Sifat Wajib Bagi Allah,

Sifat Wajib Bagi Allah : Allah s.w.t. mempunyai sifat-sifat yang maha sempurna dan tiada sebarang kekurangan. Kita wajib beriman secara umum bahawa sifat Allah adalah sifat yang sempurna dan sama sekali tidak menyamai dengan sifat makhluk.

Sifat yang wajib bagi Allah (s.w.t.) ada 20 sifat, ini bukan bermakna Allah itu hanya bersifat 20 sahaja, malah yang dimaksudkan ialah sifat yang wajib diimani kerana disebut di dalam al-Qur'an dan Hadits.

Dua puluh sifai itu ialah:

1. Wujud ( وجود ) ertinya Ada.
2. Qidam ( قدم ) erinya Sediakala.
3. Baqa’ ( بقاء ) ertinya Kekal.
4. Mukhalafatuhu Lilhawaadith ( مخالفته للحوادث ) ertinya Bersalahan Dari Segala Yang Baharu.
5. Qiamuhuu Binafsih ( قيامه بنفسه ) ertinya Berdiri Dengan Sendiri.
6. Wahdaaniat ( وحدانية ) ertinya Esa.
7. Qudrat ( قدرة ) ertinya Berkuasa
8. Iradat ( إرادة ) ertinya berkehendak.
9. Ilmu ( علم ) ertinya Mengetahuai.
10. Hayat ( حياة ) ertinya Hidup.
11. Sama’ ( سمع ) ertinya Mendengar.
12. Basar ( بصر ) erinya Melihat.
13. Kalam ( كلام ) ertinya Berkata-kata.
14. Kaunuhu Qadiran ( كونه قادرا ) ertinya Keadaannya Sentiasa Berkuasa.
15. Kaunuhu Mariidan ( كونه مريدا ) ertinya Keadaannya Sentiasa Berkehendak.
16. Kaunuhu ‘Aliman ( كونه عالما ) ertinya Keadaannya Sentiasa Mengetahui.
17. Kaunuhu Hayyan ( كونه حيا ) ertinya Keadaannya Sentiasa Hidup.
18. Kaunuhu Saami’an ( كونه سميعا ) ertinya Keadaannya Sentiasa Mendengar.
19. Kaunuhu Basiran ( كونه بصيرا ) ertinya Keadaannya Sentiasa Melihat.
20. kaunuhu Mutakalliman ( كونه متكلما ) ertinya Keadaannya Sentiasa Berkata-kata.

Sifat di atas boleh terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu:
1. Sifat Nafsiah,
2. Sifat Salbiah,
3. Sifat Ma’ani dan
4. Sifat Ma’nawiyyah.

Ahli Sunnah mengatakan bahawa sifat-sifat;

  • Qudrat ( قدرة ) ertinya Berkuasa
  • Iradat ( إرادة ) ertinya berkehendak.
  • Ilmu ( علم ) ertinya Mengetahuai.
  • Hayat ( حياة ) ertinya Hidup.
  • Sama’ ( سمع ) ertinya Mendengar.
  • Basar ( بصر ) erinya Melihat.
  • Kalam ( كلام ) ertinya Berkata-kata.

Kesemuanya adalah sifat Allah yang azali lagi kekal.

Selain dari sifat-sifat yang wajib bagi Allah di atas, maka segala sesuatu yang berlawanan daripada sifatNya adalah merupakan Sifat Yang Mustahil Bagi Allah.

Jika Allah bersifat dengan sifat yang wajib bagiNya juga sifat yang mustahil maka sudah tentu Allah juga mempunyai sifat harus bagiNya.

No comments: