Abu Bakar as-Siddiq

Abu Bakar as-Siddiq : (632 -634M). Merupakan Khalifah Rasyidin yang pertama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Nama lengkapnya adalah Abdullah bin Abu Qahafah bin Usman bin Amir (51 SH-13 H/573-634 M). Lelaki pertama beriman kepada Rasulullah s.a.w. ini adalah khalifah pertama dan sahabat terdekat Rasulullah s.a.w. Sebelum kenabian dan setelah kenabian. Saidina Abu Bakar juga dikenali sebagai Abu Bakr as-Siddiq. 'Sidiq' ertinya benar, kerana beliau semasa hidup di awal Islam dan sehingga kematiannya sentiasa membenarkan semua perkhabaran, berita dan percakapan nabi s.a.w. Walaupun ketika itu beliau sendiri masih belum dapat meyakini akan kebenaran apa yang diceritakan oleh Nabi s.a.w. Beliaulah orang pertama yang mengakui benarnya cerita Israk dan Mi'raj nabi s.a.w. walaupun kaum Quraisy tertawa dan mempersendanya.

Beliau ini banyak mendapatkan kesulitan dan penderitaan, banyak menafkahkan hartanya untuk jalan dakwah dan selalu bersama Rasulullah s.a.w. di Mekah. Beliaulah yang sentiasa mendampingi Rasulullah s.a.w. saat perjalanan Hijrah ke Madinah, semasa di Gua Tsur dan di dalam banyak kejadian. Beliau dibai'ah menjadi khalifah sepeninggalan Rasulullah s.a.w. oleh umat Islam pada masa itu. Pada masa pemerintahannya, terjadi peperangan melawan orang-orang murtad dan orang-orang yang memboikot pembayaran zakat.

Kewafatannya
Saidina Abu Bakar wafat pada hari isnin malam selasa antara maghrib dan isyak tanggal 22 Jamadil Akhir tahun 13 Hijrah dalam usia 63 tahun. Menjadi khalifah umat Islam selama 2 tahun 3 bulan dan 10 hari sahaja iaitu pada tahun 11 hijrah hingga13 Hijrah(632 -634M). Meninggalkan 5 orang anak, 3 lelaki dan 2 perempuan, iaitu Abdullah, Abdur Rahman, Muhammad, Aisyah dan Asma', isteri Az-Zubair ibnu Awwam.

....akan dilanjutkan....

No comments: