Surah Taha 20 : Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 135 ayat. Dinamakan surah Taha kerana bersepmena dua huruf yang memulakan surah ini iatu “Thaa dan Haa’”. Yang mana maksudnya hanya Allah (s.w.t.) jualah yang mengetahui.
Intisari kandungannya : Menerangkan bahawa tugas Nabi Muhammad (s.a.w) hanyalah menyampaikan kepada manusia seluruhnya apa yang diperintahkan oleh Allah (s.w.t.), dan bahawa Al-Qur’an yang diturunkan kepadanya ialah untuk menjadi peringatan dan petunjuk bagi orang-orang yang mematuhinya juga untuk memberi amaran kepada orang-orang yang ingkar. Oleh itu janganlah baginda berdukacita disebabkan ada golongan yang menetangnya.
Setelah Allah (s.w.t.) menegaskan tentang ni’mat –ni’mat yang dkurniakan kepada umat manusia supaya mereka bersyukur dan menerangkan peristiwa hari akhirat dan balasannya yang akan dirasai oleh orang-orang yang beriman dan yang ingkar, lalu ditujukan teguranNya kepada Nabi Muhammad (s.a.w). baginda bersungguh-sungguh hendak menghafaz ayat-ayat suci yang diwahyukan kepadanya, dan kerana itu tatkala Jibril a.s. membacanya maka baginda turut membaca bersama-sama dengan serentak, lalu ditegur oleh Allah (s.w.t.) supaya baginda mendengar terlebih dahulu, dan setelah jibril menyampaikannya barulah dia membacanya dan menghafalnya, sambil berdoa semoga Allah (s.w.t.) menambahkan ilmunya untuk memahami dan mengamalkannya.
Kemudian diberi peringatan supaya janganlah diamalkan sikap terburu-buru dalam melakukan sesuatu, dan janganlah melupakan apa yang telah diperintahkan, bahkan hendaklah dikerjakan bersungguh-sungguh. Setelah itu diberi contoh tentang apa yang telah terjadi kepada Nabi Adam a.s. bapa segala manusia, yang telah melupakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah (s.w.t.) kepadanya semasa ia di dalam syurga supaya ia jangan menghampiri pokok larangan, tetapi ia telah melupakannya.
Kemudian Allah (s.w.t.) menegaskan tentang wajibnya solat yang lima waktu, lalu diperintahkan baginda supaya menyuruh keluarganya dan umatnya mengerjakan solat dengan tekun dan sabar, dan janganlah pula dihalang dan dilalaikan oleh urusan hidup di dunia, kerana Allah (s.w.t.) jualah yang memberi rezeki dan rezekinya itu melimpah kepada orang-orang yang taat dan juga orang-orang yang ingkar. Tetapi kesudahan yang baik di dunia dan diakhirat, hanya akan diperolehi oleh orang-orang yang taat.
Surah ini diakhiri dengan menyuruh baginda menjawab golongan kafir yang menentangnya supaya mereka menunggu, kerana mereka akan mengetahui kelak (pada hari kiamat) siapa yang benar dan siapa yang salah
No comments:
Post a Comment