Air

Air : Di dalam Islam air digunakan untuk menyucikan hadas kecil dan hadas besar, menyucikan najid dan menggunakannya untuk mengambil wudhu’. Air yang sah dipakai untuk bersuci ada lima jenis air:

1. Air yang turun dari langit seperti air hujan dan embun.
2. Air yang keluar dari bumi seperti air mata air, air sumur dan air paip.
3. Air sungai.
4. Air laut.
5. Air salji (ais).

Air yang lima tersebut dibahagi pula kepada empat bahagian:

1. Air Mutlak,
2. Air Musyammas,
3. Air Mutanajjis, dan
4. Air Mustakmal.


Air Yang Bercampur
Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu:

1. Majawir - cara Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu adalah air mutlak.

2. Mukhalit - cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta'amal.

Air muqayyad

Air muqayyad (مقيد) pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi.

Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua:

Qayyad Lazim - iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.

Qayyad Musfaq - iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.

Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air mutaghayyir (المياه متغير) "almiahu Mutaghayyir" yang membawa pengertian air bervariasi.


Air Qaid Lazim

Air yang ada kaitan dengan jenama-jenama lain untuk memperkenal-kannya. Kalau tidak disebut orang tidak akan faham.

Contohnya:
a. Air Kelapa

b. Air Tebu

c. Air Mawar

d. Air Kopi

Hukum Air Qaid Lazim

Suci hanya pada dirinya sahaja tetapi tidak sah digunakan untuk menyucikan yang lain.

No comments: