Rukun solat 13 perkara. Ada setengah pendapat mengatakan 14 perkara, iaitu mereka berselisih pendapat tentang Thamakninah. Jika tertinggal salah satu daripadanya maka batallah solat seseorang itu.
Orang yang meninggalkan rukun-rukun solat baik dengan sengaja maupun kerana lupa, solatnya dianggap batal atau tidak sah. Yang termasuk rukun solat adalah:
1. Niat.
Niatnya adalah seperti;
2. Berdiri bagi yang mampu.
Bila tidak mampu berdiri maka dengan duduk, bila tidak mampu duduk maka dengan berbaring secara miring atau terlentang. Jika tidak juga mampu terlentang solatlah menurut kemampuannya walau dengan isyarat sekalipun. Isyarat boleh dilakukan dengan mata, jari, mulut malah dengan hati sekalipun.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:“Peliharalah semua solat dan solat wustha dan berdirilah untuk Allah dengan khusyu” (QS. Al-Baqarah: 238)
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:“Solatlah sambil berdiri, jika kamu tidak mampu solatlah sambil duduk dan jika kamu tidak mampu solatlah sambil berbaring” (HR. Bukhari dari Imran bin Hushain)
3. Takbiratul Ihram.
Ketika memulakan solat hendaklah diucapkan Takbiratul Ihram, iaitu : 'Allahu Akbar'
sabda Rasulullah s.a.w.: "Kunci solat adalah bersuci, pembukanya takbir dan penutupnya adalah mengucapkan salam." (HR. Al-Hakim dan disahkan Adz-Dzahabi)
4. Membaca Surah Al-Fatihah.
Dari Ubadah bin Ash-Shamit radhiallahu anhu sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:“Tidak sah solat bagi orang yang tidak membaca surat Al-Fatihah” (HR Muslim)
5. Ruku’ serta Thamakninah.
Perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada orang yang salah dalam solatnya:“Kemudian ruku’lah sehingga kamu thuma’ninah dalam melaksanakannya” (HR Bukhari)
6. I'tidal serta Thamakninah.
Iaitu berdiri tegak selepas melakukan perbuatan rukuk. Kadar masa berdiri yang sempurna ialah sekiranya-kira selesai mengucapkan tasbih : Subhanallah walhamdulillah walailaha illallah wallahu akbar'
Perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada orang yang salah dalam solatnya:“Kemudian berdirilah/bangkitlah engkau sehingga engkau tegak berdiri (I’tidal)” (HR Bukhari dan Muslim)
7. Sujud dua kali serta thamakninah.
Sujud ialah meletakkan dahi dan hidung ke atas lantai berserta dua tapak tangan, dua lutut dan dua ujung jari kaki. Sujud dua kali dilakukan dalam setiap rakaat.
Perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada orang yang salah dalam solatnya:“Kemudian sujudlah, sehingga kamu thamakninah dalam melaksanakannya” (HR Bukhari).
Dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:“Aku diperintahkan untuk bersujud dengan tujuh tulang, Dahi – sambil beliau mengisyaratkan pada hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan ujung-ujung jari kedua kaki” (HR Bukhari)
8. Duduk Antara Dua Sujud.
Setelah sujud bangkitlah daripadanya dan duduk diatas kedua-dua betis.
Perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada orang yang salah dalam solatnya:“Kemudian bangkitlahlah sehingga kamu duduk dengan thuma’ninah” (HR Bukhari)
9. Duduk Tasyahud Akhir.
Tahiyyat akhir boleh dilakukan dalam keadaan duduk di atas kedua betis atau di atas betis yang kanan, manakala punggung mencecah lantai.
10. Membaca Tasyahud Akhir.
Tasyahud sama ertinya dengan tahiyyat yang biasa disebut oleh orang-orang Islam dalam melakukan solat. Sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.. Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. mengajar kami membaca al-Qur'an. Baginda membaca:
Maksudnya : "Segala ucapan penghormatan yang membawa keberkatan dan salawat yang baik adalah bagi Allah. Salam sejahtera, rahmat dan keberkatan Allah ke atas engkau wahai Nabi. Salam sejahtera juga ke atas kami dan para hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku juga menyaksikan bahawa Muhammad adalah rasul Allah.
11. Membaca salawat ke atas Nabi.
اَللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
12. Salam.
Mengucap salam yang pertama. Berpaling wajah ke arah kanan dengan ucapan "Assalaamalaikum warahmatullah". Memadai hanya sekali berpaling kekanan, tetapi yang afdhalnya berpaling juga kekiri. Saad r.a. berkata bahawa : "Aku melihat Rasulullah s.a.w. memberi salam ke arah kanan dan kirinya hingga aku nampak pipinya yang putih". (HR Muslim).
13. Tertib.
Tertib bermakna melakukan setiap rukun-rukun solat mengikut turutannya, sehingga tidak ada yang mendahului oleh yang kemudian.
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat". (HR Bukhari)
Thamakninah. Iaitu tenang dan tidak tergopoh gapah ketika melakukan setiap rukun solat. Thamakninah adalah sikap tenang untuk sementara waktu setelah anggota badan yang digunakan tetap dan stabil. Jangka waktunya, menurut para ulama, kira-kira sama dengan membaca satu kali tasbih.
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Kunci solat adalah bersuci, dan pengharamnya adalah takbir dan penghalalnya adalah mengucapkan salam” (HR Abu Dawud dan At-Tirmidzi)
"Kunci solat adalah bersuci, pembukanya takbir dan penutupnya adalah mengucapkan salam." (HR. Al-Hakim dan disahkan Adz-Dzahabi)
...Masih Dalam Pembinaan .........
No comments:
Post a Comment