Umar al-Khathab

Umar bin al-Khathab : Khalifah ar-Rasyidin yang ke 2 selepas Saidina Abu Bakar. Dilantik sebagai Khalifah bermula tahun 13 hijrah hingga tahun 23 Hijrah (634-644 M).

Nama lengkapnya adalah Umar bin Khatab bin Nufail Al-Qurasyi al-Adawi (40 SH-23 H/584-644 M) dipanggil dengan 'Abu Hafsh'. Beliau memeluk Islam lima tahun sebelum hijrah, dibai'ah menjadi khalifah sepeninggalan Abu Bakar r.a. Dialah yang pertama kali dijuluki dengan Amirul Mukminin. Pada masa kekhalifahan Abu Bakar dia ditugaskan menjadi hakim, sekaligus merupakan hakim pertama dalam Islam. Keadilannya dijadikan sebagai bahan perumpamaan. Beliaulah yang pertama menggunakan Kalendar Hijrah sebagai sistem takwim Islam dan yang pertama mengadakan penulisan al-Qur'an serta menubuhkan Baitulmal. Pada masa pemerintahannnya terjadi penaklukan Syam (Syria dan sekitarnya), Iraq, Yerusalem, Cytesiphon, Mesir, Jazirah Arab, Khurasan, Sijistan dan Cyprus.

Beliau digelar juga dengan nama Umar al-Farouk, kerana keberanian dan ketegasannya.

Kewafatannya
Saidina Umar wafat pada tahun 23 hijrah setelah ditikam oleh seorang Majusi bernama Abu Lu'luah atau Firdaus yang berasal dari Parsi ketika Saidina Umar sedang solat Subuh di Mihrab pada hari rabu 26 Zulhijjah tahun 23 hijrah. Abu Lu'luah adalah pelayan al-Mughirah bin Syu'bah. Selain saidina Umar 6 orang lagi telah wafat diamuk oleh Abu Lu'luah dan akhirnya dia membunuh diri setelah berjaya ditangkap oleh Abdullah bin Auf.

Malangnya, pembunuh Saidina Umar r.a. ini disanjung dan dipuja oleh penganut Syiah Imamiyah. Mereka mengunjungi dan menghormati kuburnya kerana telah berjaya membunuh Umar r.a. Malah beliau digelar Baba Syuja'uddin (Sang pembela agama yang gagah berani). Kuburnya dihias megah, sebagai lambang seorang yang berani membunuh khalifah umat Islam dan sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijamin syurga. Lihat video berikut: Menjelajah Kubur Abu Lu'Lu'ah. http://video.google.com/videoplay?docid=1775266764341707560&hl=en

Saidina Umar sempat memimpin kerajaan Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 5 hari. Meninggalkan anak-anak seramai 13 orang, 9 lelaki dan 4 perempuan.

.....akan dilanjutkan .......

No comments: