Doa Khatam Al-Qur'an

DOA KHATAM AL-QUR'AN: Apabila seseorang telah selesai menghabiskan bacaan dari awal surah al-Fatihah hingga Surah Annas maka di sunatkan baginya membaca Doa Khatam Al-Qur'an.

Doanya sebagaimana berikut:





Maknanya: Dimulai dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa. Solat dan salam ke atas Rasul kami, Nai Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya.

“Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Qur’an dan jadikanlah Al-Qur’an bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Qur’an. Ajarkanlah aku daripada Al-Qur’an apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Qur’an itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusankanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku; dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku hari bertemu dengan-Mu.

Ya Allah, ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian. Tetapkanlah (kakiku di atas sirat-Mu) serta beratkanlah timbanganku. Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku. Ampunkanlah kesalahan-kesalahan dan aku memohon kepada-Mu tempat tertinggi dari syurga-Mu.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu apa-apa yang mewajibkan rahmat-Mu, juga apa-apa yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Perbaikilah akibat dari setiap urusan kami, hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu, yang dengannya dapat menghalang kami berlaku maksiat kepada-Mu, kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu yang dapat menyampaikan kami dengannnya ke syurga-Mu, kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami dapat menikmati pendengaran-pendengaran kami, penglihatan-penglihatan kami, kekuatan-kekuatan kami selama Engkau masih hidupkan kami, dan jadikanlah semua itu warisan kami, balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami, janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami, janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami, jangan pula dijadikannya nilaian pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jangan Engkau biarkan kami sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, tiada seberang kebuntuan melainkan Engkau melapangkannya, tidak juga hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab neraka.

Selawat dan salam yang tidak terhingga ke atas Nabi kita Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarganya serta para sahabat yang terpilih.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.












Bercukur Bayi

Cara Bercukur Bayi : Disunatkan bercukur kanak-kanak pada hari ke-7, kemudian ditimbangkan rambut kanak-kanak tersebut dan disedekahkan seberat rambutnya.

Contoh Peralatan:

Air Zamzam


Buah Tamar (kurma)

Buah Kismis (anggur kering hitam)

Contoh cara bertahnid atau membelah mulut bayi:

Sediakan sedikit Air zamzam, buah tamar, buah kismis. Ambil buah tamar celupkan ke dalam air zamzam atau dimamah dan dan disuapkan ke mulut bayi dan baca doa ini:



Kemudian teruskan dengan menggunting atau mencukur rambut bayi berkenaan.

Sewaktu menggunting Rambut di baca :

Kebiasaan di Malaysia, majlis selawat kepada Rasul dilangsungkan setelah selesai rmbut bayi dicukur oleh beberapa orang yang dianggap alim. Bayi diusung keliling menemui setiap orang yang hadir dalam majlis tersebut agar didoakan keberkatan dan kebahagiaan hidupnya.

Kemudian berdoa dengan doa berikut:

Nama-Nama Anak Muslim

Nama : Nama atau ‘Ismun’ dalam bahasa arab merupakan perkara paling penting dalam peradaban manusia. Ilmu pertama yang diajar oleh Allah s.w.t. kepada manusiapertama, Nabi Adam a.s. ialah nama.

“…dan Dia mengajarnya kepada Adam, nama-nama benda seluruhnya.” (Surah Al-Baqarah: 31)

Dari ayat di atas, terbukti bahawa nama merupakan asas utama dalam ilmu yang menjadikan kita khalifah di muka bumi. Ayat tersebut juga membuktikan bahawa nama adalah amat penting dan keperluan utama terhadap kehidupan manusia.

Islam merupakan agama yang sempurna. Maka, nama menjadi salah satu perhatian utama sebagai identiti pengenalan umat Islam. Rasulullah bersabda,

“Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.” (Al-Hadith)


NAMA ANAK LELAKI
Untuk mencari nama-nama yang indah bagi anak lelaki, klik link di bawah :

http://name.crazyartzone.com/index.asp?cat=Lelaki
atau
atau
http://www.namaislam.ecom.my/

NAMA ANAK PEREMPUAN
Untuk mencari nama-nama yang indah bagi anak perempuan, klik link di bawah :

http://name.crazyartzone.com/index.asp?cat=Perempuan
atau
http://namaislam.tripod.com/
atau
http://www.namaislam.ecom.my/


APA ADA PADA NAMA ANDA
Untuk mengenali siapa anda klik di sini :

http://name.crazyartzone.com/index.asp


NAMA-NAMA TERLARANG DALAM ISLAM
Namakanlah nama bagi anak-anak anda dengan nama yang baik, jangan namakan mereka dengan maksud yang buruk, haram dan jelek. Untuk mengenali nama-nama yang terlarang klik:

http://name.crazyartzone.com/index.asp?cat=Terlarang

Aurat Lelaki

Batasan Aurat Lelaki : Batasan yang disepakati oleh ulamak ialah dua kemaluan iaitu depan (bahagian zakar) dan belakang (bahagian punggung). Wajib lelaki menutup dua bahagian tersebut dari diperlihatkan kepada orang lain. Adapun yang selain dari itu, maka para ulamak berbeza pandangan;

Pandangan pertama; aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup. Dalil mereka hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;

أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ
“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)

Pandangan pertama ini merupakan pandangan jumhur ulamak.

Pandangan kedua; aurat lelaki hanyalah dua kemaluannya sahaja iaitu depan dan belakang. Paha tidaklah aurat. Mereka berdalilkan beberapa hadis antaranya hadis Anas r.a. yang menceritakan;

أن النبي صلى اللَّه عليه وسلم يوم خيبر حسر الإزار عن فخذه حتى إني لأنظر إلى بياض فخذه
“Pada hari peperangan Khaibar, terselak kain dari paha Nabi s.a.w. hingga aku dapat melihat putihnya paha baginda” (HR Imam Ahmad dan Imam al-Bukhari).

Pandangan kedua ini adalah pandangan mazhab az-Zahiri dan sebahagian ulamak mazhab Maliki.

Menurut Imam al-Bukhari; hadis Anas di atas lebih kuat sanadnya, namun hadis Jarhad adalah lebih berhati-hati. Jadi sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat), lebih baik kita berpegang dengan pandangan jumhur kerana kita dapat lari dari khilaf dan keraguan. Sabda Nabi s.a.w.; “Tinggallah yang meragukan kamu untuk berpindah kepada apa yang tidak meragukan kamu” (HR Imam at-Tirmizi dan an-Nasai. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh).[1]


Adakah pusat dan lutut termasuk aurat dan wajib ditutup?

Jumhur ulamak (merangkumi Imam Malik, Syafi’ie dan Ahmad) berpandangan; pusat dan lutut tidaklah aurat, namun wajib ditutup sebahagian darinya untuk menyempurnakan penutupan kawasan aurat di atas (yakni kawasan antara pusat dan lutut) kerana sesuatu yang tidak sempurna yang wajib kecuali dengannya maka ia turut menjadi wajib. Maksud wajib ditutup sebahagiannya ialah; menutup sebahagian pusat sebelah bawah dan sebahagian lutut sebelah atas. [2]

Menurut mazhab Imam Abu Hanifah;[3] Pusat tidaklah aurat[4], akan tetapi lutut adalah aurat dan wajib ditutup.[5]

Adakah harus seorang lelaki melihat aurat lelaki lain? Bagaimana pula dengan menyentuhnya?

Tidak harus. Tidak harus seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki lain dan menyentuhnya sekalipun tanpa syahwat kecuali ketika darurat. Adapun selain aurat, harus melihatnya dan harus menyentuhnya (dengan syarat tanpa syahwat). Setiap yang harus dilihat, maka harus disentuh kerana ia bukan aurat.[6]

Sejauhmana seorang wanita harus melihat kepada lelaki dan menyentuh atau bersalaman dengannya?

1) Jika suaminya; harus ia melihat ke seluruh badan suaminya kerana tiada aurat antara suami isteri. Namun dimakruhkan melihat kemaluan. Begitu juga, harus ia bersalaman dan menyentuh suaminya tanpa sebarang had atau batasan.

2) Jika mahramnya; harus ia melihat kepadanya di kawasan bukan aurat (yakni kawasan selain antara pusat dan lutut). Dan harus ia bersalaman dan menyentuh mahramnya (di luar dari kawasan aurat) dengan syarat tanpa syahwat.

3) Jika bukan mahramnya (yakni lelaki ajnabi); harus ia melihat kepadanya di kawasan bukan aurat dengan syarat tidak menimbulkan fitnah dan tidak melihat dengan syahwat.[7] Namun diharamkan bersalaman dengannya dan menyentuhnya sekalipun tanpa syahwat.

