NUN WIQAAYAH : Nun yang ditambah pada bacaan apabila mana-mana kalimah yang berakhir dengan Tanwin (baris dua) bertemu dengan mana-mana kalimah yang bermula dengan Alif Lam ( ال ) atau Hamzah Wasal ( ا ) . Nun ini juga disebut dengan Nun Wasal atau Nun 'Iwadh, atau Nun Pengganti. Nun Wiqayah dibaca dengan baris bawah (kasrah). Dalam al-Qur'an al-Majid (yang telah dihapus oleh JAKIM) nun ini ditulis dengan nyata, Manakala dalam al-Qur’an al-Karim (Rasam Utsmani) nun ini tidak ditulis dengan nyata tetapi dari segi bacaannya ianya hendaklah dibunyikan.
Di antara ayat-ayat yang terdapat Nun Wiqayah;
1. Surah Al-Baqarah : ayat 180 ( ) dan dibaca dengan ; (Khairanil wasiyyah)
Di antara ayat-ayat yang terdapat Nun Wiqayah;
1. Surah Al-Baqarah : ayat 180 ( ) dan dibaca dengan ; (Khairanil wasiyyah)
2. Surah Yusuf : ayat 8 - 9 ( ) dan dibaca dengan ; (Mubiini niqtulu)
3. Surah Kahf : ayat 88 ( ) dan dibaca dengan; (Jazaa’a nilhusnaa)
4. Surah An-Najm : ayat 50 ( ) dan dibaca dengan; (‘Aadan nil uulaa)
5. Surah Al-Jumu’ah : ayat 11 ( ) dan dibaca dengan; (Au lahwanin faddhuu)
6. Surah Al-Ikhlas : ayat 1 - 2 ( ) dan dibaca dengan; (Allahu ahadunillahus somad)
7. Surah al-A'raf : ayat 164 ( ) dan dibaca dengan; (Qaumanillahu muhlikuhum)
8. Surah al-A'raf : ayat 177 ( ) dan dibaca dengan; (matsalanil qaumul ladziina)
9. Surah at-taubah : ayat 24 ( ) di dibaca dengan; (wa amwaaluniqtaraftumuuha)
11. Surah Ibrahim : ayat 18 ( ) di baca dengan; (karamaadinisy taddat)
12. Surah Al-Hijr : ayat 61 ( ) dibaca dengan; (Falammaa jaa'a aala luthi nilmursalin )
13. Surah Al-Kahfi: ayat 100-101 ( )kalau wasal dibaca dengan ('aradha nilladzi...)
14. Surah Maryam: ayat 7 ( ) dibaca dengan (bughalaaminismuhu..)
15. Surah Maryam: ayat 61 ( ) dibaca dengan (jannaati 'adninillati..)
1 comment:
nak tanye
kalau tanwin bertemu sabdu adakah perlu tambah nun
wiqaayah jugak?
Post a Comment