Surah Yusuf 12 : Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 111 ayat. Dinamakan surah “Yusuf” (Perihal Nabi Yusuf) kerana kisahnya memnuhi hampir-hampir seluruh surah ini – dari ayat 4 hingga 101.
Intisari kandungannya: Menerangkan kebenaran Al-Qur’an dan menegaskan bahawa al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab untuk dibaca. Difahami, diamalkan perintah-perintahnya dan disampaikan kepada seluruh umat manusia.
Dengan tujuan memberi semangat kepada junjungan kita Nabi Muhammad ((s.a.w)) yang sedang menghadapi ujian pertentangan keras dari kaum kafir musyrik. Allah (s.w.t.) menceritakan kepadanya kisah Nabi Yusuf (a.s.) yang telah mengalami berbegai penderitaan dan menempuh berbagai-bagai ujian tetapi akhirnya ia telah selamat dan berjaya diosebabkan kesabaranya, kejujurannya dan imanya yang teguh.
Kisah Nabi Yusuf itu bermula ketika ia masih kecil. Dia bermimpi melihat matahari dan bulan serta sebelas bintang tunduk memberi hormat kepadanya. Setelah dia memberitahu tentang mimpinya itu kepada ayahnya, ayahnya menasihatinya supaya dia jangan diceritakan kepada saudar-saudaranya, kerana dikhuatiri mereka akan menaruh irihati kepadanya.
Tetapi apa yang dibimbangi ayahnya itu telah berlaku. Saudara-saudara Yusuf (yang berlainan ibu) telah membawanya ke tempat yang jauh dan membuangnya kep dalam perigi. Yusuf kemudian diambil oleh ahli perniagaan yang singgah mengambil air di situ, lalu dijual sebagai hamba ‘abdi dan akhirnya dibeli oleh seorang pegawai tinggi di Mesir. Yusuf yang masih budak mentah telah dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh pegawai itu hinggalah ia besar panjang sebagai seorang pemuda yang tampan dan cantik parasnya.
Zulaikha, isteri pegawai itu, jatuh hati kepadanya dan cuba menggodanya tetapi Yusuf tetap menolak. Akhirnya Yusuf – dengan angkara dan fitnah Zulaikha – telah dipenjarakan.
Oleh kerana Yusuf dapat menta’bir mimpi raja Mesir, raja itu tertarik hati kepadanya lalu diperintahkan supaya ia dibebaskan dan dibawa mengadap. Tetapi Yusuf tidak segera menerima pembebasan itu bahkan memohon suapaya Zulaikha dan perempuan-perempuan yang bersubhat dengannya disiasat lebih dahulu. Setelah disiasat, Zulaikha mengakui kesalahannya, dan jelaslah kebenaran Yusuf, kesucian serta kejujurannya.
Semenjak itu Yusuf mendapat kedudukanyang tinggi sebagai perdana menteri. Dalam masa inilah saudara-saudara yang telah menganiayainya datang ke Mesir meminta bantuan kerana negeri mereka (Palestin) ditimpa kebuluran. Mereka tidak mengenalnya tetapi Yusuf kenal mereka dan menyembunyikan hal itu. Yusuf memberikan bantuan yang diperlukan dan akhirnya mereka dan kedua ibu bapanya dibawa berpindah ke Mesir.
Dalam peristiwa yang mengembirakan itu, Yusuf diberikan penghormatan yang selayaknya oleh kedua ibu bapanya dan sebelas orang saudaranya menepati sebagaimana yang telah dilihat dalam mimpinya dahulu. (Ia melihat matahari dan bulan serta sebelas bintang tunduk memberi hormat kepadanya).
Pada saat itu Nabi Yusuf bersyukur kehadrat Allah (s.w.t.) sambil memohon “Husnul Khaatimah (kesudahan yang baik – mati dalam Islam) sesudah ia dikurniakan dengan berbagai ni’mat yang tidak ternilai.
No comments:
Post a Comment