SOLAT ASAR : Iaitu solat wajib yang dilakukan
sebanyak 4 rakaat dan 1 salam. Waktunya bermula apabila bayang sesuatu benda
lebih sedikit daripadanya dan berakhir apabila terbenamnya seluruh bulatan
matahari dari pandangan. Niatnya adalah :
“Sahaja aku solat Asar 4 rakaat makmum/imam tunai kerana
Allah taala”
Disunatkan melakukan solat sunat qabliyyah (sebelumnya)
sahaja dan haram melakukan solat sunat selepasnya. Kerana waktu selepas
dilaksanakan solat Fardhu Asar adalah waktu yang diharamkan solat, kecuali
solat Tahiyyatul Masjid, Solat Janazah dan Solat Gerhana Matahari sahaja.
No comments:
Post a Comment