Tayammum juga boleh digunakan untuk menggantikan wudhuk dan mandi janabah jika berjunub, dengan syarat-syarat tetentu.
Tayammum adalah salah satu rukhsah atau keringanan bagi orang-orang yang tidak diperkenankan menggunakan air kerana sakit atau kerana ketiadaan air atau sukar mendapatkannya.
Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor kita tidak boleh terkena air, jika terkena air akan membahayakan nyawa atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.
Harus bertayammum bagi musafir yang hanya mempunyai air cukup untuk diminum sahaja. Jika digunakan untuk mengambil wudhuk maka air itu akan habis dan tiada lagi air untuk diminum.
Tayammum tegas disyari’atkan berdasarkan Kitab, Sunnah dan Ijma’. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:
Tayammum harus menggunakan debu yang suci. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
Dan pada hadits Huzaifah yang dikeluarkan oleh Muslim: “Dan tanahnya dijadikan alat pembersih bagi kita, apabila kita tidak dapat air”.
Dan dari Ali r.a. dalam riwayat Ahmad: “Dan tanah ini dijadikan alat pembersih bagiku”.
Rukun Tayammum
1. Niat;
Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
Lafaz niat:
2. Menyapu muka;
Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.
3. Menyapu tangan;
Memulakan tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dan diikuti dengan tangan kiri.
4. Tertib;
Bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).
Cara Bertayammum
1. Menepuk dua telapak tangan ke tanah atau debu yang bersih dengan jari jemari direnggangkan agar debu boleh memasuki celah-celah jari sambil berniat sebagaimana lafaz niat di atas. Angkat dan kipaskan atau tiupkan agar nipis debunya.
2. Kemudian menyapu ke muka dengan dimulakan kedua-dua tapak tangan (tanpa menggunakan jari) dari dagu membawa kepipi dan menyapu dengan debu ditapak jari ke dahi, kemudian akhirnya menggunakan dua ibu jari bawa turun kehidung.
3. Setelah itu ditepuk lagi tangan ke tanah sebagaimana langkah yang pertama dan meletakkan tapak jari kiri (tanpa mengganggu tapaknya) di bawah belakang jari kanan membawa kesiku. Setelah melepasi siku pusing tapak tangan ke atas dan menggosok lengan bahagian atas dengan tapak tangan hingga pergelangan tangan dan akhirnya menggunakan tapak ibu jari kiri menyapu ke belakang ibu jari kanan.
4. Ulangi perbuatan yang sama dengan menggunakan tapak tangan dan tapak jari kanan untuk menyapu tangan yang kiri.
Syarat-Syarat Sah Tayammum
1. Sesudah masuk waktu solat (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada.
4. Anggota wudhuk tidak boleh terkena air. Jika terkena akan memberi mudharat kepada penyakitnya
Sunat-Sunat Tayammum
2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
3. Menipiskan debu di tangan.
Perkara Yang Membatalkan Tayammum
2. Adanya air: setelah hendak melakukan solat terlihat air atau terdengar berita ditemui punca air, atau turunnya hujan dengan lebat, maka batallah tayammum. Setengah mazhab berpendapat batal juga solat apabila dalam perjalanan solatnya ditemui punca-punca air tadi. Namun mengikut Mazhab Syafi’e dan Maliki; setelah takbiratul ihram akan sah solat seseorang yang bertayammum walaupun terdapat air ketika itu. Dan tidak wajib diulangi solatnya. Mereka berpandukan kepada hadits riwayat Sa’id al-Khudri, katanya:
“Dua orang lelaki keluar bermusafir dan mereka tidak mempunyai air. Kemudian tiba waktu solat, lalu mereka bertayamum dengan tanah (debu) yang baik (bersih), setelah itu mereka mendapatkan waktu dan masih dalam waktu solat, maka salah seorang daripadanya berwudhuk dan mengulangi solatnya, sedang seorang lagi tidak mengulanginya. Kemudian mereka datang kepada Rasulullah dan menceritakan peristiwa yang dialaminya itu kepada baginda. Maka bersabdalah baginda kepada orang yang tidak mengulanginya: Engkau telah berbuat sesuai dengan sunnah dan solatmu itu telah cukup bagimu. Dan kepada orang yang mengulagi wudhuk dan solatnya beliau bersabda: Engkau mendapat pahala dua kali ganda”. (Hadits riwayat Abu Daud, Nasa’I dan lain-lain)
3. Murtad: Iaitu mengingkari agama Islam setelah memeluknya, walaupun sekejap.
No comments:
Post a Comment