Kesimpulan; terhadap suami; harus ia melihat dan menyentuhnya tanpa sebarang batasan. Terhadap mahramnya; harus ia melihatnya dan menyentuhnya tetapi di luar dari kawasan aurat (iaitu kawasan antara pusat dan lutut). Adapun terhadap lelaki ajnabi; harus ia melihatnya tetapi tidak harus menyentuhnya. Terhadap suami; harus ia melihat dan menyentuh dengan syahwat. Adapun lelaki lain (sama ada mahram atau ajnabi), tidak harus ia melihat dan menyentuhnya dengan syahwat.[8]


Dalil keharusan wanita melihat kepada lelaki (jika tanpa syahwat)?

1. Terdapat hadis di dalam Soheh al-Bukhari dan Muslim yang menceritakan; “Pada suatu hari raya beberapa lelaki Habsyah bermain di dalam masjid dengan lembing-lembing mereka. Nabi menyaksikan mereka. ‘Aisyah juga turut menyaksikan mereka dengan berdiri di belakang Nabi” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad). Sekiranya wanita tidak harus melihat kepada lelaki ajnabi, sudah tentu Nabi akan menghalang ‘Aisyah memandang lelaki-lelaki Habsyah yang sedang bermain itu.

2. Jabir r.a. menceritakan; “Aku menghadiri majlis solat hari raya bersama Nabi s.a.w.. Baginda memulakan dengan menunaikan solat -sebelum menyampaikan khutbah- tanpa didahuli azan atau iqamah. Kemudian (setelah solat), baginda bangun dengan bersandar pada Bilal dan (menyampai khutbah) dengan menyuruh bertakwa kepada Allah dan mentaatinya serta memberi peringatan kepada mereka. Kemudian baginda pergi kepada kaum wanita –dengan diiringi oleh Bilal- dan menyampaikan pula peringatan kepada kaum wanita…” (Riwayat Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan an-Nasai). Kita perhatikan dalam hadis ini; Nabi s.a.w. mengajak Bilal bersamanya semasa menyampaikan peringatan di hadapan kaum wanita. Sudah tentu Bilal akan dilihat oleh kaum wanita. Jika wanita tidak harus secara mutlaknya melihat kepada lelaki ajnabi, sudah tentu Nabi tidak akan membawa Bilal bersamanya.[9]


Dalil diharamkan wanita menyentuh lelaki ajnabi (sekalipun tanpa syahwat)?[10]

1. Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan;

وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ وَمَا بَايَعَهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ
“Demi Allah, tidak pernah sekalipun tangan Nabi s.a.w. menyentuh tangan wanita semasa berbai’ah. Baginda tidak membai’ah mereka melainkan dengan ucapannya sahaja” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Sekiranya seorang wanita harus menyentuh seorang lelaki ajnabi sudah tentu Nabi akan membai’ah para wanita dengan berjabat tangan dengan mereka sebagaimana yang baginda lakukan dengan kaum lelaki.

2. Dari Ma’qal bin Yasar r.a.; bahawa Nabi s.a.w. bersabda;

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

“Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216).

Benarkah ada ulamak yang mengharuskan wanita bersalaman dengan lelaki ajnabi jika lelaki itu telah tua?

Ya, iaitu ulamak-ulamak mazhab Hanafi. Mereka berpandangan; harus seorang wanita berjabat tangan atau bersalaman dengan lelaki yang telah tua dengan syarat aman dari fitnah (yakni aman dari dorongan nafsu sama ada dari dirinya atau dari diri lelaki tua itu). Jika tidak aman dari fitnah, tidak harus bersalaman.

Namun menurut jumhur ulamak; haram wanita bersalaman dengan lelaki ajnabi sama ada ia muda atau tua, dengan syahwat atau tanpa syahwat.[11]

Yang dimaksudkan dengan “syahwat” dalam ungkapan-ungkapan kita sebelum ini?
Iaitu keinginan hati kepada jimak atau bibit-bibit pendahulu kepadanya. Melihat dengan syahwat ialah melihat dengan merasai kelazatan/keseronokan atau hati dan fikiran terkesan dengan kecantikan perkara yang dilihat.[12]

Dan Yang dimaksudkan dengan “aman dari fitnah” dalam ungkapan-ungkapan kita tadi?
Iaitu dorongan nafsu dan keinginannya kepada jimak (zina) atau bibit-bibit pendahulu kepadanya.[13]


Batasan aurat lelaki di dalam solat.

Batasan aurat lelaki di dalam solat sama seperti di luar solat iaitu antara pusat dan lutut mengikut pandangan jumhur ulamak. Menutup aurat di dalam solat adalah wajib dengan ijmak ulamak. Tidak harus seseorang mengerjakan solat dalam keadaan telanjang sedangkan ia mempunyai pakaian untuk menutup aurat dan solatnya adalah batal.


Apakah hukum lelaki mengerjakan solat tanpa berbaju?

Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. menyebutkan;

لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْواحِدِ، لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَيْء
“Janganlah sesiapa dari kamu mengerjakan solat dengan satu pakaian sahaja di mana tidak ada di atas bahunya satu pakaian pun” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut mazhab Hanbali dan Hanafi; tegahan hadis di atas menunjukkan kepada pengharaman. Jadi menurut pandangan ini; wajib ketika mengerjakan solat kita menutup atas badan kita dengan sebarang kain sekalipun nipis sekadar tidak menampakkan warna kulit.

Namun mazhab Syafi’ie dan Malik berpandangan; larangan dalam hadis di atas hanyalah larangan makruh sahaja, tidak haram. Jadi, mengikut pandangan ini; kita disunatkan memakai baju atau menutup bahagian atas badan kita ketika solat dan jika kita tidak melakukannya tidaklah sampai berdosa atau sampai membatalkan solat asalkan kita telah menutup aurat yang wajib (iaitu dari pusat ke lutut). Dalil pandangan kedua ini ialah; hadis dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; seorang lelaki bertanya Nabi s.a.w.; ‘Adakah harus sesiapa dari kami menunaikan solat dengan hanya satu pakaian sahaja?’. Jawab Nabi s.a.w.;

أَوَ كُلُّكُمْ يَجِدُ ثَوْبَيْنِ
“Adakah ke semua kamu memiliki dua pakaian?”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini memberi pengertian; tidak semua orang memiliki dua pakaian. Jadi jika diwajibkannya sudah tentu akan menyukarkan orang yang tidak mampu untuk menunaikan solat. Berkata Imam an-Nawawi; hadis ini menunjukkan keharusan mengerjakan solat dengan memakai satu pakaian sahaja. Namun para ulamak sepakat bahawa; memakai dua pakaian adalah paling baik.[14]

Rujukan :
[1] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 28.
[2] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 22.
[3] Pandangan ini juga menjadi pegangan sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie. Namun yang rajah dalam mazhab ialah pandangan pertama (Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 22).
[4] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 25.
[5] Para ulamak sepakat bahawa pusat tidak aurat (Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 26).
[6] Ibid, hlm. 28.
[7] Para ulamak telah sepakat bahawa haram seorang wanita melihat lelaki ajnabi dengan syahwat. Adapun melihat tanpa syahwat, para ulamak sebenarnya berbeza pandangan;
Pandangan pertama; harus wanita melihat lelaki di kawasan bukan auratnya selagi tidak menimbulkan fitnah dan tidak melihat dengan syahwat. Pandangan ini merupakan mazhab Abu Hanifah, mazhab Hanbali dan salah satu pandangan dari Imam Syafi’ie (yang ditashihkan oleh Imam ar-Rafi’ie).

Pandangan kedua; wanita harus melihat lelaki ajnabi kepada wajah, leher, dua tangan dan dua kakinya sahaja dengan syarat tidak dikhuatiri menimbulkan syahwat/kelazatan. Tidak harus ia melihat kepada dada, belakang, rusuk dan betisnya sekalipun tanpa syahwat. Ini adalah pandangan Imam Malik.

Pandangan ketiga; hukum wanita memandang lelaki sama dengan hukum lelaki memandang wanita iaitu tidak harus secara mutlaknya sekalipun tanpa syahwat, yakni wajib lelaki menjaga matanya dari melihat wanita dan wajib wanita menjaga matanya dari melihat lelaki. Ini merupakan salah satu pandangan Imam Syafi’ie (yang ditashihkan oleh Imam Nawawi) dan juga salah satu dari pandangan Imam Ahmad.
(Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 28)
Jadi, pandangan yang kita kemukakan di atas adalah pandangan pertama yang merupakan pandangan jumhur ulamak.

[8] Tafsir surah an-Nur, Dr. Abdullah Mahmud Syahatah, hlm. 135.
[9] Tafsir surah an-Nur, Dr. Abdullah Mahmud Syahatah, hlm. 135. al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 30.
[10] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 107.
[11] Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, hlm. 108.
[12] Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, hlm. 78-79.
[13] Fiqh al-Albisah dan az-Zinah, hlm. 78-79.
[14] Syarah Soheh Muslim, Juz. 4, Kitab as-Solah, bab as-Solah Fi Tsaubin Wahidin…

Aurat

Aurat : bermaksud bahagian badan yang haram didedahkan oleh kaum wanita atau lelaki, atau dalam pengertian yang lain yang wajib ditutup oleh mereka. Aurat Lelaki ada sedikit perbezaan dengan Aurat Wanita samada dari kalangan sesama jantina, atau berlainan jenis.


Hukum yang berkait dengan aurat secara amnya

Secara amnya, hukum yang berkait dengan aurat ialah;[1]
1. Haram mendedahkannya, yakni wajib menutupnya
2. Haram melihat kepadanya
3. Wajib menutupnya ketika solat
4. Hukum sentuhan; haram menyentuh aurat orang lain. Begitu juga, haram lelaki menyentuh wanita yang bukan mahramnya dan haram wanita menyentuh lelaki yang bukan mahramnya termasuk bersalaman.


Hukum menutup aurat dan dalilnya.

Tidak ada khilaf di kalangan ulama’ bahawa setiap orang Islam –sama ada lelaki atau wanita- wajib menutup aurat dari pandangan orang lain melainkan orang-orang yang dikecualikan oleh Syara’. Dalil kewajipan menutup aurat terdapat di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah.


Dalil-dalil al-Qur’an tentang kewajipan menutup aurat.

Pertama; Firman Allah dalam surah an-Nur: 30-31.

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan” (30).

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kepada Allah, wahai orang-orang beriman, supaya kamu berjaya”. (31)

Di dalam ayat di atas ada 2 perintah Allah untuk kaum lelaki dan 4 empat perintah untuk kaum wanita. Dua perintah untuk kaum lelaki ialah;

1. Perintah supaya menyekat pandangan. Ia merangkumi dua jenis;[2]

a) Menyekat pandangan dari melihat aurat orang lain sekalipun sesama sejenis. Melihat kepada aurat adalah haram sekalipun tanpa syahwat.

b) Menyekat pandangan dari penglihatan yang mendatangkan syahwat. Para ulamak sepakat menyatakan bahawa; haram melihat dengan syahwat hatta kepada mahram sendiri walaupun yang dilihat itu bukan aurat (kecuali melihat kepada suami atau isteri).

2. Hendaklah mereka memelihara kemaluan kecuali terhadap isteri dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki. Menjaga di sini ialah menjaga dari zina. Ada juga ulama’ yang berpandangan; menjaga dari mendedahkannya kepada orang lain (yakni arahan Allah di sini ialah arahan supaya menutup aurat/kemaluan dari pandangan orang lain). Kata Abu ‘Aliyah; ‘Setiap arahan yang terdapat di dalam al-Quran supaya menjaga kemaluan, maka maknanya ialah menjaga dari berzina kecuali dalam ayat ini di mana yang dikehendaki dari arahan tersebut ialah menutup kemaluan sehingga tidak dilihat oleh mata orang lain”.

Empat perintah untuk kaum wanita pula ialah;

1. Perintah supaya menjaga pandangan

2. Perintah supaya menjaga kemaluan dari zina dan dari mendedahkannya kepada orang lain.

3. Perintah supaya menutup aurat. Perintah ini merangkumi dua arahan;

(a) Arahan jangan mendedahkan perhiasan di badan kecuali yang zahir daripadanya, yakni perhiasan-perhiasan yang berada di bahagian badan yang harus dizahirkan (yakni tidak wajib ditutup) iaitulah muka dan tangan (mengikut pandangan jumhur ulama’). Juga dikecualikan apabila ia berhadapan dengan beberapa lelaki yang disebut di dalam ayat iaitu suami, bapa kandung, bapa mertua dan sebagainya.

(b) Arahan supaya bertudung hingga menutupi leher dan dada.

4. Arahan jangan melakukan perbuatan untuk menarik perhatian lelaki iaitu menghentakkan kaki untuk memperdengarkan bunyi gelang kaki supaya lelaki yang mendengarnya mengalih perhatian kepadanya. Termasuk dalam kategori larangan yang serupa ialah larangan memakai wangi-wangian semasa keluar dari rumah.[3]

Kedua; Firman Allah dalam surah al-Ahzab;

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal[4], karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang”. (al-Ahzab: 59)

Di dalam ayat di atas, Allah memerintahkan wanita Islam supaya memakai Jilbab. Menurut Imam Abu Bakar ibnu al-‘Arabi; para ulama’ berikhtilaf dalam mentafsirkan jilbab. Namun lafaz-lafaz yang mereka gunakan hampir memberi pengertian yang serupa di mana asasnya ialah pakaian yang menutup/melitupi badan. Dengan pengertian ini, maka ayat di atas merupakan arahan kepada sekelian wanita Islam supaya menutup badan mereka…”.[5]

Dalil-dalil kewajipan menutup aurat dari as-Sunnah.

Pertama; Dari Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;

لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلاَ يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلاَ تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ
“Janganlah seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki yang lain dan janganlah seorang perempuan melihat aurat perempuan yang lain. Janganlah seorang lelaki berada bersama lelaki lain dalam satu pakaian/kain dan janganlah seorang perempuan berada bersama perempuan lain dalam satu pakaian/kain”. (Riwayat Imam Muslim)

Kedua; Bahzun bin Hakim meriwayatkan dari bapanya yang meriwayatkan dari datuknya (iaitu Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairy –seorang sahabat yang masyhur-) menceritakan; Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; aurat kami; bila kami boleh dedahkan dan bila kami wajib menutupnya? Jawab Nabi s.a.w.;

احفظ عورتك الا من زوجتك أو ما ملكت يمينك
“Jagalah aurat kamu kecuali dari isteri kamu dan dari hamba yang kamu miliki”.
Aku bertanya lagi; bagaimana jika salah seorang kami berada bersendirian?
Jawab baginda;

فاللّه أحق أن يستحي منه
“Allah adalah paling layak kamu berasa malu dari orang lain”.
(HR Imam Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan)

Rujukan:
[1] Al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul Wahhab bin Abdus Salam Tawilah, hlm. 14.
[2] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 43.
[3] Tafsir surah an-Nur, Dr. Abdullah Mahmud Syahatah, hlm. 147.
[4] Yakni mudah dikenali bahawa mereka adalah wanita merdeka, bukan hamba. Atau mudah dikenali bahawa mereka adalah wanita Islam, bukan wanita kafir. (Lihat as-Asas fi at-Tafasir).
[5] Dipetik dari Fatwa mufti Mesir tahun 1981 iaitu Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq. (Rujukan; Mausu’ah Fatawa Dar al-Iftak al-Mishriyyah, ter. Majlis al’A’la Li asy-Syuun al-Islamiyyah, Mesir).

Istinja'

Istinja’ : bermaksud bersuci atau membasuh tempat keluar najis iaitu zakar/faraj dan dubur selepas membuang air kecil (yakni kencing) atau air besar (yakni berak). Hukumnya adalah wajib.


Alat istinja’

Di antara bahan-bahan atau benda yang harus dan sah digunakan dalam istinja’ ialah air. Maksud hadits dari Anas r.a. menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. apabila keluar membuang air, aku akan bawakan untuknya satu bekas air untuk beliau beristinja’”.

Diharuskan juga menggunakan benda-benda kesat seperti batu, ranting kayu, kulit kayu, daun yang kesat, kertas yang kesat dan sebagainya yang boleh menanggalkan najis. Banyak hadis menceritakan Nabi s.a.w. beristinja’ menggunakan batu.

Menurut mazhab Syafi’ie, paling baik ialah menggabungkan kedua-duanya; iaitu menyapu najis dengan benda kesat (tisu atau sebagainya), kemudian disusuli dengan membasuh dengan air. Cara ini adalah terbaik kerana dapat menjimat air dan mengelak tangan dari terlalu banyak menyentuh najis. Harus menggunakan salah satu cara iaitu dengan air sahaja atau dengan benda kesat sahaja, namun beristinja’ dengan air adalah lebih afdhal kerana lebih menyucikan.


Gunakan tangan kiri

Beristinja’ sunat menggunakan tangan kiri. Beristinja’ dengan tangan kanan adalah makruh, kecuali tidak dapat dielakkan. Kata Nabi s.a.w.; “Sesiapa dari kamu kencing, janganlah ia memegang zakarnya dengan tangan kanannya dan janganlah juga ia beristinja’ dengan tangan kanannya”.[1]


Syarat-syarat beristinja’ dengan benda kesat

Namun jika hendak beristinja’ dengan benda-benda kesat sahaja (tanpa menggunakan air), mesti memenuhi syarat-syarat di bawah;

1. Hendaklah dengan sekurang-kurangnya tiga kali sapu, tidak boleh kurang darinya.[2] Salman r.a. menceritakan; “Nabi s.a.w. menegah kami dari beristinja’ kurang dari tiga batu (yakni tiga sapuan batu)”.[3] Jika tiga kali sapuan tidak mencukupi, wajib ditambah dan sunat tambahan itu ganjil (yakni lima, tujuh dan sebagainya). Tiga kali sapu boleh juga menggunakan bahan yang sama misalnya, ranting kayu yang panjang asalkan tidak bertindih sapuannya pada tempat yang sama.

2. Hendaklah najis tidak melepasi papan punggung atau hasyafah (yakni kepala zakar). Jika najis meleleh melepasi kawasan tersebut, wajib istinja’ dengan air.

3. Hendaklah sebelum najis kering. Jika najis telah kering, wajib istinja’ dengan air.

4. Bahan yang digunakan hendaklah bersih dan kering. Sifatnya hendaklah boleh menanggalkan najis, iaitu tidak terlalu licin atau terlalu kasar kerana tujuan istinja’ ialah untuk menanggalkan najis, maka hendaklah bahan yang digunakan boleh memenuhi tujuan tersebut.

5. Bahan yang digunakan bukan dari makanan manusia atau jin seperti tulang. Kata Nabi s.a.w.; “Janganlah kamu beristinja’ dengan tahi binatang, dan juga dengan tulang kerana ia adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin”.[4]




Nota Kaki:


[1] Riwayat Imam Bukhari dari Abi Qatadah r.a..
[2] Sekalipun telah kelihatan bersih dengan sekali atau dua kali sapuan. Ini kerana tiga kali sapuan itu adalah had minima yang ditetapkan Nabi s.a.w., tidak harus kuraang dari itu.
[3] Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Nasai.
[4] Riwayat Imam at-Tirmizi.

Air Mutanajjis

Air mutanajjis : Air mutanajjis (متنجس) adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.

Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.

Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajis

Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan.
Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah.
Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.

Contoh bangkai binatang yang Najis tetapi dimaafkan
1. Lalat
2. Kumbang
3. Kala
4. Lipas
5. Cicak
6. Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau dikoyakkannya.

Aurat Wanita

Batasan Aurat Wanita : Batasan aurat wanita berbeza mengikut situasi berikut;
1. Aurat bersama suami.
2. Aurat di hadapan lelaki ajnabi
3. Aurat di hadapan mahram
4. Aurat di hadapan wanita lain
5. Aurat di hadapan wanita kafir.
Apakah aurat wanita dengan suaminya?

Tidak ada aurat antara suami dan isteri. Harus bagi suami melihat ke seluruh badan isterinya termasuk kemaluannya. Namun melihat kepada kemaluan adalah makruh secara umumnya termasuklah melihat kepada kemaluan sendiri.

Apa maksud lelaki ajnabi? Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?

Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini.[1] Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

Dalil bagi aurat di hadapan lelaki ajnabi di atas?

Dalilnya ialah firman Allah;

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).

Ayat di atas melarang seorang perempuan beriman mendedahkan perhiasan di badannya (kecuali yang zahir darinya). Ayat ini menjadi dalil yang cukup jelas bahawa seorang wanita wajib menutup auratnya di hadapan kaum lelaki ajnabi (iaitu lelaki yang bukan suami atau mahramnya yang dikecualikan Allah dari perintah tersebut yang akan dijelas nanti)

Maksud “kecuali yang zahir darinya” ialah kecuali perhiasan yang terpaksa dizahirkan (yakni terpaksa diperlihatkan) iaitu pakaian yang dipakainya di mana tidak dapat dielakkan dari memperlihatkannya kepada orang lain. Ia juga bermaksud; perhiasan-perhiasan yang berada di bahagian badannya yang diharuskan oleh Syarak untuk mendedahkannya kepada orang lain (yakni tidak wajib ditutup) iaitu bahagian muka dan tangan.

Keharusan mendedahkan muka dan tangan adalah berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan; “Suatu hari Asma’ anak saidina Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (HR Imam Abu Daud).[2]

Dalam kenyataan di atas disebutkan “…keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah”. Apa yang dimaksudkan dengan fitnah tersebut?

Fitnah yang dimaksudkan di sini ialah dorongan nafsu dan keinginannya kepada jimak (zina) atau bibit-bibit pendahulu kepadanya. Ia bermula dari melihat dengan syahwat (yakni melihat dengan keinginan kepada seks atau bibit-bibitnya).[3] Jadi, aman dari fitnah bermaksud; aman dari dorongan dan keinginan tersebut.

Jadi, jika seorang wanita itu terlalu cantik dan dengan ia mendedahkan mukanya akan mendorong lelaki yang melihatnya kepada fitnah tersebut, maka wajiblah ia menutup mukanya kerana factor tersebut walaupun mengikut hukum asal; menutup muka tidaklah wajib.

Siapakah mahram bagi seorang wanita? Apakah batasan aurat wanita di hadapan mahramnya?

Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan.[4] Ia merangkumi;
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara

Di hadapan mahram-mahram di atas, tidak diwajibkan wanita menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’e dan Abu Hanifah). Jadi menurut jumhur ulamak; aurat seorang wanita di hadapan mahram-mahramnya hanya antara pusat dan lutut sahaja.

Namun ulama’-ulama’ mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat; hanya bahagian muka, kepala, leher/tengkuk, dua tangan dan dua kaki sahaja yang harus didedahkan di hadapan mahram. Adapun bahagian-bahagian lain, ia tetap menjadi aurat dan wajib ditutup sekalipun di hadapan mahram. Pandangan ini disokong oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di mana beliau menegaskan; “Bahagian badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan bathin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis. Adapun selainnya seperti paha, perut, kemaluan dan punggung, maka tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram atau wanita lain.[5] Pandangan kedua inilah yang lebih menepati kehormatan seorang wanita berbanding pandangan jumhur tadi.

Dalil bagi aurat di hadapan mahram di atas?

Firman Allah, surah an-Nisa' :

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan….”. (31)

Di dalam ayat di atas Allah menegah wanita mendedahkan perhiasan pada tubuh mereka kecuali kepada lelaki-lelaki yang disenaraikan di dalam ayat. Dalam senarai lelaki-lelaki tersebut terdapat mahram-mahram yang kita nyatakan di atas, kecuali bapa saudara dan mahram-mahram kerana susuan sahaja.

Bapa saudara, walaupun tidak ada dalam senarai para lelaki dalam ayat di atas, namun menurut ulamak ia termasuk mahram kerana kedudukannya yang menyamai bapa berdasarkan ‘uruf dan terdapat hadis menyatakan;[6]

عَمُّ الرَّجُلِ صِنْوُ أبيه
“Bapa saudara seseorang adalah satu pokok dengan bapanya”. (Riwayat Imam Muslim).

Adapun mahram-mahram kerana susuan hukum bagi mereka sama seperti hukum mahram kerana nasab tadi kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

يحرم من الرضاع ما يحرم من النسب
“Diharamkan kerana susuan apa yang diharamkan kerana nasab”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Perhiasan tubuh yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah perhiasan yang batin/khafiyy iaitu yang tersembunyi[7] pada badan wanita. Ia adalah sebalik kepada perhiasan zahir yang disebut sebelum ini (iaitu pakaian yang dipakai serta bahagian muka dan dua tangan). Perhiasan yang batin/khafiy ini merujuk kepada perhiasan yang berapa di bahagian tubuh wanita yang wajib ditutup di hadapan lelaki ajnabi tadi (iaitu bahagian selain muka dan tangan). Perhiasan ini merangkumi anting-anting, rantai, gelang kaki atau sebagainya. Ia tidak harus diperlihatkan kecuali kepada suami, mahram dan lelaki-lelaki yang disebut di dalam ayat di atas. Jika perhiasan sudah tidak harus diperlihatkan, apatahlagi hendak memperlihatkan tempat beradanya perhiasan itu iaitu tubuh itu sendiri, sudah tentu lebih diharamkan.

Apakah kategori perhiasan yang ada pada badan wanita dan apa hukum mendedahkannya?

Merujuk kepada huraian kita sebelum ini, maka kita akan dapati bahawa perhiasan pada badan wanita itu ada dua jenis;[8]

1. Perhiasan zahir; iaitu pakaian yang dipakai dan perhiasan yang ada di kawasan muka dan tangan (seperti celak, cincin, inai dan sebagainya). Perhiasan zahir ini harus diperlihatkan (atau didedahkan) kepada orang lain termasuk lelaki ajnabi, namun dengan syarat aman dari fitnah.

2. Perhiasan batin/khafiy (tersembunyi); iaitu perhiasan yang berada di kawasan selain muka dan tangan seperti anting-anting, rantai, gelang kaki dan sebagainya; tidak harus diperlihatkan kecuali kepada suami, mahram dan lelaki-lelaki yang disebut oleh Allah di dalam ayat 31 (dari surah an-Nur) di atas.

Jadi, hukum perhiasan adalah mengikut hukum tempat beradanya perhiasan itu. Jika ia berada di kawasan badan yang harus didedahkan (iaitu muka dan dua tangan), maka hukum mendedahkan perhiasan itu juga harus. Jika ia berada di kawasan badan yang haram didedahkan, maka hukum mendedahkan perhiasan itu juga adalah haram.

Selain di hadapan suami dan mahram, di hadapan siapa lagi wanita diberi kelonggaran untuk memperlihatkan perhiasan khafiynya?

1. Sama-sama kaum wanita
2. Di hadapan hamba-hamba mereka
3. Orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
4. Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.

Di hadapan mereka harus seorang wanita memperlihatkan perhiasan khafiynya. Oleh itu, dibenarkan ia membuka tudung di hadapan mereka dengan syarat aman dari fitnah. Keharusan ini adalah adalah berdasarkan ayat 31 (dari surah an-Nur) tadi.

Apakah batasan aurat sesama wanita?

1. Aurat di hadapan wanita Islam.

Aurat seorang wanita di hadapan wanita Islam adalah menyamai batasan auratnya di hadapan mahramnya, iaitu;

a) Menurut jumhur ulamak; antara pusat dan lutut. Jadi menurut pandangan jumhur ini, harus seorang wanita mendedahkan mana-mana bahagian dari badannya di hadapan wanita Islam kecuali bahagian antara pusat dan lutut sahaja.

b) Menurut sebahagian ulamak; seluruh badannya adalah aurat kecuali kepala, muka, dada, dua lengan dan dua betis. Jadi menurut pandangan ini, harus seorang wanita mendedahkan kepala, muka, dada, dua lengan dan dua betisnya di hadapan wanita Islam. Bahagian lain tidak harus didedahkan kerana ia masih tetap aurat walaupun di hadapan wanita Islam.[9] Pandangan ini ditarjih oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi sebagaimana dinyatakan tadi (sila baca kembali; aurat wanita di hadapan mahramnya).

2. Aurat di hadapan wanita kafir

Terdapat banyak khilaf di kalangan ulamak tentang aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir;

a) Menurut sebahagian ulamak (iaitu setengah ulamak mazhab Maliki dan Syafi’ie); aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan tangan sahaja, yakni sama seperti aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi. Hal ini kerana apa yang akan dilihat oleh orang wanita kafir kepada wanita muslim akan menjadi suatu fitnah kepada agama dan diri wanita muslim itu.

b) Menurut mazhab Hanafi, mazhab Syafi’ie (mengikut qaul yang muktamad) dan setengah ulamak mazhab Maliki; aurat seorang muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja kerana menjadi keperluan pada kebiasaannya untuk dizahirkan. Menurut Imam al-Qurtubi; ini merupakan pandangan kebanyakan ulamak Salaf dan menjadi pandangan Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan Ibnu Juraij.

c) Menurut sebahagian ulamak yang lain; sama seperti auratnya di hadapan wanita Islam tadi iaitu antara pusat dan lutut (mengikut pandangan jumhur ulamak). Pandangan ini merupakan mazhab Hanbali dan pegangan sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki. Menurut Imam Fakhrurazi; inilah pandangan yang lebih mudah bagi manusia hari ini kerana hampir tidak mungkin untuk para muslimah hari ini berhijab tatkala berhadapan wanita-wanita zimmah..”.[10]

Ada di kalangan ulamak tidak mengkategorikan aurat wanita sesama wanita dengan kategori Islam dan kafir, akan tetapi dengan kategori baik atau jahat, berakhlak atau tidak berakhlak;

a) Wanita yang dikenali berakhlak dan baik; harus membuka hijab di hadapannya sama ada ia Islam atau kafir (yakni sekadar yang harus dibuka di hadapan mahram).

b) Wanita yang dikenali sebagai jahat dan tidak berakhlak; tidak harus membuka hijab di hadapannya melainkan sekadar memperlihatkan muka dan tangan sahaja, tanpa mengira wanita itu Islam atau kafir. Begitu juga, jika berhadapan wanita yang tidak dikenali. Jadi, tatkala berhadapan dengan wanita yang jahat dan tidak berakhlak (sama ada ia Islam atau kafir) atau wanita yang tidak dikenali, tidak harus seorang muslimah mendedahkan tubuhnya melainkan sekadar muka dan tangan sahaja, iaitu sama seperti ketika ia berhadapan lelaki ajnabi.[11]

Ada sebahagian orang hari ini mempertikai kewajipan memakai tudung kepala? Menurut mereka; tidak ada dalil bagi kewajipan bertudung. Benarkan dakwaan mereka?

Tidak benar. Kewajipan bertudung sabit dengan dalil al-Quran, as-Sunnah dan disepakati oleh sekelian ulamak (ijmak).

1. Di dalam al-Quran, perintah bertudung dengan jelas dapat difahami dari firman Allah dalam surah an-Nur tadi;

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Al-Khumur dalam ayat di atas adalah kata jama’ (plural) bagi kalimah al-Khimar yang memberi erti tudung atau kain penutup kepala. Pengertian ini telah disepakati oleh para ulama’ tafsir dan juga kamus-kamus Bahasa Arab yang muktabar.

Syeikh Nasiruddin al-Bani dalam kitabnya “Hijab al-Mar’ah al-Muslimah” (Pakaian wanita Islam) menyebutkan bahawa makna tersebut tidak ada sebarang khilaf di kalangan ulama’ (yakni semua ulama’ sepakat memberi makna al-khimar sebagai tudung atau kain penutup kepala).[12]

Menurut Imam Thabari dalam tafsirnya iaitu Tafsir at-Thabari, ayat tersebut memberi pengertian; “Hendaklah wanita-wanita beriman melabuhkan tudung-tudung mereka hingga ke dada mereka untuk menutup dengannya rambut, leher serta anting-anting mereka”. (Tafsir at-Thabari, Ibnu Jarir at-Thabari, surah an-Nur, ayat 31)

2. Dalil dari as-Sunnah ialah;

a) Sabda Nabi s.a.w. kepada Asma’ dalam hadis yang telah dikemukakan sebelum ini; “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja ”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (Riwayat Imam Abu Daud). Hadis jelas menunjukkan bahawa kepala adalah aurat dan wajib ditutup di mana Rasulullah s.a.w. hanya mengisyaratkan kepada muka dan tangan sahaja ketika menjelaskan bahagian badan yang harus didedahkan.

b) Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan; “Semoga Allah mengurniakan rahmat/kasih sayang kepada wanita-wanita Muhajirin yang awal. Tatkala turun ayat “وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ” (yang bermaksud: hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung mereka hingga ke dada-dada mereka), mereka memotong kain-kain bulu mereka, lalu mereka bertudung dengannya”. (Rujuk;Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Nur, ayat 31)

c) Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh” (Riwayat Imam Muslim).[13]

3. Dari penelitian kita terhadap pendapat-pendapat ulama’ dari pelbagai mazhab, kita dapati tidak ada ulama’ yang mengecualikan kepala atau rambut dari aurat. Mereka hanya berikhtilaf (berbeza pendapat) pada muka, tangan, lengan dan kaki; ada ulama’ menyatakan anggota-anggota ini termasuk dalam aurat yang wajib ditutup dan ada ulama’ yang menyatakan tidak. Tentang kepala dan rambut, semua ulamak sepakat menyatakan bahawa ia adalah anggota yang wajib ditutup. Jadi, suara-suara sumbang yang mengajak wanita membuka tudung dan mendedahkan kepala dan rambut mereka di khalayak ramai, suara tersebut jelas bercanggah dengan ijma’ ulama’ di samping menyalahi nas al-Quran dan as-Sunnah yang telah kita bentangkan tadi.

Sejauhmana keharusan lelaki melihat kepada wanita?

Harus lelaki memandang wanita tetapi dengan tiga syarat;

1. Melihat kepada tempat bukan aurat (iaitu muka dan tangan sahaja). Adapun kepada aurat dilarang sama sekali sekalipun tanpa syahwat.

2. Melihat tanpa disertai syahwat. Jika dengan syahwat, haram melihatnya sekalipun pada tempat yang bukan aurat.

3. Tidak dikhuatiri mendatangkan fitnah.

Larangan melihat kepada aurat berdalilkan sabda Nabi s.a.w.;

لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلاَ يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلاَ تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ

Maksudnya:“Janganlah lelaki melihat kepada aurat lelaki lain, janganlah wanita melihat aurat wanita lain. Jangan lelaki sesama lelaki berada di dalam satu pakaian dan janganlah wanita bersama wanita berada dalam satu pakaian” (HR Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri r.a.)

Apa hukum bersentuhan antara lelaki dan perempuan?

1. Jika hubungan mereka adalah suami-isteri, harus mereka saling bersentuhan tanpa ada had dan batasan, yakni harus bagi suami atau isteri menyentuh mana-mana bahagian dari badan pasangan masing-masing tanpa sebarang pengecualian.

2. Jika hubungan mereka adalah sesama mahram; harus mereka bersentuhan –sama ada bersalaman, memegang atau sebagainya-, akan tetapi khusus bagi kawasan yang bukan aurat sahaja, iaitu kawasan yang harus dilihat oleh mahram. Adapun kawasan aurat, tidak harus menyentuhnya sekalipun sesama mahram. Kaedahnya; “Bahagian yang tidak harus dilihat, maka menyentuhnya juga tidak harus. Bahagian yang harus dilihat, maka menyentuhnya juga harus (dengan syarat tanpa syahwat dan tidak mendatangkan fitnah)”.[14]

3. Jika mereka adalah ajnabi (tiada hubungan sebagai suami-isteri atau hubungan mahram); tidak harus sama sekali bersentuhan termasuk bersalaman.

Apa dalil larangan bersentuhan antara lelaki dan wanita yang ajnabi? [15]

1. Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan;

وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ وَمَا بَايَعَهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ
“Demi Allah, tidak pernah sekalipun tangan Nabi s.a.w. menyentuh tangan wanita semasa berbai’ah. Baginda tidak membai’ah mereka melainkan dengan ucapannya sahaja” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Sekiranya antara lelaki dan wanita ajnabi boleh bersentuhan, sudah tentu Nabi s.a.w. akan membai’ah kaum wanita dengan berjabat tangan dengan mereka kerana itu yang biasa dilakukan oleh Nabi tatkala berbai’ah dengan kaum lelaki.

2. Dari Ma’qal bin Yasar r.a.; bahawa Nabi s.a.w. bersabda;

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

“Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216).

Benarkah ada ulamak yang mengharuskan lelaki bersalaman dengan wanita yang telah tua yang tiada lagi syahwat?

Ya, iaitu ulamak-ulamak mazhab Hanafi. Mereka berpandangan; harus seorang lelaki bersalaman dengan seorang wanita tua yang tidak lagi ada syahwat/keinginan kepadanya. Begitu juga, harus seorang wanita bersalaman dengan lelaki tua dengan syarat aman dari fitnah (yakni aman dari dorongan nafsu sama ada dari dirinya atau dari diri lelaki tua itu). Jika tidak aman dari fitnah, tidak harus bersalaman.

Namun menurut jumhur ulamak; haram bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi sama ada muda atau tua, sama ada masih ada syahwat atau tiada syahwat kerana dalil-dalil tadi menyebutkan pengharaman secara umum tanpa adanya pengecualian.[16]

Nota Kaki:
[1] Pandangan jumhur ini merangkumi mazhab Hanafi dan Maliki dan salah satu qaul dari Imam Syafi’ie. Ada ulamak (iaitu Imam Ahmad dan qaul yang asah dari Imam Syafi’ie) berpandangan; keseluruhan tubuh wanita adalah aurat tanpa kecuali. Mengikut pandangan ini, wanita wajib menutup keseluruhan tubuhnya termasuk muka dan tangan. Menurut pandangan ini; pemakaian niqab adalah wajib. Dalam bab aurat wanita ini, pandangan yang paling luas ialah Imam Abu Hanifah di mana menurut beliau; kaki juga tidak aurat. (Menurut Imam Abu Yusuf –anak murid Imam Abu Hanifah-; lengan juga tidak aurat). Jadi, menurut pandangan ini; keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup kecuali tiga bahagian iaitu; muka, tangan dan kaki. (Rujuk; Tafsir surah an-Nur, hlm. 151).
[2] Hadis ini walaupun dikatakan dhaif oleh sebahagian ulama’, namun menurut pakar penilai hadis zaman ini iaitu Syeikh Nasiruddin al-Bani; hadis ini telah dikuatkan oleh banyak hadis-hadis yang lain yang memberi makna serupa. Oleh itu, menurut beliau hadis ini tidak kurang martabatnya dari hadis hasan. Kerana itu, ia sah untuk dibuat hujjah. Hal yang serupa juga disebut oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya “al-Halal wa al-Haram Fil Islam”, halaman 152. Untuk lebih terperinci, lihat taklik Syeikh Nasiruddin mengenai hadis ini dalam nota kaki kitabnya ‘Hijab al-Mar-ah al-Muslimah fi al-Kitab wa as-Sunnah, halaman 24-25).
[3] Fiqh al-Albisah dan az-Zinah, hlm. 78-79.
[4] Fiqh al-Usrah, Hassan Ayyub, hlm. 19, Syarah Soheh Muslim, juz. 9, kitab al-Hajj. Fiqh al-Albisah dan Az-Zinah, hlm. 86.
[5] Al-Halal wa al-Haram, hlm. 156. Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 87.
[6] Al-Halal wa al-Haram, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 156. (Berkata Imam Nawawi;
صِنْوُ أَبِيهِ: أي مثل أبيه وفيه تعظيم حق العم
(Lihat; Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 9, kitab az-Zakah).
[7] Tafsir al-Wasit, Dr. Wahbah az-Zuhaili.
[8] Tafsir al-Wasit, Dr. Wahbah az-Zuhaili.
[9] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 89.
[10] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 90.
[11] Tafsir surah an-Nur, Dr. Abdullah Mahmud Syahatah, hlm. 143-144.
[12] Lihat nota kaki, m.s. 33.
[13] Berkata Dr. Yusuf al-Qaradhawi; “Rasulullah s.a.w. melalui pandangan ghaibnya seolah-olah melihat kepada zaman ini, zaman di mana terdapat kedai-kedai atau salun-salun khas untuk menggubah rambut wanita, mencantikannya dan mempelbagaikan fesyen-fesyennya. Biasanya kedai-kedai atau salun-salun ini diselia oleh lelaki-lelaki yang melakukan kerja mereka bagi mendapat upah atau bayaran. Bukan sekadar itu, malah ramai wanita yang tidak memadai dengan rambutnya yang sedia ada yang dianugerahkan Allah, maka mereka membeli pula rambut-rambut palsu. Rambut palsu ini mereka sambungkan dengan rambut asal mereka untuk kelihatan lebih ikal, bersinar dan cantik, supaya dengan itu diri mereka menjadi lebih menarik dan menggoda…”. (al-Halal wa al-Haram, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, halaman 84-85)
[14] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 88-89.
Syarat aman dari fitnah itu perlu diberi perhatian terutama di zaman hari ini. Antara mahram yang masih muda terutamanya (seperti antara adik dan kakak, abang dan adik perempuan dan sebagainya) hendaklah lebih berjaga-jaga kerana sentuhan yang berlebihan mungkin membawa bangkitnya nafsu. Apatahlagi pada masa kini di mana wujud banyak factor pendorong nafsu yang boleh melarikan seseorang dari fitrah asalnya. Lagipun banyak kes sumbang mahram dilaporkan. Kerana langkah berjaga-jaga itulah Imam Ahmad memakruhkan seorang lelaki melihat betis ibunya dan juga dada ibunya kerana khuatir mendorong kepada syahwat. Maka yang terbaik ialah seorang lelaki itu tidak masuk ke dalam bilik ibu, anak perempuan dan kakak atau adik perempuannya kecuali setelah keizinan mereka. Adapun untuk masuk ke dalam bilik isterinya cukup dengan memberi salam sahaja, tanpa perlu meminta izin. (Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 89 (halaman muka dan juga nota kaki no. 1)).
[15] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 107.
[16] Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, hlm. 108.

