TAQIYYAH: Taqiyyah menurut kaum Muslimin adalah suatu
istilah yang maksudnya hanya terarah kepada satu erti iaitu “Dusta”. Adapun menurut Syi’ah ‘taqiyyah’
bermaksud perbuatan seseorang yang
menampakkan sesuatu berbeza dengan apa yang ada dalam hatinya, ertinya nifaq
dan menipu dalam usaha mengelabui manusia. Taqiyyah adalah satu prinsip dari
prinsip-prinsip kesesatan mereka. Taqiyyah memiliki kedudukan yang luar biasa, mereka
telah menempatkannya dalam tempat yang agung dan istimewa, hingga mereka
menjadikannya sebagai asas dalam agama mereka, dengan taqiyyah seorang hamba
akan mendapatkan pahala dan ihsan dari Allah.
Taqiyyah adalah SATU RUKUN dari rukun-rukun agama SYI’AH, seperti
halnya solat. Ibnu Babawaih mengatakan:“Keyakinan kami tentang taqiyyah itu
adalah dia itu wajib. Barangsiapa meninggalkannya maka sama dengan meninggalkan
solat.” [Al-I’tiqadat, hal.114].
Mereka menisbahkan kepada imam keenam Ja’far Ash-Shadiq, dia
berkata: “Seandainya saya mengatakan bahawa yang meninggalkan taqiyyah sama
dengan yang meninggalkan solat tentu saya benar.” [Al-I’tiqadad, hal.114]
Sebagaimana mereka katakan juga bahawa: “Daulah az-Zalimin”
mereka menegaskan, “Taqiyyah adalah fardhu yang diwajibkan kepada kami dalam
negara orang-orang yang zalim. Kerana itu barangsiapa meninggalkan taqiyyah
maka sungguh dia telah menyalahi agama Imamiyah dan telah berpisah dengannya.” [Bihar op. cit. 57/421]
Taqiyah didefinisikan oleh salah seorang ulama Syiah, Muhammad
Jawaad Mughniyah, sebagai berikut: "Taqiyah iaitu kamu mengatakan atau
melakukan (sesuatu), berlainan dengan apa yang kamu yakini untuk menolak bahaya
dari dirimu atau hartamu atau untuk menjaga kehormatanmu" (Muhammad Jawaad
Mughniyah, As Syi'ah fil Mizaan, hal : 48)
Ajaran Taqiyah ini merupakan sebahagian dari aqidah Syiah. Al-Kulaini
menisbahkan kepada Imam Ja’far Shodiq yang berkata "Wahai Abu Umar
sesungguhnya sembilan persepuluh (sembilan puluh peratus) agama ini terletak
pada (akidah) Taqiyah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak melakukan
Taqiyah. Taqiyah ada pada setiap sesuatu kecuali di nabidz (korma yang direndam
dalam air untuk membuat arak) dan pada menyapu khuuf (kaus atau kulit)." Dan
dinukilnya juga dari Abi Abdillah ia berkata : "Jagalah agama kalian dan
tutuplah agama itu dengan Taqiyah, kerana tidak ada iman bagi orang yang tidak
mempunyai Taqiyah." (Usul al-Kafi, hal: 482-483)
Mereka menipu kaum muslimin
kerana mengikuti hawa nafsu iblis mereka, sekaligus mempropaganda
kesesatan mereka. Mereka menganggap bahawa taqiyyah lebih tinggi kedudukannya
dibandingkan keimanan seseorang.
‘Imam Bukhari’ mereka, iaitu Muhammad Al-Kulaini berkata: “Bertaqwalah
kamu kepada Allah 'Azza wa Jalla dalam agama kamu dan lindungilah agama kamu
dengan taqiyyah, maka sesungguhnya tidaklah mempunyai keimanan orang yang tidak
bertaqiyyah. Dia juga mengatakan “Siapa yang menyebarkan rahsia bermakna ia
ragu dan siapa yang mengatakan kepada selain keluarganya bermakna kafir.” .”[Al-Kafi S 2/371,372 & 218].
Dan demikianlah firqah Syi’ah menjadikan taqiyyah, sebagai
tiang agama dan menjadikannya sebagai salah satu simbol agama. Keyakinan akan
kewajiban bertaqiyyah menyebabkan mereka boleh
berbohong. Sehingga perbuatan ini menjadi “trade mark” atau simbol
Syi’ah. Umpamanya ada yang mengatakan, “Dia itu lebih pembohong dari orang
rafidhah” [Tahqiq Mawaqif al-Sahabah fi al-Fitnah].
