Tahallul

TAHALLUL: Menurut bahasa Tahallul bererti ‘menjadi boleh’ atau ‘diperbolehkan’. ‎‎‎Dengan demikian tahallul ialah diperbolehkan atau membebaskan seseorang dari ‎‎‎larangan atau pantang larang Ihram. Pembebasan tersebut ditandai dengan tahallul iaitu ‎‎‎dengan mencukur atau memotong rambut sekurang-kurang 3 helai rambut. ‎

Hukum Tahallul

Semua Mazhab berpendapat bahawa tahallul merupakan Wajib Haji, hanya Mazhab ‎‎Syafi’ie sahaja ‎meletaknya sebagai rukun haji, sebagaimana firman Allah dalam surah ‎‎Al-Fath ayat ‎‎27 : ‎

‎(“Lakad sadaqal laahu rasuulahur ru’ya bilhaqqi latadkhulunnal masjidal haraama ‎in ‎‎syaa-al laahu aaminiina muhalliqiina ruu-usakum wa muqash-shiriina laa ‎takhaafuuna ‎‎fa’alima maalam ta’lamuu faja’ala min duuni dzaalika fat-han qariibaa.”) ‎

Ertinya : “Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya bahawa mimpi ‎‎‎RasulNya itu akan menjadi kenyataan. Iaitu engkau berserta penduduk Mekah lainnya ‎‎‎akan memasuki kota Mekah Insya Allah dengan aman, bebas dari rasa takut terhadap ‎‎‎kaum musyrik dengan mencukur rata kepalamu, sedang yang lain mengguntingnya saja. ‎‎‎Tuhan mengetahui apa yang tidak kamu ketahui itu. Dibalik ‘Yang tidak kamu ketahui ‎‎‎itu’ Tuhan memberi kemenangan lebih dahulu kepadamu pada waktu dekat”.‎

Ini bererti tahallul ialah keluar dari ihram haji dengan bercukur atau bergunting setelah sampai masanya.

Bahagian Tahallul

Tahallul terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Tahallul Awal dan Tahallul Thani.

Tahallul Awal. Melepaskan diri dari keadaan Ihram, setelah melakukan dua diantara tiga perbuatan alternatif sebagai berikut : Melontar Jumrah Aqabah dan Mencukur. Melontar Jumrah Aqabah dan Tawaf Ifadah, Tawaf Ifadah, Sa’i dan Mencukur.

Tahallul Thani/Qubra. Melepaskan diri dari keadaan Ihram setelah melakukan ketiga ibadah secara Lengkap yaitu sebagai berikut : Melontar Jumrah Aqabah. Bercukur, Tawaf Ifadah dan Sa’e.

No comments: