
Bunga rampai biasanya hanya dapat ditemui di Malaysia ketika majlis Maulidur Rasul sahaja. Sukar untuk mendapatinya pada hari-hari yang lain.
Tradisi membahagikan bunga rampai di kalangan masyarakat Islam di Malaysia ketika mengadakan majlis Maulidur Rasul sudah terlalu lama. Tanpa bunga
rampai sesuatu majlis maulidur rasul tidak akan lengkap.

Sebelum tahun 1990 bunga rampai hanya disediakan dan diletakkan di dalam bekas seperti mangkuk yang besar dan diagih-agihkan sedikit seorang kepada tetamu yang sedang mengalunkan selawat dalam majlis berkenaan. Tetapi selepas tahun 1990 kita melihat pengagihan bunga rampai diletakkan di dalam bungkusan-bungkusan yang kecil atau baku-bakul kecil dengan hiasan atau bungkusan yang menarik.
1 comment:
bunga rampai masih digunakan di majlis perkahwinan. pertunangan dan adat-adat istiadat melayu-dalam tinjauan kami permintaan minyak bunga rampai adalah dari johor,kuala lumpur,negara brunai dan singapura.
daripada
zanna haruman bunga rampai
johor bahru
Post a Comment