini diturunkan di Mekah, mengadungi 54 ayat. Dinamakan surah “Fussilat”(yang dijelaskan satu persatu), kerana paad permulaan surah ini ditegaskan tentang hakikat al-Qur’anul’l-Karim iaitu diturunkan oleh Allah Yang maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani, dengan di jelaskan ayat-ayatnya satu persatu – dengan bahasa Arab – bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.

Surah ini juga dinamakan “Haa Miim As-Sajdah” kerana surah ini dimulakan dengan Haa Miim dan mengandungi “ayat sajdah”, yakni ayat yang disunakan sujud semasa membaca atau mendengarnya.

Intisari kandungannya: Menghuraikan soal tauhid membuktikan keesaan, kekuasaan dan kemurahab allah ta’ala disertakan dengan dalil-dalilnya.

Mengenai soal Da’wah Islamiah” dan tingkahlaku orang-orang yang menjalankan penyiaran Islam itu, Allah Ta’ala menegaskan bahawa tidak ada yang lebih baik perkataan daripada orang-orang yang menyeru pada mengesakan Allah dan mematuhi perintahNya. Serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih sambil berkata: bahawa dia adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada A llah).

Surah ini diakhiri dengan menegaskan bahawa: Allah ta’ala akan memperlihatkan kepada umat manusia tanda-tanda kekuasaanNya di merata-rata tempat dalam alam yang terbentang luas ini dan pada diri manusia sendiri sehingga ternyata jelas kepada mereka: kebenaran Al-Qur’an.


Yakni Allah Ta’ala akan memperlihatkan kepada mereka, terutama golongan yang ingkar – dari semasa ke semasa, sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemajuan umat manusia – dalil-dalil yang membuktikan kekuasaan allah dan keesaanNya yang terdapat di merata-rata alam langit dan bumi dan juga pada diri mereka sendiri, perkara-perkara yang sangat-sangat mena’jubkan yang menimbulkan iman dan yaqin. Dengan itu akan jelaslah kepada mereka bahawa segala yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah benar.

No comments: