Surah Ibrahim 14 : Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 52 ayat.. Dinamakan surah “Ibrahim” (Perihal Nabi Ibrahim) kerana peristiwa mengenainya ada disebut mulai ayat 35.
Intisari kandungannya: Menjelask dua perkara yang besar: Soal Tauhid dan soal Ni’mat Allah yang tidak terhitung, yang dilimpahkan oleh Allah (s.w.t.) kepada sekalian makhlukNya.
Pada mulanya diterangkan bahawa tugas Nabi Muhammad ((s.a.w)) dengan al-Qur’an yang diturunkan kepadanya ialah untuk memimpin dan mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur, syurik dan kejahilan kepada cahaya iman, tauhid dan ilmu pengethuan, iaitu jalan Allah (s.w.t.) yang diredhaiNya dan membawa keselamatan. Setelah itu, Allah (s.w.t.) memberikan contoh perbandingan di antara iman dan kufur.
Bandingan kalimah “Iman dan Tuahid” adalah ibarat sebatang pokok yang baik, yang tegak berdiri dengan gagahnya, pangkalnya bertunjang di bumi dan pucuknya mejulang ke langit. Ia sentiasa mengeluarkan buah yang lazat dengan izin Allah (s.w.t.). Demikianlah halnya orang yang beriman, yang tetap teguh imannya dan tidak putus-putus amal kebajikannya akan mencapai kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Bandingan kalimah “Kufur dan Syirik” pula adalah ibarat sebatang pokok yang tidak berguna yang terbongkas akar-akarnya dan tidak bertapak untuk tegak hidup. Demikianlah halnya orang kafir, tidak mempunyai tapak pendirian keselamatannya. Dan sebagaimana pokok yang tidak berguna itu tidak mengeluarkan melainkan buah yang pahit maka demikianlah amal perbuatan orang kafir, tidak mendatangkan sebarang faedah kepadanya pada hari akhirat kelak.
Surah “Ibrahim” ini diakiri dengan menegaskan hakikat tauhid yang dijelask dalam al-Qur’an dengan berbagai cara supaya orang-orang yang mempunyai akal fikiran beringat dan insaf.
No comments:
Post a Comment