Masjidil Haram

Masjidil Haram: ( المسجد الحرام ), disebut juga dengan Masjid al-Haram, adalah masjid paling suci umat Islam. Masjid ini terletak di tengah-tengah Kota Makkah Al Mukharamah. Masjidil Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Kiblat umat Islam apabila mengerjakan solat dan amalan ibadah yang lain.



Haram shariff telah dibangunkan oleh malaikat sebelum kejadian manusia oleh Allah S.W.T. dan Allah mentasbihkan satu tempat sembahyang untuk membayangi ‘al-Baitul Makmur’ di ‘Arasy, tempat para malaikat melakukan tawaf dan mengerjakan solat mereka. Dalam Islam diyakini bahawa Kaabah berada betul-betul di bawah "Arasy" atau Singgahsana Allah.

Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adam dengan bantuan para malaikat. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencana alam seperti banjir dan pelbagai punca lain. Nabi Ibrahim dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail telah memperbaiki Kaabah, setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Kaabah dan membina masjid di sekitar Kaabah.

Imam Abul Hassan al-Mawardi meriwayatkan bahawa di zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah ketika Saidina Abu Bakar r.a. diangkat menjadi Khalifah, Masjidil Haram ini tidak mempunyai dinding. Perluasan Masjidil-Haram bermula pada tahun 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab. Beliau telah membeli rumah-rumah di sekeliling Ka'abah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuan perluasan. Perluasan Masjid diteruskan lagi oleh Saidina Utsman bin ‘Affan pada kira-kira tahun 647 Masihi.

Pada tahun 696 Masihi, cucu Saidina Abu Bakar As Siddiq bernama Abdullah ibn Zubair telah memperluaskan kawasan masjid ini dengan membeli gedung-gedung yang terdapat di sebelah timur dan selatan Masjid. Sementara di bahagian utara dan barat pula telah diperluaskan oleh Zaid bin Abdullah al-Harisi dibawah perintah Abu Ja'afar al-Mansur, Khalifah Bani Abas kedua.

Orang-orang seperti Abdul Malik ibn Marwan,Umar, Al-Walid, Ziad bin Abdullah, Musa al-Mahdi, adalah antara mereka yang awal menghiasi masjid ini. Kalimah-kalimah al-Quran disulami dengan corak-corak Islam, batu-batu mamarnya telah diukir dengan indah dan tiang-tiangnya disalutkan emas.

Pada tahun 986 Masihi, Harun Ar-Rashid telah memasukkan gedung Dar An-Nadwah di sebelah utara ke dalam masjid dan membina pintu Babul Ibrahim di sebelah barat. Pintu besar Babus Salam telah diperbaiki pada tahun 1243 Masihi oleh Ali bin Umar dari Yaman.

Amir Zainal Abidin al-Utsmani (1379 Masihi) telah mengutuskan Sudun Pasha mencantikkan pintu masjid dengan hiasan yang indah, memperbaiki atap dan pancuran air di Ka'abah. Pada tahun 1399 Masihi, suatu kebakaran besar telah berlaku pada Masjidil-Haram. Banyak bahagian telah musnah begitu juga dengan hasil kesenian yang indah-indah yang sukar dicari ganti. Amir Besar Az-Zahiri telah memperbaikinya pada tahun berikutnya dan selesai pada tahun 1401 Masihi.

Sultan Salim II (1572-1577 Masihi) telah memperbaharui dan memperkemaskan lagi Masjidil-Haram ini dengan memasukkan kubah dan relung-relung yang indah di dalamnya. Atas arahan Sinan Pasha dari Mesir, kerja-kerja pembinaan telah di usahakan oleh Ahmad Bey dan seorang jurutera bernama Muallim Muhammadal-Misri. Bila Sultan Salim meninggal dunia, anaknya Sultan Murad telah meneruskan pekerjaan bapanya sehingga selesai.

Reka bentuknya kekal dari zaman Umawi (kerajaan umaiyah), Abbasiah hingga dilakukan perluasan kerajaan Arab Saudi. Mereka melihat Masjidil Haram bakal menampung pertambahan jumlah jemaah yang kian meningkat setiap tahun. Program perluasan kota itu bermula oleh Raja Abdul Aziz pada 1955. Ia menyaksikan keluasan bertambah dalam masa 20 tahun daripada 19,000 meter persegi kepada 160,000 meter persegi, hampir lapan kali ganda keluasan asalnya. Penambahan itu dibuat tanpa menjejaskan keaslian binaan asal dari zaman Turki.

