ISMA


ISMA : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!

ISMA merupakan sebuah entiti yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. Dengan misinya untuk membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi, ISMA berazam untuk memberi impak kepada masyarakat melalui pelbagai program dan aktiviti. ISMA komited dalam mencapai matlamat penubuhannya di samping mempunyai ahli-ahli yang konsisten melaksanakan program dan aktivitinya.

ISMA berusaha mengajak masyarakat kepada kesejahteraan dan keutuhan keluarga sebagai aset kekuatan dalam pembentukan masyarakat kerana ISMA mahu mencorakkan bangsa ke arah kemajuan, berdaya saing dan mampu menjadi sebuah entiti yang mewarnai kepimpinan masa depan.

ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari segi aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja, belia serta wanita.

ISMA bukan parti politik dan tidak akan terlibat di dalam sebarang kegiatan politik kepartian.


TUJUAN DAN MATLAMAT
Menggabungkan dan menyatukan semua warga negara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan beragama Islam dalam sebuah pertubuhan yang melaksanakan segala bentuk aktiviti dan program dalam bidang kebajikan, sosial, ekonomi dan pendidikan ke arah pembentukan peribadi Muslim yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

Menggembelingkan kepakaran dan pengalaman ahliahli dan sukarelawan yang berminat ke arah berkhidmat untuk masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa.
Mewujudkan sebuah pusat sumber sebagai tempat rujukan ahli dan masyarakat dalam proses penyelidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan.

Menjadi anggota kepada pertubuhanpertubuhan Islam di dalam dan luar negara yang mempunyai tujuantujuan dan matlamat-matlamat yang sama dengan ISMA serta menerima keanggotaan pertubuhanpertubuhan tersebut.

Menjalinkan kerjasama dan menjalankan aktiviti dengan pertubuhanpertubuhan di dalam dan luar negara dalam menjayakan matlamat dan tujuan ISMA demi kebaikan dan kepentingan masyarakat.

Mewujudkan pusatpusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi ahli dan masyarakat.

Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumatmaklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluransaluran media yang dibenarkan oleh pihak berkuasa secara kerjasama dengan pihak media massa di dalam dan luar negara.

Menerima dan menguruskan sumbangansumbangan sama ada dalam bentuk wang atau selainnya daripada ahliahli ISMA sendiri (selain daripada yuran keahlian) atau daripada manamana pihak individu atau institusi/syarikat/firma dari dalam dan luar negara dan sebagainya yang berminat untuk membantu ke arah pencapaian tujuantujuan dan maksud ISMA.

VISI
Membangun kekuatan tamadun Islam di Malaysia berasaskan keadilan bersama.

MISI
Membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi

OBJEKTIF
Memantapkan kefahaman ahli serta masyarakat bagi melahirkan pimpinan di masa depan.Mengangkat kesedaran peri-pentingnya pembinaan keluarga.

Membentuk remaja ke arah membangunkan potensi intelektual, fizikal dan spiritual.

Membimbing pemuda menjadi individu muslim berketrampilan dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumat-maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran media yang dibenarkan.

Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio-ekonomi ahli dan masyarakat.

Membantu masyarakat dari segi kebajikan dan aspek kemanusiaan.

JAWATANKUASA PUSAT
Struktur Baru Ahli Jawatankuasa ISMA Pusat (JKP) Sesi 2011-2013

Presiden                                   : Abdullah Zaik B Abd Rahman
Timb Presiden                          : Tn Hj Aminuddin Yahaya
Naib Presiden 1                        : Abdul Rahman B Mat Dali
Naib Presiden 2                        : Muhammad Fauzi B Asmuni
Setiausaha Agung                     : Dr Amirudin Abdul Wahab
Bendahari Agung                      : Khalid B Zakaria
Ketua Wanita                           : Ustazah Nor Saleha Mohd Salleh
Exco Dakwah                           : Ustaz Abdul Halim Abdullah
Exco Tarbiyah                          : Ustaz Mohd Rusdi Alias
Exco Perkaderan                      : Mohamad Bin Ismail
Exco Latihan Kepimpinan         : Ustaz Mohd Hazizi Ab. Rahman
Exco Baitul Muslim                   : Ustaz Annuar Salleh Hussain
Exco Media                              : Dr Kamil Azmi Tohiran
Exco Belia                                : Dr Ahmad Kamsani Samingan
Exco Tugas-Tugas Khas           : Ustaz Wan Hisham Wan Embong
Timb Ketua Wanita                  : Norlida Bt Kamarudin


CAWANGAN KEGIATAN

Cawangan Dalam Negara

ISMA Gombak
ISMA Hulu Langat
ISMA Johor
ISMA Kedah
ISMA Kelantan
ISMA Kuantan
ISMA Melaka
ISMA Negeri Sembilan
ISMA Perak
ISMA Port Dickson
ISMA Pulau Pinang
ISMA Sabah
ISMA Sarawak
ISMA Shah Alam
ISMA Klang
ISMA Terengganu

Cawangan Luar Negara

ISMA Australia
ISMA Eropah
ISMA India
ISMA Jepun
ISMA Jordan
ISMA Korea
ISMA Mesir
ISMA New Zealand

No comments: