QUNUT SUBUH : Iaitu doa yang dibaca setelah bangkit dari rukuk pada rakaat kedua dan sebelum melakukan sujud, dibaca satu doa yang memohon kepada Allah. Hukumnya sunat Muakkad di sisi pandangan Mazhab Syafi'e. Sunat Muakkad adalah prbuatan sunat yang hampir hukumnya dengan wajib, ini bermakna jika tertinggal qunut subuh maka hendaklah digantikan dengan Sujud Sahwi sebelum salam. Jika terlupa ketika dalam turun untuk melakukan sujud, maka hendaklah dilihat adakah turunnya itu sudah separuh atau belum, jika masih belum separuh turun boleh bangkit kembali dan meneruskan Doa Qunut. Sebaliknya jika turun itu sudah separuh (iaitu lutut hampir mencecah lantai atau tangan sudah menekup disejadah maka teruskan sujud dan gantikan dengan Sujud Sahwi, jika bangkit semula BATAL solat.
Imam Maliki meletakkan Doa Qunut Subuh dalam kategori Sunat Mustahab. Lafaz doanya adalah sebagaimana berikut:
Allaahummah dinii fii man hadaitImam Maliki meletakkan Doa Qunut Subuh dalam kategori Sunat Mustahab. Lafaz doanya adalah sebagaimana berikut:
wa'aafini fii man 'aafait
watawallanii fii man tawallait
wa baariklii fii maa a'toit
wa qinii birahmatika syarramaa qadhait
Fa 'innaka taqdhii walaa yuqdhaa 'alaik
wa innahuu laa yadzilluman waa lait
wa laa ya'izzuman 'aadait
tabaa rakta rabbanaa wa ta'aalait
falakal hamdu 'alaa maa qadait
wa astaghfiruka wa atuubu ilaik
wa sollallaahu 'alaa saidinaa muhammadinin nabiyyil ummiyyi
wa 'alaa aalihi wa sohbihi wasallam.
Ertinya :
"Wahai Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin.
Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri afiat.
Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara.
Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi.
Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan.
Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum.
Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan.
Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan.
Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan.
Ampunilah memohon keampunan dariMu dan aku bertaubah kepadaMu.
Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad dan keluarganya serta sahabatnya".
No comments:
Post a Comment