Manakala Syeikh Muhammad bin Abu Ibrahim berpendapat bahawa maulid di mulakan oleh Abu Said Kau Kaburi, katanya: "Bid'ah peringatan Maulid Nabi ini, ianya pertama kali diadakan oleh Abu Sa'id Kau Kaburi pada abad ke-6 H.
Syeikh Hamud Tuwaijiri pula berpendapat bahawa: "Upacara peringatan maulid adalah bid'ah dalam Islam yang diadakan oleh Sultan Irbal pada akhir abad ke-6H atau pada awal abad ke-7H".
Jika di perhalusi dari fakta sejarah, golongan Al-Ubaidiyyun memasuki Mesir pada tahun 362H dan raja terakhirnya Al-Adhid meninggal tahun 567H, sedangkan penguasa Irbal dilahirkan 549H dan meninggal 630H, ini menjadi bukti bahawa kelompok Ubadiyyun lebih dahulu daripada penguasa Irbal iaitu Al Malik Al Mudza’ar dalam mengadakan upacara peringatan maulid Nabi.
Mungkin tidak tepat jika dikatakan bahawa penguasa Irbal adalah orang yang pertama yang mengadakan Maulid Nabi di Maushil, seperti yang dijelaskan dalam buku-buku sejarah.
Di Malaysia 12 Rabi'ul Awwal diisytiharkan sebagai hari Cuti Umum. Kalau di negara-negara umat Islam di Asi Tenggara, hari ini diingati sebagai hari yang bersejarah dan disambut dengan penuh meriah dan bermakna. Mereka akan mengadakan upacara sambutan secara besar-besaran untuk menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada Junjugan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Banyaklah kenduri-kenduri kecil diadakan. Sahabat dan jiran tetangga dijemput untuk meraikannya. Akhir-akhir ini upacara menyambut kedatangan tarikh bersejarah ini diadakan oleh pemerintah di hampir setiap negeri.
Sesudah itu, sebagai acara kemuncaknya akan di baca selawat, yang memuji-muji akan Rasulullah s.a.w. Kebiasaannya teks selawat maulidurrasul akan kedengaran sama sahaja walau di mana-mana tempat, cuma dilagukan dengan gaya masing-masing. Dalam masyarakat melayu di Malaysia, meraikan Hari Maulidur Rasul mestilah disertai bersama jamuan makan yang enak-enak dan melagukan sajak yang disebut sebagai selawat. Ketika lagu selawat dialunkan beramai-ramai sambil berdiri, bunga rampai diarak kepada semua tetamu untuk diambil sedikit. Bunga rampai merupakan bau-bauan yang hanya dibuat ketika majlis maulid sahaja. Selawat ini mengikut catatan sejarah ibnu Hisyam, asalnya bermula dinasyidkan oleh orang Ansar yang berada di Madinah ketika menyambut ketibaan rombongan Nabi Muhammad s.a.w. bersama golongan Muhajirin dari Mekah. Teks selawat yang dialunkan adalah sebagaimana di bawah.
Klik untuk Download Slide Show Teks Selawat
Hukum Merayakan Maulid Rasul s.a.w.
Bahkan upacara secara khusus untuk merayakan perayaan maulid nabi SAW juga tidak pernah kita dengar dari generasi tabi’in hingga generasi salaf selanjutnya. Perayaan seperti ini secara fakta memang tidak pernah diajarkan, tidak pernah dicontohkan dan juga tidak pernah dianjurkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat bahkan para ulama salaf di masa selanjutnya.
Perayaan maulid nabi SAW secara khusus baru dilakukan di kemudian hari. Dan ada banyak versi tentang siapa yang memulai tradisi ini. Sebahagian mengatakan bahawa konon Salahuddin Al-Ayyubi yang mula-mula melakukannya, sebagai reaksi atas perayaan Natal umat Nasrani. Kerana saat itu di Palestine, umat Islam dan Nasrani hidup berdampingan. Sehingga terjadi interaksi yang majmuk dan melahirkan berbagai pengaruh satu sama lain.
Versi lain menyatakan bahawa perayaan maulid ini dimulai pada masa dinasti Daulah Fatimiyyah di Mesir pada akhir abad keempat hijriyah. Hal itu seperti yang ditulis pada kitab Al-A’yad wa atsaruha alal Muslimin oleh Dr. Sulaiman bin Salim As-Suhaimi hal. 285-287. Disebutkan bahawa para khalifah Bani Fatimiyyah mengadakan perayaan-perayaan setiap tahunnya, di antaranya adalah perayaan tahun baru, asyura, maulid Nabi SAW bahawa termasuk maulid Ali bin Abi Thalib, maulid Hasan dan Husein serta maulid Fatimah dan lain-lain.
Versi lain pula menyebutkan bahawa perayaan maulid dimulai tahun 604 H oleh Malik Mudaffar Abu Sa’id Kukburi.
Mereka yang sekarang ini banyak merayakan maulid nabi SAW seringkali mengemukakan dalil. Di antaranya:
1. Mereka berhujjah dengan apa yang ditulis oleh Imam As-Suyuti di dalam kitab beliau, Hawi li al-Fatawa Syaikhul Islam tentang maulid serta Ibn Hajar Al-Asqalani ketika ditanya mengenai perbuatan menyambut kelahiran nabi SAW. Beliau telah memberi jawaban secara bertulis:
Adapun perbuatan menyambut maulid merupakan bid’ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para salafus-soleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Namun perayaan itu penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji, meski terkadang dicacat oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya.
Jika sambutan maulid itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar syari’ah, maka tergolong dalam perbuatan bid’ah hasanah. Akan tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar syari’ah, maka tidak tergolong di dalam bida’ah hasanah.
2. Selain pendapat di atas, mereka juga berhujjah dengan dalil hadits yang menceritakan bahawa siksaan Abu Lahab di neraka setiap hari Isnin diringankan. Hal itu kerana Abu Lahab ikut bergembira ketika mendengar kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad SAW. Meski dia sediri tidak pernah mahu mengakuinya sebagai Nabi. Bahkan perasaan gembiranya diimplementasikan dengan cara membebaskan hambanya, Tsuwaibah, yang saat itu memberi khabar kelahiran Nabi SAW.
Perkara ini dinyatakan dalam sahih Bukhari dalam kitab Nikah. Bahkan Ibnu Katsir juga membicarakannya dalam kitabnya Siratunnabi jilid 1 halaman 124.
Syamsuddin Muhammad bin Nasiruddin Ad-Dimasyqi menulis dalam kitabnya Mawrid as-sadi fi Mawlid al-Hadi : Jika seorang kafir yang memang dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal di dalamnya diringankan siksa kuburnya tiap isnin, apalagi dengan hamba Allah yang seluruh hidupnya bergembira dan bersyukur dengan kehadiran Muhammad SAW?
3. Hujjah lainnya yang juga diajukan oleh para pendukung maulid Nabi SAW adalah apa yang mereka katakan sebagai pujian dari Imam Ibnu Hajar al-’Asqalani.
Menurut mereka, Ibnu Hajar telah menulis di dalam kitabnya, ‘Al-Durar al-Kamina fi ‘ayn al-Mi’at al-thamina’ bahawa Ibnu Kathir telah menulis sebuah kitab yang bertajuk maulid Nabi di penghujung hidupnya, Malam kelahiran Nabi SAW merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi, malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum mukmin, malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak ternilai.
4. Para pendukung maulid nabi SAW juga melandaskan pendapat mereka di atas hadits bahawa motivasi Rasulullah SAW berpuasa hari isnin kerana itu adalah hari kelahirannya. Selain kerana hari itu merupakan hari diangkatnya laporan amal manusia.
Abu Qatadah Al-Ansari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika ditanya mengapa beliau berpuasa pada hari Isnin, Rasul menjawab, Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul.
Hadits ini boleh kita dapat di dalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa)
Pendapat yang Menentang
Para penentang maulidur Rasul menegaskan cerita tentang diringankannya siksa Abu Lahab itu, mereka mengatakan bahawa Abu Lahab yang diringankan siksanya itu pun hanya sekali saja bergembiranya, iaitu saat kelahiran. Dia tidak setiap tahun merayakan kelahiran nabi dengan berbagai ragam. Kalau pun kegembiraan Abu Lahab itu melahirkan keringanan siksanya di neraka tiap hari isnin, bukan bererti orang yang tiap tahun merayakan lahirnya nabi SAW akan mendapatkan keringanan siksa.
Demikian juga dengan pujian dari Ibnu Katsir, sama sekali tidak boleh dijadiakan landasan perintah untuk melakukan upacaya khusus di hari itu. Sebab Ibnu Katsir hanya memuji malam hari di mana Nabi SAW lahir, namun tidak sampai memerintahkan penyelenggaraan perayaan.
Demikian juga dengan alasan bahawa Rasulullah SAW berpuasa di hari isnin, kerana hari itu merupakan hari kelahirannya. Hujjah ini tidak boleh dipakai, kerana yang saat dilakukan bukan berpuasa, tapi melakukan berbagai macam aktiviti setahun sekali. Kalau pun mau berittiba’ pada hadits itu, seharusnya umat Islam memperbanyak puasa sunnah hari isnin, bukan menyelenggarakan perayaan maulid setahun sekali.
