Doa Selepas Membaca Surah Yaasin

DOA YAASIN : Apabila selesai membaca surah yaasin, kita disunatkan berdoa dengan doa-doa tertentu.


Ertinya : "Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmat-nimatNya dan sejajar dengan kurnia tambahanNya. Wahai Tuhan kami, bagiMulah segala pujian sebagaimana selayaknya bagi keagungan zatMu, dan kebesaran kekuasaanMu. Ya Allah, cucurilah ksesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w. dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian"
"Ya Allah, dengan berkat surah Yasin dan al-Qur’an yang penuh hikmat, dan dengan berkat orang yang Engkau pilih membawa risalah kenabian, kewalian dan membawa ke jalanMu yang lurus dan dengan berkat segala yang dibawa oleh Jibril daripadaMu, kitab yang diturunkan oleh Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang, dan dengan berkat khasiat huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna, dan dengan apa yang Engkau zahirkan dalam kewujudan ini bagi segala yang ada yang berupa keterangan-keterangan yang nyata".

"Dengan kehalusan kelembutanMu yang meleraikan setiap yang gundah gulana, yang membebaskan setiap yang terpenjara. Wahai Tuhan yang mengalirkan lautan dan mata air,

Wahai Tuhan yang khazanahNya di antara huruf ‘Kaf’ dan ‘Nun’ dan yang mengetahui apa yang telah ada sebelum terjadi".

"Kami pohonkan kepadaMu ya Allah agar Engkau lorongkan kepada kami habuan daripada restuMu. Jadikanlah kami orang yang layak dan tempat untuk menerima kebahagiaan dan kekayaan yang Engkau kurniakan. Engkau mudahkanlah bagi kami untuk memperolehi segala hajat dan permintaan".

"Dan Engkau jadikanlah setiap kami di kalangan hamba-hambaMu pada setiap keadaan sebagai orang yang menang dan berjaya dan janganlah Engkau jadikan kami berhajat kepada seseorang pun dari kalangan makhlukMu dalam soal rezeki kami. Engkau ikatkanlah lidah-lidah orang yang mempertuturkan tentang keburukan kami. Engkau iringkanlah segala pergerakan kami dengan mendapat taufiq. Jadikanlah keredhaanMu kepada kami sebaik-baik teman dan pendamping".

"Anugerahkanlah kami dengan sifat kemuliaan dan kehebatan dan kurniakan kepada kami dengan perkenan yang segera. Ya Allah, sahutilah doa kami, jadikanlah harapan kami terhadapMu menjadi kenyataan dan masukkan kami ke dalam benteng anugerahMu yang kukuh, dengan rahsia firmanMu":


إنما أمره اذا أراد شيئا أن يقول له كن فيكون


"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah dengan Dia berfirman kepadanya, jadilah, lalu terjadilah".

"Maha suci Tuhan yang ditanganNya kekuasaan segala sesuatu dan kepadaNya kami dikembalikan. Maha suci Tuhan yang melepaskan setiap yang terbelenggu hutang. Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang menanggung kesusahan. Maha suci Tuhan yang urusanNya di antara ‘Kaf’ dan ‘Nun’. Maha suci Tuhan yang apabila dia menghendaki sesuatu memadai hanya dengan dia mengatakan kepadanya: ‘jadi’ lalu terjadilah".

"Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah.Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah. Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah daripada kami dukacita, kesusahan dan masalah kami. Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan berdiri sendiri".


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالمين

(selawat) "Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w., para ahli keluarga dan sahabat-sahbatnya sekalian. Dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam".


....akan dilengkapkan ......

1 comment:

loveable said...

assalamualaikum wbt...terima kasih ye untuk post doa sesudah membaca yassin tu..kitab kecil sy tertinggal..dan bila sy beli yg baru..doa sesudah membaca yassin pulak xde...terima kasih...may Allah bless u...