Ruangan tawaf juga dibesarkan tiga kali ganda dari keluasan asal. Daun pintu Kaabah juga diganti baru, dilapisi emas tulen. Raja Fahd menambah kawasan sa’i dengan laluan bertutup berhawa dingin. Begitu juga laluan bertingkat dan jambatan bagi mengurangkan kesesakan ketika musim haji demi keselesaan umat Islam.

Selepas 13 tahun projek pembesaran Al-Haram siap, Raja Fahd melancarkan satu lagi projek pembesaran masjid ini. Pada 2 Safar 1409, projek ketiga perluasan Masjidil Haram oleh Kerajaan Saudi dirasmikan. Kos pembinaan bernilai 6.8 bilion Riyal Saudi dan melibatkan pertambahan masjid dan kompleks yang menempatkan kedai di barat Masjidil Haram iaitu di hadapan Babul Umrah dan Babul Malik.

Kini, di bawah pentadbiran Raja Abdullah Abdul Aziz As-Saud, Baginda merancang untuk membesarkan lagi Masjid Al-Haram.

Projek terbaru yang di laksanakan Baginda ialah membesarkan lorong Mas'a (tempat bersa’i) daripada 2 lorong kepada 4 lorong.

Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 2006, dengan mengambil sedikit dari bahagian dataran sembahyang di Bab As-Salam. Kerja-kerja pembinaan itu telah siap pada tahun 2008 masehi.

Walau bagaimanapun, keperluan dan pertambahan umat Islam seluruh dunia meningkat berpuluh-puluh kali ganda setiap tahun. Oleh itu projek pembesaran Masjidil Haram dirancang kembali dan kini sedang dibina dengan rancaknya. Pembesaran kali ini agak mengkagumkan, kerana ia melibatkan berpuluh-puluh ekar tanah di bahagian utara masjidil Haram. Projek ini dijangka akan disiapkan pada tahun 2011. Dengan peluasan ini mungkin masjidil haram akan dapat menampung peningktan jemaah haji sehingga tahun 2025. Lihat gambaran di bawah.


Kehebatan dan keajaiban Masjidil Haram tidak dapat dirungkaikan oleh mana-mana ahli sains dan pihak NASA hingga kini, di mana gambaran masjidil haram tidak dapat diambil dari angkasa samada oleh kapal angkasa NASA atau satelit. Masjidil Haram akan menjadi bersinar dan tidak jelas. Lihat bukti di bawah.


Menara
Masjidil-Haram mempunyai beberapa menara yang indah. Antaranya adalah Babul Umrah yang didirikan oleh Khalifah al-Mansur dari Bani Abbas pada tahun 706 Masihi. Menara ini kemudiannya diperbaiki pada tahun 1172 Masihi dan sekali lagi pada tahun 1464 Masihi oleh Sultan Jukmuk sebelum ia musnah pada tahun 1552 Masihi. Sultan Sulaiman kemudiannya menggantikan dengan yang baru di atas tapak yang sama dengan mengekalkan nama asalnya.

Seterusnya pada tahun 789 Masihi, Khalifah al-Mahdi dari keturunan Abbasiyah, membangunkan menara Babus Salam dan kemudiannya beberapa menara lagi seperti menara Babul Ali dan menara Babul Hazurah atau Babul Wida'.

Pada tahun 1392 Masihi Babul Hazurah telah runtuh dan diperbaiki oleh Al-Asraf Sya'ban dari Mesir. Pada tahun 905 Masihi, Khalifah Al-Mu'tadhid dari Bani Abbas membangunkan menara Babuz Ziadah dan di perbaiki oleh Asraf Baresbai pada tahun 1447 M. Kait Bait pula membangunkan menara Kait Bait kira-kira tahun 1501 Masihi. Kemudiannya Menara As-Sulaimaniah juga telah dibangunkan.

Selepas kerja-kerja pembesaran di lakukan oleh Penjaga Dua Masjid Suci Pertama, Raja Fahd Abdul Aziz As-Saud, Masjidil Haram mempunyai sembilan menara.

Kesemua menara ini akan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana di terangi lampu-lampu dan membuatkan Masjidil Haram kelihatan sangat cantik.

Menara paling baru yang di didirikan ialah di Babul Malik Fahd (Pintu Raja Fahd) yang berhadapan hotel Darut Tauhid, salah satu hotel 5 bintang di Mekah. Kawasan masuk Babul Malik Fahd juga kini lengkap berhawa dingin.

Masjidil Haram masih mengekalkan satu menara tunggal di Babus Safa. Semua menara lain didirikan secara "berpasangan", kecuali menara tunggal di Babus Safa.

Azan yang di kumandangkan 5 kali sehari dari menara-menara ini antara yang mendominasi ruang udara Kota Mekah setiap kali masuk waktu sembahyang.

Kepentingan Masjidil Haram

Kiblat atau Kaabah
Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Firman-Nya: "sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144).

Arahan supaya memalingkan muka ke arah Masjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tiga kali di dalam al-Qur'an. Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turut menyatakan ia adalah yang benar daripada Tuhan. Firman-Nya,

"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (2:149)

"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya," (2:150).

Dalam Masjidil Haram terdapat beberapa tempat yang menjadi keajaiban dan sejarah yang amat hebat.

Makam Ibrahim
Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana pendapat orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.

Hajarul Aswad
Hajarul Aswad terletak di penjuru keempat Kaabah. Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga dan telah bertukar menjadi hitam oleh kerana kejahatan manusia. Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam sebab dosa oleh orang-orang musyrik.

Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi

Hijir Ismail
Hijir Ismail berpagar batu berlingkar 1.5 meter terletaknya berdampingan dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu beliau membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu mamar.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w., sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah s.a.w. memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".

Orang yang telah mengerjakan tawaf, disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas beroda dan mengerjakan solat sunat di Makam Ibrahim.

Telaga Zam Zam
Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.

Kawasan telaga Zam-zam kini telah ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Dan kini air zam-zam dipam dan disalurkan melalui paip sahaja.

Sahabat Ahli Syurga

10 Sahabat Dijamin Syurga

Rasulullah s.a.w.s.a.w. mempunyai ramai para sahabat, tidak sahaja dari kalangan lelaki, malah perempuan juga kanak-kanak. Akan tetapi dari kalangan para sahabat yang ramai itu 10 daripadanya disebut secara jelas bahawa mereka adalah dari kalangan ahli Syurga.

Sebagaimana firman Allah s.w.t.:



Berikut ini adalah 10 orang sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijamin masuk syurga.

1. Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w.. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah s.a.w.dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimah Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.

2.
Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum Islam, beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadah di hadapan Rasul s.a.w. (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu mengurangkan ancaman kaum Quraisy terhadap Nabi dan sahabat baginda. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Farsi dan Rom Timur dapat ditaklukinya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah s.a.w. dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak di dalam masjid Nabawi di Madinah.

3.
Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada masa pemerintahannya seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh para sahabat semasa Rasul s.a.w. masih hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4.
Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan teknik perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal kerana keberaniannya di dalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah s.a.w.sejak kecil dan hidup bersama sehingga Rasul s.a.w. diangkat menjadi Nabi dan sehingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Kufah, Iraq.

5. Thalhah Bin Ubaidillah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah s.a.w. sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6.
Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga kerana Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau juga gugur dalam ‘Peperangan Jamal’ dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7.
Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah s.a.w.dengan kedua ibubapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid
Said bin Zaid, adik ipar Umar, adalah orang yang dididik oleh seorang ayah yang beroleh hidayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka seperti halnya Salman Al Farisi, dan Abu Dzar Al Ghifari. Banyak orang yang lemah berkumpul di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan, serta penghilang rasa lapar, kerana Said adalah seorang sahabat yang dermawan dan murah tangan. Beliau mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau dan juga Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh Rasul s.a.w. untuk mengintip gerakan musuh (Quraisy). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9.
Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul s.a.w.. Turut berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10.
Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah pada musim kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w.. Meninggal dunia pada tahun 18H di Urdun (Syam), dan dimakamkan di Urdun yang sehingga hari ini masih diziarahi oleh kaum Muslimin.

Jumlah Huruf Al-Qur'an

JUMLAH HURUF DALAM AL QUR’AN‎ : iaitu bilangan huruf-huruf dalam al-Qur'an yang dikira berdasarkan satu-satu huruf hija'iayah.

An Nasafi dalam kitab Majmu al Ulum wa Mathli’u an Nujum dan dikutip oleh Imam Ibn ‘Arabi ‎dalam mukaddimah al-Futuhuat al ‎Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al Qur’an diurut ‎sesuai dengan banyaknya:‎
‎ ‎
Alif ‎ ‎: 48740 huruf, ‎
Lam ‎ ‎: 33922 huruf, ‎
Mim ‎ ‎: 28922 huruf, ‎
Ha’ ‎ ‎: 26925 ‎huruf, ‎
Ya’ ‎ ‎: 25717 huruf, ‎
Waw ‎ ‎: 25506 huruf, ‎
Nun ‎ ‎: 17000 huruf, ‎
Lam alif ‎ ‎: 14707 huruf, ‎
Ba’ ‎ ‎: ‎‎11420 huruf, ‎
Tsa’ ‎ ‎: 10480 huruf, ‎
Fa’ ‎ ‎: 9813 huruf, ‎
‎‘Ain ‎ ‎: 9470 huruf, ‎
Qaf ‎ ‎: 8099 huruf, ‎
Kaf ‎ ‎: 8022 ‎huruf, ‎
Dal ‎ ‎: 5998 huruf, ‎
Sin ‎ ‎: 5799 huruf, ‎
Dzal ‎ ‎: 4934 huruf, ‎
Ha ‎ ‎: 4138 huruf, ‎
Jim ‎ ‎: 3322 huruf, ‎
‎Shad ‎ ‎: 2780 huruf, ‎
Ra’ ‎ ‎: 2206 huruf, ‎
Syin ‎ ‎: 2115 huruf, ‎
Dhadl ‎ ‎: 1822 huruf, ‎
Zai ‎ ‎: 1680 huruf, ‎
Kha’ ‎ ‎: ‎‎1503 huruf, ‎
Ta’ ‎ ‎: 1404 huruf, ‎
Ghain ‎ ‎: 1229 huruf, ‎
Tha’ ‎ ‎: 1204 huruf ‎
Dza’ ‎ ‎: 842 huruf. ‎

‎Jumlah total semua huruf dalam al-Qur’an sebanyak 1,027,000 (satu juta dua puluh tujuh ribu). ‎Jumlah total ini sudah termasuk ‎jumlah huruf ayat yang di-nasakh.

Al-Quran mempunyai 604 mukasurat. Ini bermakna setiap muka surat hurufnya berjumlah sekitar 1700 huruf. Jika Allah memberi pahala untuk satu huruf bermakna setiap pembaca al-Qur'an yang menbaca 1 juzuk sehari (1700 X 20 ms ) sebanyak 34000 X 10 = 340,000 pahala. ‎

Tingkatan Pembaca Al-Qur'an

TINGKAT PEMBACA AL-QURAN : Ukuran tahap keimanan seseorang dalam membaca al-Qur'an setiap hari. Ini adalah suatu ukuran bagi menentukan tahap manakah seseorang itu menjaga dan beramal dengan al-Qur'an yang suci, yang merupakan wahyu dari Allah yang amat besar pahalanya jika dibaca setiap hari. Sehingga layaklah seseorang itu dianggap sebagai Ahli Al-Qur'an.


Sabda Rasulullah s.a.w: “Siapa kerap membacakan 10 ayat Quran tidaklah dituliskan daripada golongan yang lalai, ‎ Siapa membacakan 100 ayat Quran adalah dituliskan daripada golongan Setiawan ‎ dan siapa membacakan 1000 ayat Quran nescaya dituliskan daripada golongan Jutawan”. (H.R Abi Daud M. Abdullah bin Amru bin ‎Al-Ash)

Tingkat atau golongan pembaca Quran dapat dibahagikan 6 tingkat, mari kita perhatikan diri kita berada ditingkat yang mana, ‎tergolong dari tingkat yang tinggi atau yang paling rendah?‎

‎1. GOLONGAN YANG LALAI DARI MEMBACA AL-QUR'AN
AL-GHAFILIN: Pembaca sekitar 0-9 ayat. (0 HINGGA 1 MUKASURAT).
Golongan paling rendah ialah orang-orang yang membaca Quran kurang dari 10 ayat pada setiap hari, ini berdasar kenyataan ‎Tamim Ad-Dhari yang pernah berkata yang maksudnya: “Siapa membaca sepuluh ayat Quran pada suatu malam, tidaklah dituliskan ‎dia daripada golongan yang lalai.”‎

2. GOLONGAN YANG MENGINGATI AL-QUR'AN
AL-ZAKIRIN: Pembaca sekitar 10-49 ayat. (1 HINGGA 4 MUKASURAT)
Kata Abi Said Al-Khadari yang bermaksud: ” Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran adalah dituliskan daripada ‎golongan ingat.”‎

3. GOLONGAN YANG MEMELIHARA AL-QUR'AN
AL-HAFIZIN: Pembaca 50-99 ayat. (4 HINGGA 10 MUKASURAT)
Sahabat nabi, Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pernah berkata yang maksudnya: ” Siapa membaca 50 ayat Quran pada suatu ‎malam, adalah dituliskan daripada golongan pemelihara-penghafal Quran.”‎

4. GOLONGAN YANG SETIA DENGAN AL-QUR'AN
AL-QANITIN: Pembaca sekitar 100-199 ayat. (10 HINGGA 20 MUKASURAT)
Ibnu Umar berkata: “Siapa membaca Quran pada suatu malam sebanyak seratus ayat adalah dituliskan dia daripada golongan ‎Setiawan.”‎
Tamim Ad-Dhari menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Siapa membaca 100 ayat Quran pada suatu malam nescaya ‎dituliskan pahala dia mendirikan ibadah (sepenuhnya) pada malam itu.”‎

‎5. GOLONGAN YANG BERJAYA MENJADIKAN AL-QUR'AN SEBAGAI AMALAN
AL-FAIZIN: Pembaca 200-299 ayat. (20-30 MUKASURAT)
Abdullah bin Omar berkata: “Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran tidaklah dituliskan dia daripada golongan yang ‎lalai. Siapa membaca pada suatu malam 100 ayat Quran adalah dituliskan dia daripada golongan Setiawan dan siapa membaca 200 ‎ayat Quran adalah dituliskan dia daripada golongan Jiawan.”‎

‎6. GOLONGAN YANG KAYA DENGAN PAHALA DARI BACAAN AL-QUR'AN
AL-MUQANTIRIN: Pembaca 300-1000 ayat. (30 HINGGA 70 MUKASURAT)
‎“Siapa membaca pada satu malam tiga ratus ayat Quran adalah dituliskan baginya satu Qinthar dan siapa membaca tujuh ratus ayat, ‎Tidaklah aku mengetahui lagi akan pembalasannya.” demikian kata Abdullah.‎

Hasan menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Siapa membaca Quran pada suatu malam 100 ayat, tidaklah ia dibantahi ‎oleh Quran pada malam itu, Siapa membaca Quran pada suatu malam 200 ayat nescaya dituliskan dia orang yang mendirikan ‎peribadatan malam (ibadah sepenuh malam). dan seterusnya siapa membaca Quran pada suatu malam 500 ayat sampai meningkat ‎‎1000 ayat, adalah ia berpagi-pagi memperolehi 1Qinthar di akhirat.” Mendengar itu sahabat-sahabat pun bertanya: “Berapakah satu ‎Qinthar itu?” Nabi menjawab: “12000.”‎

Abi Ad-Darda menyebutkan sabda nabi saw: “Siapa membaca 1000 ayat Quran adalah dituliskan dia memperoleh 1 Qinthar ‎pahala sedang satu Qirathnya adalah seperti Changkat yang besar”.‎

Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pula berkata: “Siapa membaca 1000 ayat Quran pada suatu malam, adalah dituliskan ‎untuknya 1 Qinthar, sedang 1 Qirath daripada Qinthar itu adalah lebih baik daripada dunia dan isinya dan ia memperoleh lagi pahala ‎mengikut apa-apa yang dikehendaki Allah”.‎