Kata mereka dalil bolehnya taqiyyah ialah Firman Allah 'Azza
wa Jalla, maksudnya:
“Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir
menjadi wali (kekasih, penolong, pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang
Mukmin. Barangsiapa berbuat demikian nescaya, lepaslah ia dari pertolongon
Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari
mereka.” [Ali Imran: 28].
Ini adalah istidlal (pengambilan dalil) yang salah, menyalahi
pengertian ayat yang jelas yang tidak menerima ta’wil semacam di atas; ‘memelihara
diri’ yang dimaksud dalam ayat adalah ‘memelihara diri dari orang-orang kafir’.
Firman Allah 'Azza wa Jalla, ertinya:
“Kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap
tenang dalam beriman (dia tidak berdosa).” [An-Nahl: 106].
Ini juga istidlal yang keliru dan jauh dari kebenaran kerana ayat ini khusus
bagi orang yang sudah tidak tahan siksaan, jika dia terpaksa mengucapkan
kekufuran, maka dia boleh mengucapkannya tanpa diyakini dan diamalkan.
Sebagaimana mereka beristidlal dengan firman Allah 'Azza wa
Jalla, melalui lisan Ibrahim a.s., ertinya:
“Lalu ia memandang sekali pandang ke bintang-bintang, kemudian
ia berkata, ‘Sesungguhnya aku sakit’,” [Ash-Shaffat: 88-89].
Ini tidak sama dengan kedustaan dan kebohongan model Syi’ah,
tetapi ayat ini membolehkan “tawriyah” (penyamaran) dalam zhahir ucapan jika
diharuskan dalam kondisi darurat.
Ucapan Ibrahim a.s. “Sesungguhnya aku sakit” , maksudnya, “Dari
amal kamu dan ibadah kamu kepada berhala-berhala itu”. Ini bukan dusta tetapi di dalamnya mengandung
sindiran (ta’ridh) untuk maksud syar’i, iaitu menghancurkan tuhan-tuhan mereka
setelah ditinggalkan oleh para penyembahnya. Bahkan taqiyyah Syi’ah tidak hanya
halal bagi manusia biasa, tetapi halal juga bagi para Nabi dan Rasul. Ini
adalah sangat buruk dan keji serta kemungkaran yang nyata. Kerana Allah Ta’ala
mengutus para Nabi dan Rasul untuk tugas menyampaikan risalah Tuhan mereka, mengajar
manusia dan menyucikan mereka. Jika tidak tentu tidak akan tersebar dakwah
mereka, tidak akan muncul pertentangan di antara mereka dan orang-orang yang
mereka diutuskan kepadanya, tentu tidak
akan merasakan ujian-ujian, siksaan-siksaan dan mara bahaya.
Al-Qur’an adalah sebaik-baik saksi dalam hal ini dan yang
menafikan ini adalah firman Allah 'Azza wa Jalla, artinya:
“(Iaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah,
mereka takut kepada-Nya dan mereka tidak merasa takut kepada seorang (pun) selain
kepada Allah.” [AI-Ahzab: 39].
Di antara riwayat dusta Syi’ah adalah taqiyyah yang
dikaitkankan kepada Rasulullah s.a.w. Mereka
menyebut dari Abu Abdillah a.s.
Dia berkata: “Tatkala Abdullah bin Ubay bin Salul (pemimpin
orang-orang munafik) mati, Rasulullah s.a.w.
menghadiri jenazahnya.
Maka Umar menegur Rasulullah s.a.w., “Bukankah Allah telah
melarang anda untuk berdiri di kuburannya ?”
Rasulullah terdiam.
Umar mengulangi lagi, “Bukankah Allah 'Azza wa Jalla telah
melarang Anda untuk berdiri diatas kuburannya?”
Maka beliau menjawab, “Celaka kamu, tahukah kamu apa yang
aku ucapkan? Sesungguhnya aku mengatakan, “Ya Allah tutuplah mulutnya dengan
api, penuhilah kuburannya dengan api, dan masukkanlah dia ke dalam api neraka.”
Abu Abdillah a.s berkata: “Maka jelaslah bahwa Rasulullah s.a.w. apa yang tadinya tidak dia sukai.” [Al-Kafi
fi Al-furu’.Kitab Al-Janaiz 3/188]
Apakah seperti ini sifat dan karakter Rasul yang diutus
sebagai ‘rahmatan lil’alamin’, yang datang sebagai pengajar dan pendidik bagi
ummat manusia? Sungguh ini adalah kebohongan dan kecurangan dari orang-orang
zindik untuk menjatuhkan maruah
Rasulullah s.a.w.