Diedit dari: http://fiqh-am.blogspot.com.

Adab Buang Air Besar Atau Kecil

Adab-adab semasa membuang air kecil atau air besar

1. Jangan membuka aurat sebelum masuk ke dalam tandas. Apa yang selalu atau kadang-kadang dilakukan oleh sebahagian dari kita hari ini iaitu menyelak atau mengangkat kain hingga nampak aurat sebelum masuk tandas adalah menyalahi Syarak. Hukumnya adalah haram.

2. Ketika memasuki tandas dahulukan kaki kiri dan sebelum melangkah masuk, bacalah terlebih dahulu doa masuk tandas;

بسم الله، اللهم إني أعوذ بك من الخبث والخبائث
(Riwayat Imam al-Bukhari)

3. Keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan dan apabila telah berada di luar tandas bacalah doa setelah keluar dari tandas;

غفرانك، الحمد لله الذي أذهب عني الأذى وعافاني
(Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

4. Janganlah bercakap-cakap semasa di dalam tandas kecuali tidak dapat dielakkan. Malah Nabi s.a.w. tidak menjawab salam ketika baginda sedang buang air. Ibnu Umar menceritakan; “Seorang lelaki telah lalu berhampiran Nabi s.a.w. yang sedang kencing. Ia memberi salam kepada baginda, namun baginda tidak memjawab salamnya”.[Riwayat Muslim]

5. Jangan membawa masuk barang-barang yang terdapat nama Allah atau ayat al-Quran atau sebagainya yang dimuliakan oleh agama.

5. Jika terpaksa membuang air di tempat yang tidak mempunyai tandas (seperti di hutan dan sebagainya), hendaklah menjaga adab-adab berikut selain dari adab-adab di atas tadi;

a) Hendaklah mencari tempat yang jauh dari orang ramai.

b) Jangan mengadap ke arah qiblat atau membelakanginya.

c) Hendaklah mencari tempat yang sesuai. Elakkan dari buang air di jalan lalu lalang orang ramai, tempat berteduh mereka, laluan air, di bawah pohon yang berbuah atau sebarang tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Hal tersebut amat dilarang oleh Nabi s.a.w. kerana mengundang laknat orang terhadap pelakunya.

d) Jangan buang air di air yang tenang. Jabir r.a. berkata; “Nabi menegah kencing di air yang tenang

e) Jangan buang air di lubang yang telah tersedia kerana ia dikhuatiri didiami oleh binatang atau jin. Abdullah bin Sarjis r.a. berkata; “Nabi s.a.w. melarang kencing ke dalam lubang”[Riwayat Abu Daud].

Hukum kencing sambil berdiri.

Diriwayatkan dari Huzaifah r.a. yang menceritakan; Aku bersama Nabi s.a.w.. Apabila sampai di satu tempat pembuangan sampah, Nabi s.a.w. kencing di situ sambil berdiri. Aku pun berpaling menjauhi baginda. Namun baginda berkata kepadaku; ‘Hampirilah’. Aku pun menghampiri Nabi hingga aku berdiri hampir dengan dua tumitnya. Setelah selesai kencing, Nabi mengambil wudhuk dengan menyapu dua khufnya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan keharusan kencing sambil berdiri, bukan menunjukkan kebiasaan Nabi s.a.w.. Kebiasaan Nabi s.a.w. ialah kencing sambil duduk sebagaimana riwayat dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang berkata; “Jika ada sesiapa menceritakan kepada kamu bahawa Nabi s.a.w. kencing berdiri, maka jangan kamu mempercayainya. Nabi tidak kencing melainkan sambil duduk”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain. Menurut Imam Nawawi; sanad hadis ini adalah baik).

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulamak menegaskan; hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka; perbuatan Nabi kencing berdiri dalam hadis pertama di atas adalah kerana ada keuzuran bagi baginda; kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafi’ie; orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas r.a. pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.

Kesimpulannya; kencing berdiri hukumnya adalah harus atau makruh mengikut perbezaan ulamak di atas. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir; “Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi s.a.w.”.

Cara Mengambil Wudhu'

Cara Melakukan Wudhu’

Tatacara berwudhu’ adalah bersamaan dengan Rukun Wudhu’.

Rukun-rukun wudhu'

Rukun wudhu' itu ada enam perkara:-

BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN, BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG
Membersih Kedua-Dua Tangan

Berkumur-kumur dan Menyedut Air Ke Hidung


1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-


Lafaznya: "Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala"

Ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.


2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali. DISERTAKAN DENGAN NIAT.

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.

4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.




5. Menyapu Kedua-dua belah telinga hingga rata




6. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.



7. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Doa Sesudah BerWudhu'.

Selesai mangangkat wudhu' hendaklah membaca Doa Sesudah Wudhu'

Ilmu Maqamaat

Lihat Tarannum

Tarannum

Pengertian Tarannum Al-Quran

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonation, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak dan Irama tertentu.

Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:

ما أذن الله لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن.
(رواه البخارى)

Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.

Sejarah Tarannum

Rasulullah s.a.w. menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari dan ramai lagi.

Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah (Tahun 62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah s.a.w. itu. Ketika zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya: Misri (Mesir).Hijazi (Mekah dan Madinah), Iraqi, Kurdi (sempadan Iraq dan Turki), ‘Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.

Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri

Aliran Hijazi
• Padang pasir.• Bukit bukau.• Suhu tinggi. Lalu: irama dan rentaknya lincah dan nada suaranya tinggi kehangatan.

Aliran Misri
• Lembah nil.• Subur menghijau.• Suhu sederhana.Lalu: irama dan rentaknya lembut dan suaranya sederhana kemanisan.

Asal Ilham Tarannum

Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya. Sejak zaman silam, pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung, bunyi air mengalir dan lain-lain telah mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun di dalam bahasa arab disebut At-Tarannum, Al-Ghina, ataupun ilmu Al-Maqamat.

Hukum Umum Bertarannum

Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami bahawa hukum bertarannum adalah seperti berikut;
1. Fardhu (kifayah) : jika hanya dengan berlagu dapat mengajak masyarakat ingin mendekati Al-Quran.
2. Sunat : jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
3. Harus : untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
4. Makruh : jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.
5. Haram : jika mahu menunjuk-nunjuk kepada orang yang mendengar atau riyak atau ujub. Atau jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

اقرؤوا القرأن بلحون العرب وأصواتها، وإياكم ولحون أهل الكتابين وأهل الفسق، فإنه سيجئ بعدي قوم يرجعون بالقرأن ترجيع الغناء والرهبانية والنوح. لا يجاوز حناجزهم مفتونة قلوبهم وقلوب من يعجبهم شأنهم.
(رواه الطبرني والبيهق)

Maksudnya: "Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya".

Kata Ibnu Kathir: “Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan, kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.”


Falsafah Tarannum

Suatu usaha bernilai tinggi bagi menghubungi rasa hati pembaca dan pendengar kepada keagungan Allah Tuhan Pencipta.


PEMBAHAGIAN ILMU TARANNUM


زينوا القرأن بأصواتكم
(ابو داوود)
Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan Al-Quran dengan suara-suara kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu).

Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan Al-Quran. Tarannum sangat berkait rapat dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusunlah lahirnya tarannum.

Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:
a). Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
b). Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.

ASAS ALIRAN TARANNUM

Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”

1. Banjakah.
2. Husaini.
3. Mayyah.
4. Rakbi.
5. Jiharkah.
6. Sikah.
7. Dukah.

Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sun’ani, Yaman Hijaz, Hirab dan lain-lain.

Asas Tarannum Aliran Misri
Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:

1. Bayyati.
2. Soba.
3. Hijaz.
4. Nahawand.
5. Rast.
6. Sikah.
7. Jiharkah.

Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam, Farahfaza, Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain yang kini dianggap sebagai lagu-lagu cabang (furu).

Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir dalam mengambil, mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannum-tarannum sesuai dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah sampai menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang berlahjah arab.

Untuk bertarannum, para Qari semestilah mengenali beberapa komponan penting untuk mengarabkan bacaan mereka .

2.3.1 Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah dan satu mahattah).

2.3.2 Qit’ah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).

2.3.3 Burdah asli dan sina’i (bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang digubah).

2.3.4 Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna).

2.3.5 Salalim su’ud dan nuzul (suara mendaki dan menurun – mengikut ilmu tangga-tangga suara ).

2.3.6 Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).