Pada pandangan saya bacaan yang disebutkan di atas adalah bacaan selain dari yang dibaca di dalam solat. Kerana apa yang dibaca di dalam solat adalah dikira sebagai pahala sunat bagi orang yang solat, bukan sebagai pembaca al-Qur'an. Ini bermakna apa yang disebut oleh Rasulullah adalah amalan membaca al-Qur'an pada setiap hari dari pagi hingga malam.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah hadis dari Ibn Mas’ud r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:‎

Dari Ibn Mas’ud r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ” Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah ‎maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf ‎tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”‎

Abdul Rahman bin Auf

Abdul Rahman Bin Auf: adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Adapun nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman.


Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy di kota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman terhindar dari bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah terlarang.
Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w. memasuki Darul Arqam lagi. Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah salah seorang dari 8 orang yang mula-mula memeluk Islam. Adalah diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya, "Aku akan berjemur di panas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu malam yang sejuk aku akan bermalam di ruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu. Demikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap dengan imannya.

Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan agama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah membahagi dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan fi sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.

Ramai sahabat yang telah memimpin perjuangan Islam dan menyebarkan syiar Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal sejarah, tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam.

Sebagai penganut Islam yang awal, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu sementelahan pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w.. akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah ke negeri Abbysinia kerana menurut Rasul disana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka berangkatlah rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita lalu disusul dengan rombongan kedua yang terdiri dan 83 lelaki dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.

Tidak lama kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa temannya telah kembali ke kota Mekah sehingga sampai pada waktu Allah s.w.t memenintahkan kepada Rasulullah s.a.w.. untuk melakukan hijrah keYathrib( Madinah) dilakukan Rasulullah sendiri dan para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin Auf.

Setiba di Madinah sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul terhadap lain-lain sahabat dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf telah dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada golongan Ansar.

Demi kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan Muhajirin, beliau telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya, "Saudara, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu antaranya, saya sedia menceraikannya supaya boleh saudara mengahwininya. Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya menjawab, "Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat terhadap keluarga dan hartabenda saudara. Janganlah disusahkan tentang diri saya ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar.

Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah itu, beliau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap fakir miskin.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., beliau pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.

Memandangkan jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan harta kekayaannya Rasulullah S.A.W.. pernah bersabda, "Abdul Rahinan Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan agama Allah dengan harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w. kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah lindungan beliau.

Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan diri dari pengaruh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahagiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi di Akhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta.

Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan dia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.

Diceritakan juga bahawa Abdul Rahman bin Auf mempunyai 40 ekor unta yang penuh sarat dengan barang dagangan dan masing-masing dijagai oleh seorang hamba. Suatu subuh ketika kafilahnya pulang dengan barang dagangan dari Syam beliau tidak sempat bertakbiratulihram bersama Nabi s.a.w. di subuh itu. Setelah selesai solat beliau berkata kepada Rasulullah, Ya Rasulullah, aku tidak sempat takbiratulihram bersamamu, oleh kerana itu aku sedekahkan semua untaku 40 ekor untuk menebusnya, adakah memadai wahai Nabi. Rasulullah s.a.w. menjawab, tidak. Maka Abdul Rahman menyedekahkan pula kesemua barang dagangan di atas setiap ekor unta yang 40 itu, tetapi Rasulullah s.a.w. menjawab masih belum memadai. Maka beliau memerdekakan 40 hamba yang menjadi gembala kepada 40 untanya, tetapi Rasulullah s.a.w. masih mengatakan tidak memadai.

Abdul Rahman merasa sedih dan sugul, lalu beliau bertanya lagi kepada Rasulullah, berapa banyakkah lagi harta perlu disedekahkan agar dapat menebus kekurangan solatnya. Rasulullah bersabda, sekiranya disedekahkan semua harta seluas langit dan bumipun masih belum memadai. Maka Abdul Rahman pun pasrahlah. Begitulah besarnya pengorbanan Abdur Rahman dalam menjaga agamanya, dan beliau tidak pernah mementingkan harta kekayaannya asalkan agamanya sempurna.

Demikianlah jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar Rasulullah s.a.w. Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah hairan kiranya Rasulullah s.a.w.. mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki syurga.

Di zaman Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau pernah dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau jugalah salah seorang yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon khalifah yang akan menggantikan baginda. Beliaulah juga tokoh yang mengetuai tugas untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang akhirnya jatuh ke tangan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.

Pada tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup di dunia yang fana ini selama 75 tahun, pulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dan sebelum meninggal dunia, Ummul Mu'minin Aisyah pernah menawarkan tempat kuburnya nanti di sisi kubur Nabi s.a.w, Abu Bakar dan Umar r.a. Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di samping Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat janji dengan Uthman Bin Mazh'un bahawa jika salah satu di antara mereka berdua meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan kawannya yang lain. Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi’ dan disembahyangkan oleh Saiyidina Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.

Bulan Syaaban

SYAABAN : Bulan Syaaban adalah bulan ke 8 dalam kalendar Islam. Banyak pahala jika ‎dapat beramal dalam bulan ini. Kerana bulan ini adalah bulan bagi menyambut ‎kedatangan bulan Ramadhan nanti.‎

Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban ‎‎(berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang ‎berserak-serak.‎
‎ ‎

BANYAK RIWAYAT PALSU BERKENAAN BULAN SYAABAN.
Bulan Sya'ban terdapat beberapa kelebihan yang tersendiri sebagaimana yang disebut dalam hadits, namun kita wajib berhati-hati kerana  banyak tersebar hadits yang dhaif atau maudhu’ (rekaan) tentang fadhilatnya.

Terdapat hadits-hadits yang menyebut Nabi sollallaahu alaihi wasallam banyak berpuasa pada bulan Sya’ban. Kalau dikatakan, apakah hikmahnya memperbanyak berpuasa di bulan Sya’ban?  Maka jawapannya adalah perkataan Al-Hafiz Ibn Hajar:

“Yang lebih tepat apa yang diriwayatkan oleh Nasa’i dan Abu Daud serta disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Usamah bin Zaid, dia berkata, saya bertanya:

“Wahai Rasulullah, saya tidak melihat tuan (sering) berpuasa dalam satu bulan seperti tuan berpuasa di bulan Sya’ban?" 

Baginda bersabda: “Itu adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rajab dan Ramadhan. Iaitu bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah, Tuhan seluruh alam. Maka aku ingin amalanku di angkat, aku dalam keadaan berpuasa.” [Dinyatakan hasan dalam Sahih An-Nasa’i, no. 2221].
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah ‎mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, ‎mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka ‎terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali ‎silaturrahim.
Adalah mendukacitakan, ramai yang tidak berdisiplin dalam memetik hadits-hadits Nabi sollallaahu alaihi wasallam tanpa mengira kethabitan iaitu kepastian tentang ketulenan sesebuah hadits, juga tidak meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadits terhadap kedudukannya. Lebih teruk lagi jika terus disebarkan kepada masyarakat tanpa menjelaskan kedudukannya.

Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadits maka mereka terus sandarkan kepada Nabi sollallaahu alaihi wasallam tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi sollallaahu alaihi wasallam dalam hadits yang yang diriwayatkan oleh Al-Mughirah bin Syu’bah:

إنَّ كذبًا عليَّ ليس ككذِبٍ على أَحَدٍ، من كذبَ عليَّ متعمدًا فليتبوَّأْ مقعدَهُ من النارِ. رواه البخاري 

Maksudnya:Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (HRBukhari dan Muslim).

Ini termasuk mendakwa Nabi sollallaahu alaihi wasallam bersabda berkenaa sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang Baginda tidak pernah melakukannya.

Hadits palsu ialah: “Hadits yang disandarkan kepada Nabi sollallaahu alaihi wasallam secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” [lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadits, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut].

Bukan sahaja membuat hadits palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadits palsu juga adalah sesuatu yang haram.

CONTOH AMALAN BID’AH DI BULAN SYAABAN
Apabila muncul bulan Rejab dan Sya’ban maka hadits-hadits palsu mengenainya  akan dibaca dan diajar secara meluas. Ramai penceramah, imam, khatib dan media massa menyebarkan hadits-hadits palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.