Allah 'Azza wa Jalla telah memuji nabi-Nya dengan berfirman
yang artinya:
“Dan sesungguhnya engkau berada di atas akhlak yang agung.”
Tuduhan yang curang dan taqiyyah yang didakwakan
bertentangan dengan kandungan dan makna
ayat ini. Kemudian bagi yang masih memiliki akal, apakah Rasululalh s.a.w. memerlukan sikap taqiyyah dan nifaq sementara
kedudukannya sangat kuat dan kedudukannya sangat tinggi ketika itu?
Sepatutnya, Ibnu
Salul lah yang memerlukan sikap dusta dan taqiyyah ini kerana lemahnya dia di
hadapan kekuatan Islam.
Apakah yang ditakuti oleh Rasulullah s.a.w. sehinga bertaqiyyah di hadapan Ibnu Salul
yang sudah menjadi mayat itu!
“Takutlah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama
orang-orang yang benar.” [At-Taubah:119]
“Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada
Allah dan katakanlah perkataan yang benar.” [Al-Ahzab:70]
Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan mereka yang
telah menyifati Rasulullah s.a.w. yang
diutus sebagai penyebar rahmat dengan sifat-sifat seperti tadi.
Sesungguhnya taqiyyah yang dilakukan oleh Rafidhah adalah
kemunafikan yang nyata, mereka menginginkan sesuatu tapi mengucapkan dengan
sesuatu yang lain. Memerintahkan sesuatu secara terang-terangan dan melarangnya
bila bersendirian. Allah Ta’ala telah menjelaskan sifat-sifat orang munafik dan
sifat-sifat tersebut adalah sifat-sifat orang Syiah yang sudah terbiasa dan
terdidik dengan pendidikan yang hina ini, dan dari sana mereka mewariskannya kepada anak-anak
mereka.
Allah 'Azza wa Jalla berfirman:
“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata,
kami mengakui bahawa sesungguhnya kamu adalah benar-benar Rasul Allah. Dan
Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu adalah benar-benar Rasul-Nya. Dan
Allah mengetahui bahawa sesungguhnya
orang munafik itu benar-benar pendusta.”
[Al-Munafiqun:1].
Allah berfirman, ertinya: “Dan bila mereka berjumpa dengan
orang-orang yang beriman, mereka mengatakan kami beriman, dan apabila mereka
kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami
sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.” [Al-Baqarah:14]
Latar Belakang Akidah Taqiyyah
Kedudukan Syi’ah dahulu telah mengalami krisis ketika mereka
membuka lembaran-lembaran kitab-kitab
mereka di mana dalam kitab ini Al-Imam
mengancam dan menakut-nakutkan, dan dalam kitab lain imam yang keempat
menghalalkan dan dalam kitab yang sama imam keenam mengharamkan , imam yang ini
mengatakan ‘matahari’ sementara imamnya yang lain mengatakan ‘bulan’, maka
mereka mendapati bahawa ucapan orang yang mereka yakini sebagai imam yang
ma’shum terbebas dari kesalahan dan kegelinciran ternyata ucapan mereka dalam
satu perkara saling bertentangan tanpa menemukan alasan pembenaran untuk itu. Sebagaimana
mereka merasa terpukul ketika terdapat dalam sebahagian riwayat mereka memuji
dan mencintai para sahabat Rasulullah s.a.w. , dan mengakui baiyat terhadap
mereka, bertentangan dengan apa yang
mereka yakini. Maka kesulitan mereka semakin rumit, kerana orang-orang bodoh
dan hakham Rafidhah telah menghukumi sesat orang-orang sesat di sekitar mereka,
dan memenuhi hati mereka dengan kebencian terhadap para sahabat dan ummahat Al-Mukminin
– semoga Allah meredhai mereka- sepanjang zaman . Maka mereka berlari menuju
tipu muslihat dan kesesatan. Mereka memandang bahawa tidak ada jalan selamat
bagi mereka melainkan dengan taqiyyah. Mereka merancang konsep taqiyyah dan
melengkapinya dengan berbagai macam fadhilah, dengan begitu mereka telah
mengelabui manusia.
Apabila orang yang mengerumuni mereka dan yang menganut
agama mereka hanyalah orang-orang bodoh –semoga Allah memberi hidayah kepada
mereka- yang tidak mampu membuat penilaian di dalam masalah akidah. Jika mereka
mendengar dari satu imam yang berkata begini dan begitu, mereka langsung
membenarkan sebelum orang yang menceritakan hadits itu menyempurnakan haditsnya.
Mereka telah menjadikan para pengikut sebagai tawanan bagi ucapan para imam
yang dipalsukan itu, kerana mereka telah menanamkan ketaatan buta tuli kepada
imam, mereka telah menakut-nakutkan
pengikutnya dan telah membius mereka dengan hadits-hadits yang tidak ada
sangkut pautnya dengan Islam.
Maka jika ucapan seorang imam bertentangan dengan imam itu
sendiri, atau ucapan seorang imam bercanggah
dengan Imam yang lain, mereka mengatakan sesungguhnya itu terjadi
disebabkan taqiyyah. Mereka benar-benar telah menghiasi taqiyyah ini dengan
berbagai macam keutamaan dan keistimewaan sesuai dengan keinginan nafsu mereka.
Bagaimanakah Kesaksian Ulama Mereka?
Berikut ini adalah penyaksiian ulama Syi’ah yang berakal
tentang taqiyyah yang dia sebutkan dalam kitabnya, “Sesungguhnya saya meyakini
dengan seyakin-yakinnya bahawa tidak ada satu ummat di dunia yang menghinakan
dirinya dengan menerima konsep taqiyyah dan mengamalkannya. Inilah saya, saya
memohon kepada Allah secara ikhlas dan saya mengetahui hari yang orang Syi’ah
tidak pernah berfikir, bahkan tidak pernah berfikir tentang taqiyyah apalagi
tentang pengamalannya.”
Dan dia menambah, “Sesungguhnya yang menjadi kewajiban bagi
Syi’ah adalah menjadikan perhatiannya terhadap kaedah akhlak yang telah
diwajibkan oleh Islam atau seluruh kaum muslimin, yaitu: seorang muslim tidak
boleh menipu, tidak menjilat,tidak melakukan kecuali yang haq dan tidak berkata
melainkan yang haq sekalipun atas dirinya. Dan sesungguhnya perbuatan baik itu
adalah baik di segala tempat dan amal yang buruk adalah buruk di segala tempat.”
Sehingga dia berkata,
“Hendaklah mereka juga mengetahui bahwa apa yang mereka nisbahkan kepada imam Ash-Shadiq dari ucapannya taqiyyah
adalah ‘agamamu dan agama bapa-bapaku’, sesungguhnya itu hanyalah dusta, bohong
dan fitnah atas imam yang sangat agung itu.”[ibid, hal.159]
Sebagaimana dikatakan oleh seorang Iran , Ahmad Al-Kisrawi, “Sesungguhnya
taqiyyah adalah satu macam dari dusta dan nifaq, apakah masih perlu menyelidiki
tentang keburukan dusta dan nifaq?” [Syi’ah wa At-Tasyayyu’, hal.87].
Sesungguhnya taqiyyah itu hanya dibolehkan untuk orang-orang
lemah yang ditindas yang khuatir tidak boleh kekal di atas kebenaran dan bagi orang-orang yang
tidak menempati qudwah (teladan) bagi manusia, orang seperti merekalah yang
boleh mengambil rukhsyah (taqiyyah) ini. Adapun orang-orang yang memiliki
semangat dan tekad dari para Imam yang menjadi petuntuk jalan maka mereka wajib
mengambil azimah (hukum yang kuat) menanggung derita , tetap teguh di jalan Allah walau apapun yang mereka
hadapi. Dan adalah para sahabat Rasulullah s.a.w. orang yang mulia sebagaimana yang
dipersaksikan Al-Qur’an. Allah berfirman :
“Kekuatan, kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya
dan bagi orang-orang yang mukmin, tetapi orang-orang yang munafik itu tidak
mengetahui.” [Al-Munafiqun: 8].
Maka tidak boleh orang-orang yang mulia (kuat) itu hanya
berasal dari para sahabat yang khusus, kerana Ali dan Ibnu Abbas , bukan orang
yang munafik juga bukan orang yang hina sehingga mengambil sikap taqiyyah.
Ibnu Taimiyah berkata,
“Inilah sikap Rafidhah”. Syi’ar
mereka adalah kehinaan, baju mereka adalah nifak dan taqiyyah, modal mereka
adalah dusta dan sumpah palsu. Mereka berdusta atas nama Ja’far As-Siddiq bahwa
dia berkata : Taqiyyah adalah agamaku dan agama bapa-bapaku. Dan Allah telah
membersihkan ahlul bait dari hal itu dan tidak menjadikan mereka memerlukan
kepadanya , kerana mereka adalah manusia paling jujur dan paling agung imannya.