2.3.7 Wuslah al-mumathalah (kemahiran menggabungkan alunan beberapa tarannum yang sesuai di dalam satu harkat).

FALSAFAH TARANNUM BIL-QURAN

Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran yang bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah S.W.T. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya adalah satu penyelewengan. Antara Falsafah tarannum ialah:

1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan”. (Riwayat Muslim)

2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-quran itu boleh menambahkan kekusyukan dan keinsafan”. (Surah al-Isra’:ayat 109)

3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Dan apabila al-Quran di baca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah Ta’ala”. (Surah al-A’raf:ayat 204).

4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda Rasulullah SAW: “ Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu menambahkan keindahan seni al-Quran”.


JENIS-JENIS TARANNUM SECARA RINGKAS

TARANNUM BAYYATI

Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

• Lembut disamping tegas.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Harmoni.
• Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati

• Memantapkan persembahan.
• Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
• Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SOBA

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir

Sifat Tarannum Soba

• Gerak ringan meresap jiwa.
• Alunan lembut yang mendayu.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

• Menenangkan persembahan.
• Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Hijaz

• Gerak lambat tapi berkesan.
• Ketegasan pendorong semangat.
• Kelincahan menghidupkan persembahan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.

• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
• Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHWAND

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahwand

• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan bersopan.
• Sederhana memikat jiwa.
• Kehalusan seni.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand

• Melembutkan bacaan.
• Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
• Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM RAST

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Rast

• Gerak lembut disamping ketegasan.
• Kelembutan alunan.
• Lincah menyemarakkan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast

• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SIKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Sikah

• Gerak lambat meyakinkan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Berciri kesedihan dan kerintihan.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah

• Melembutkan persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM JIHARKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah

• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Harmoni.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah

• Menenangkan ketegangan persembahan.
• Melembutkan persembahan.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


PENGENALAN TARANNUM DI MALAYSIA

Qari-qari dari Malaysia masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan tarannum yang disusun seperti berikut:

1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.
2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
4. Bayyati, Soba, Nahwand, Rast dan Sikah.
5. Bayyati, Iraqi, Hijaz, Sikah dan Rast.

50% daripada qari di Malaysia membaca dengan bahagian (1) dan (2), 30% pula membaca dengan bacaan mengikut turutan (3), 15% lagi membaca dengan bahagian (4) dan 5% lagi membaca dengan bacaan mengikut turutan (5).

Namun mengikut seorang pakar tarannum di Malaysia, Hj Nik Jaafar bin Nik Ismail; susunan lagu-lagu yang popular di Malaysia ialah
1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.
2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
Bagi lagu-lagu lain hanya sebagai selingan sahaja.


Dipetik dari http://lebaiyusri.blogspot.com/2009/12/tarannum-al-quran-pada-satu-petang-saya.html

RUJUKAN

Husain Unang, 2005, Qamus al-Tullab, Kuala Lumpur: Darul Fikir, hlm 289.

Ruuhi al-Balbaki, 2000, al-Mawrid, Beirut: Dar al-Ilm li al-Maliyin, hlm 310.
Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.


Syeikh Fatihi Hassan Maliji (2007), Tarannum Arabiah Misriah Muktabar, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, hlm 23.
Hassan al-Shukri bin Abdullah, 2008, Pengenalan Asas Tarannum, Kursus Sijil Tinggi Pengajian Tarannum, Darul Quran:Kuala Kubu, hlm. 5
Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Ustaz Faizan Haji Tajuid, Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Negeri Perak tahun 2008 dan 2009, Temubual, 1 November 2009.

Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Radzi Kamarul Hailan, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 2-7.

Jalaluddin ar-Rumi

Jalaluddin ar-Rumi was born in 1207, in Balkh, which is in Afghanistan. His father was an important scholar and teacher of that area. Around 1212 he moved his family to Smarkand, a city where the cultures of both Turkey and Persia met. The Mongol invasions were bringing death and destruction to a large part of the Muslim world at that time, and Rumi’s family and friends, journeyed westward to escape it.

They arrived in Konya in Turkey, and Rumi’s father was given a professorship and he taught there until his death in 1231. Jalaluddin Rumi, took over from his father, as university professor.

In 1244 there was a significant meeting of Rumi with a wandering Sufi, a lover of the Prophet Muhammad, the sun of Tabriz, Shamsuddin. Rumi and Shams became inseparable. The university professor in Rumi diminished, and his spiritual side increased. Rumi’s students became jealous of the close friendship with Shams, and this caused Shams to disappear. Forty days after the loss of Shams, Rumi ordered mourning robes. Rumi had changed. He now wrote or spoke poetry as never before. He whirled around reciting poems which expressed his longing and love, and which also expressed his astonishment with his own transformed state.

The message of Rumi is timeless and is one of boundless, and boundary-less love. He said, ‘I am neither of the East or the West, no boundaries exist in my breast’

My place is placeless,
My trace is traceless;
‘Tis neither body nor soul, for I belong
To the soul of the Beloved.
I have put duality away,
I have seen the two worlds are one;
One I seek, One I know, One I see,
One I call.
He is the first, He is the last.
He is the outward, He is the inward;
I am intoxicated with Love’s cup.

Rumi referred to himself as, ‘Dust on the path of Muhammad. Dust can be nothing but dust; it signifies humility, and submission. Even the tiniest insect may move the lightness of dust.’ Rumi had no rigid, ‘stony-hearted,’ attitude toward life.

His message of non-duality speaks to us strongly today. It can also be found in the Christian scriptures, as in the gospel of John, ‘The father and I are One.’ Non-duality is both a spiritual imperative and an ecological one. Mankind is being directed by the eternally fresh voice of the ancient mystics, toward realising the sacredness of the whole creation, and of its unity with the Divine.

In suppressing our grief, jealousies, fears and pains, we also suppress delight, joy and our love. Rumi knew that not to accept, as our own, the so-called, ‘negativities’, within, the way would be barred to owning our birthright: peace, love and contentment

This being human is a guest house.
Every morning a new arrival.
A joy, a depression, a meanness,
Some momentary awareness comes
As an unexpected visitor.
Welcome and entertain them all.
Even if they’re a crowd of sorrows,
Who violently sweep your house
Empty of its furniture.
Still treat each guest honourably.
He may be clearing you out for some new delight.
The dark thought, the shame, the malice,
Meet them at the door laughing,
And invite them in.
Be grateful for whoever comes,
Because each has been sent
As a guide from beyond.

It is over 700 years since Rumi wrote these words. How recent it is that our culture was caught in repression, the, ‘stiff upper lip,’ and the psychologically damaging, suppression of the emotions? ‘Modern’, psychology now understands the dangers of suppressing the teachers that make themselves felt within.

'Tis light makes colour visible: at night red, green, and russet vanish from thy sight,
So to thee light, by darkness, is made known:
All hid things by their contraries are shown.
Since God hath none,
He, seeing all, denies
Himself eternally to mortal eyes.

We have green bin collection and black bin collection alternately. Walking out at night I try to discern which colour to put out in the morning by the colour of the ones already out by neighbours. I think of you Rumi, when I cannot tell black from green, however hard I try. Without the light of the sun, there is indeed no colour. Without silence there would be no music. Without space there would be no object. If we do not experience grief we cannot know joy. I was taught as a child, ‘God is everywhere’, but it never penetrated my heart before a Sufi mystic expressed it so poetically, God being everywhere, renders Him invisible.

Rumi died in Konya in 1272. The day of his death has become known as the Shebi Arus, the Wedding Night. This was the occasion when Rumi was united with his Beloved in eternal life. We will find the same idea realised in the Song of Songs, of the Old Testament, ‘My love is mine and I am his’. We will find it in the New Testament with its many references to marriage. In the account of the wedding in Cana, there is no bride or groom mentioned. Their notable absence signifies that the marriage refers to the mystical union.

The poems and stories of Rumi serve as bridge to Reality, and point toward the union of the Soul with the Beloved. The works of Mevlana Jalaluddin Rumi, also known as Mevlana, include the Mathnawi, the Divan-I-Shams-I Tabriz, Fihi Ma Fihi, the Makatib, and Majalis-I-Sab’ah.

He had existed without the petty differences, which divide men, and therefore was free to live in the Pure Light, which existed before the Prophet Muhammad. This place is the same space referred to by Jesus: ‘Before Abraham was, I am.’ This place is available to us all.

Get up! Do not sleep! We have come close.
We have already heard the dog and the rooster of that neighbourhood.
By God they were signs from the village of the beloved;
All the flowers that we grazed on.
Get up! Do not sleep! It is daytime.
The morning star has risen and we see the footprints.
It was night and the whole caravan was locked up in a caravanserai;
Get up! For we have to rid ourselves of the dark and of the prison.