Bahkan mereka yang menentang perayaan maulid nabi ini mengaitkannya dengan kebiasaan dari agama sebelum Islam. Di mana umat Yahudi, Nasrani dan agama syirik lainnya punya kebiasaan ini. Buat kalangan mereka, kebiasaan agama lain itu haram hukumnya untuk diikuti. Sebaliknya harus dijauhi. Apalagi Rasulullah SAW tidak pernah menganjurkannya atau mencontohkannya.
Dahulu para penguasa Mesir dan orang-orang Yunani mengadakan perayaan untuk tuhan-tuhan mereka. Lalu perayaan-perayaan ini di warisi oleh orang-orang Kristian, di antara perayaan-perayaan yang penting bagi mereka adalah perayaan hari kelahiran Isa al-Masih, mereka menjadikannya hari raya dan hari bersukaria serta bersenang-senang. Mereka menyalakan lilin-lilin, membuat makanan-makanan khusus serta mengadakan hal-hal yang diharamkan.
Dan akhirnya, para penentang maulid mengatakan bahawa semua bentuk perayaan maulid nabi yang ada sekarang ini adalah bid’ah yang sesat. Sehingga haram hukumnya bagi umat Islam untuk menyelenggarakannya atau ikut menjayakannya.
Jawaban dari Pendukung Maulid
Tentu saja para pendukung maulid nabi SAW tidak rela begitu saja dituduh sebagai pelaku bid’ah. Sebab dalam pandangan mereka, yang namanya bid’ah itu hanya terbatas pada ibadah khusus saja, bukan dalam masalah sosial kemasyarakatan atau masalah muamalah.
Adapun perayaan maulid itu oleh para pendukungnya diletakkan di luar perayaan ibadah formal. Sehingga tdak boleh diukur dengan ukuran bid’ah. Kedudukannya sama dengan seorang yang menulis buku tentang kisah nabi SAW. Padahal di masa Rasulullah SAW, tidak ada perintah atau anjuran untuk membukukan sejarah kehidupan beliau. Bahkan hingga masa salaf berikutnya, belum pernah ada buku yang khusus ditulis tentang kehidupan beliau.
Lalu kalau sekarang ini umat Islam memiliki koleksi buku sirah nabawiyah, apakah hal itu mahu dikatakan sebaga bid’ah? Tentu tidak, kerana buku itu hanyalah penulisan, bukan bahagian dari perayaan ibadah. Dan keberadaan buku-buku itu justru akan membuat umat Islam semakin mengenal peribadi beliau. Bahkan seharusnya umat Islam lebih banyak lagi menulis dan mengkaji buku-buku itu.
Dalam logik pendukung maulid, kira-kira perayaan maulid itu diletakkan pada posisi seperti buku. Bezanya, sejarah nabi SAW tidak ditulis, melainkan dibacakan, dipelajari, bahkan disampaikan dalam bentuk seni syair tingkat tinggi.
Dan semua itu bukan termasuk ibadah formal melainkan bidang muamalah. Di mana hukum yang berlaku adalah sesuatu yang asalnya boleh, kecuali bila ada dalil yang secara langsung melarangnya secara muktamad.
Kesimpulan
Sebagai umat Islam, barangkali kita ada di salah satu pihak dari dua pendapat yang berbeza. Kalau pun kita mendukung salah satunya, tentu saja bukan pada tempatnya untuk menjadikan perbezaan pandangan ini sebagai bahan baku saling menjelikkan, saling tuding menuding, saling caci mencaci dan saling berhujjah.
Perbezaan pandangan tentang hukum merayakan maulid nabi SAW, suka atau tidak suka, memang telah kita warisi dari zaman dulu. Para pendahulu kita sudah berbeza pendapat sejak sekian lama. Sehingga bukan masanya lagi buat kita untuk meninggalkan banyak kewajiban hanya kerana perbezaan pendapat di masa lalu.
Kita sedang menjadi sasaran orang-orang kafir. Bukanlah waktu yang tepat bila kita saling bertarung dengan sesama saudara kita sendiri, hanya lantaran masalah ini.
Sebaliknya, kita wajib saling membela, menguatkan, membantu dan mengisi kekurangan masing-masing. Perbezaan pandangan sudah pasti ada dan tidak akan pernah habis. Kalau kita terjebak untuk terus bertikai, maka orang-orang kafir akan semakin gembira.
3 comments:
assalamualaikum.terima kasih atas entri ini.selawat atas Baginda SAW.mohon izin copy teks selawat dalam enrti ini.
AS SALAM...SAYA MINTA COPY TEKS SELAWAT INI..MAY ALLAH BLESS U....
TQ TAU.
Post a Comment