Agama mereka adalah takwa dan bukan taqiyyah [Al-Muntaqa: 86].
Inilah hakikat taqiyyah dalam agama Syi’ah dia tidak lain
hanyalah dusta, nifaq, dan penipuan; tidak ada amanah bagi mereka, tidak ada
keikhlasan dan kejujuran dalam agama mereka . Mereka adalah para pendusta yang
bangga dengan dustanya dan terang-terangan dengan maksiatnya di hadapan mata
manusia.
Allah berfirman:“Di antara orang-orang Mukmin ada orang-orang
yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara
mereka ada yang gugur dan di antara mereka (ada pula) yang menunggu-nunggu dan
mereka sedikitpun tidak mengubah-ubah janjinya, supaya Allah memberikan balasan
kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan menyiksa orang
munafik jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah
adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Al-Ahzab:23-24].
Serangan Syi'ah Terhadap Sahabat
Apa kata mereka tentang sahabat?
Ibnu Taimiyah berkata: “Syi’ah Rafidhah mengatakan: Sesungguhnya
kaum muhajirin dan anshar menyembuyikan nash-nash sehingga mereka kafir kecuali
hanya sedikit saja, lebih dari 10 orang dan sesungguhnya Abu Bakar, Umar dan
orang sepertinya adalah orang munafik , yang sebelumnya adalah beriman kemudian
menjadi kafir. [Majmu’ fatawa 3/356].
Mereka juga mengaguhnya para sahabat, kerana mereka telah membai’at
Abu Bakar, maka semuanya menjadi kafir kecuali tiga atau empat orang ,(Kitab
syiah Itsna ‘asyariyah) diantaranya dari Hinan bin Sadir (tokoh syi’ah) dari
bapanya dari Abu Ja’far, dia berkata : “Semua manusia menjadi kafir setelah
meninggalnya Nabi saw kecuali tiga orang iaitu : Miqdad bin Aswad, Abu Zar al
Ghifari dan Salman al- Farisi.” [Al-Kafi 12/321,322]. Lebih dari itu mereka
juga mengkafirkan sebahagian dari ahli Bait Rasulullah s.a.w. , seperti Al-Abbas
dan Abdulullah bin Abbas, mereka menganggapnya kerdil dan bodoh. [Ushul Kafi 1/247].
Maka lihatlah bagaimana mereka menganggap generasi termulia menjadi seperti
iblis atau Abu Jahal. Padahal dengan celaan mereka terhadap sahabat saja sudah
bererti mencela Nabi dan Islam. Cukuplah bagi kita untuk menepis kebatilan itu
dengan Hadits: “Janganlah kamu mencela sahabatku, karena seandainya kamu
berinfaq emas sebesar gunung uhud tidak akan menyamai kebaikan mereka (walaupun)
satu mud atau setengahnya” [HR. Bukhari dari Abi Said Al- Khudri]
Bukan hanya itu sahaja tetapi mereka juga mengkafirkan
khalifah, serta menghukumi pemerintahannya sebagai negara kafir.
Menurut Syi’ah Itsna’asyariyah, bahawa semua pemerintahan
selain pemerintahan Itsna’asyariyah adalah bathil, dan penguasanya adalah
thagut. Barangsiapa yang berbai’at kepadanya tak ubahnya seperti orang yang
membai’at thagut. Mereka berpendapat bahwa semua khalifah selain Ali dan Hasan
adalah thagut, sekalipun mereka menyeru kepada kebenaran. Al-Majlisi mengatakan:
“Bahawa khulafa’ Ar-Rasyidin adalah perampas yang murtad dari Islam, semoga
Allah melaknat mereka dan orang yang mengikuti mereka, kerana mereka menzalimi
Ahlul bait dari awal hingga akhir.” [Ushul kafi: 1/427 dan Rijal al-kusyi hal:35].
Di masa Ja’far bin Shadiq, Syi’ah rafidhah juga mengatakan : Penduduk Syam
lebih jelek dari pada penduduk Romawi (Nasrani), dan penduduk Madinah tujuh
puluh kali lebih jelek dari penduduk Makkah, sedangkan penduduk Makkah telah
kafir dengan nyata. [Ushul kafi: 2/49]
(rujukan://www.darulkautsar.net)
No comments:
Post a Comment