SOLAT SUBUH : Iaitu solat wajib yang dilakukan sebanyak 2 rakaat dan 1
salam. Waktunya bermula apabila terbitnya fajar Sodiq dan berakhir apabila
terbitnya matahari. Niat solat Subuh adalah sebagaimana berikut:
“Sahaja aku solat Asar 4 rakaat makmum/imam tunai kerana
Allah taala”
Disunatkan melakukan solat sunat fajar dan solat sunat
qabliyyah (sebelumnya) sahaja dan haram melakukan solat sunat selepasnya.
Kerana waktu selepas dilaksanakan solat Fardhu Subuh adalah waktu yang
diharamkan solat, kecuali solat Tahiyyatul Masjid, Solat Janazah dan Solat
Gerhana Matahari sahaja.
Solat subuh adalah solat pertama yang dikerjakan oleh Rasululah s.a.w. selepas peristiwa Mi'raj dan sehabis selesai menerima ketetapan solat dari Allah s.w.t.
Di sisi beberapa Mazhab solat ini sunat dibaca Doa Qunut
setelah iktidal pada rakaat kedua. Bahkan mengikut Mazhab Syafi’e Qunut adalah
sunat Ab’adh . Sunat Ab’adh adalah sunat yang hamper kepada wajib hukumnya. Jika
tertingga kerana terlupa maka hendaklah dilakukan Sujud Sahwi. Tidak
membatalkan solat jika tidak melakukannya.
Bacaan Qunut adalah sebagaimana berikut :
Maksudnya: “Tuhanku, pimpinlah
aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang
yang telah Engkau beri kesihatan. Dan peliharalah aku sepertimana orang yang
telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau
anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadha’kan. Kerana
Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah
Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat
Engkau hai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang
telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah
rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya
serta sahabatnya.”
No comments:
Post a Comment