Antaranya hadits: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadan bulan umatku.” Begitu juga semua hadits mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu dan malam Nisfu Sya’ban adalah dusta ke atas Nabi sollallaahu alaihi wasallam.
Sebenarnya hadits sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Sya’ban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab persoalan berhubung dengan Malam Nisfu Sya’ban:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi sollallaahu alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.”
“Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabat, tabi‘en dan tabi’ taabi’en). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas al-Quran dan sunah, juga bercanggahan dan bertentang maknanya.”

“Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.”

“Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka”. [Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut].

Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadits al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak cukup mendalam ilmu haditsnya, sama ada ilmu riwayaah atau diraayah (mengenai teks hadits).

Mereka hanya membaca hadits yang mereka hafal dan memetiknya tanpa mengetahui dan cuba memastikan kedudukan hadits tersebut.

Oleh itu semua pihak yang membaca sesuatu hadits wajiblah memastikan dahulu kesahihannya.
 
KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN MENURUT HADITS
Hadits yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Sya’ban ialah:

 ( إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إلا لمشركٍ أو مُشاحنٍ ) عن أبي موسى الأشعري عبدالله بن قيس

Maksudnya: Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) [HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadits ini dalam Silsilah al-Ahadits al-Sahihah. jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh].

Hadits ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

 
HADITS-HADITS YANG LEMAH DAN PALSU TENTANG NISFU SYA’BAN
Berikut adalah beberapa contoh hadits-hadits lemah dan palsu tentang fadhilat malam Nisfu Sya’ban.
 
1. DHAIF JIDDA (tersangat lemah).

Daripada ‘Aisyah r.a, dia berkata: “Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam lalu saya keluar, ternyata baginda berada di Baqi’, lalu Rasulullah bersabda:

Apakah kamu takut padahal Allah dan Rasul-Nya melindungimu?” Saya (‘Aisyah) jawab: Ya Rasulullah, saya mengira engkau mendatangi sebahagian isterimu (yang lain).”

Baginda bersabda: “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah turun ke langit dunia lalu mengampuni lebih banyak dosa daripada banyaknya bulu kambing Bani Kalb.” [HR Imam Ahmad, Imam Tirmidzi. [Dhaif Jiddan].

2. HADITS MAUDHU’ (Palsu)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a, dia berkata Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bersabda: “Jika datang malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah pada malam harinya (untuk bersolat) dan berpuasalah pada waktu siangnya. Sesungguhnya pada saat itu sejak tenggelamnya matahari, Allah turun ke langit dunia seraya berfirman: “Ketahuilah, sesiapa yang meminta keampunan, maka Aku akan mengampuninya dan ketahuilah sesiapa yang meminta rezeki maka Aku akan memberinya, ketahuilah sesiapa yang sakit maka aku akan menyihatkannya, ketahui sesiapa yang begini aku akan begitu hingga terbit matahari. [HR Ibnu Majah  [Maudhu’].

3. HADITS MAUDHU’. (Palsu)
“Wahai ‘Ali, sesiapa yang solat seratus rakaat pada malam Nisfu Sya’ban, pada setiap rakaat membaca surah al-Fatihah dan Qul huwallahu ahad 10 kali, Nabi sollallaahu alaihi wasallam bersabda: “Ya ‘Ali, tidaklah seorang hamba yang solat seperti ini kecuali Allah akan memenuhi setiap setiap keinginan dan permintaanya pada malam itu…

Hadits ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al Jauzi di dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Lali al-Masnu’ah.

4. HADITS MAUDHU’. (Palsu)
“Sesiapa solat dua belas rakaat pada malam Nisfu Sya’ban dengan membaca pada setiap rakaatnya Qul huwallahu ahad 30 kali, tidak keluar hingga melihat tempat duduknya di syurga…”

Hadits ini adalah maudhu’ (palsu) sebagaimana dinyatakan Ibn al Jauzi di dalam al-Maudhu’aat, Ibn al Qayyim di dalam al-Manar al-Munif, al-Suyuthi di dalam al-Laali al-Masnu’ah.
Sebagai rujukan: Antara buku yang mengumpul hadits palsu tentang kelebihan bulan-bulan ialah buku: (Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi).

[Sumber: http://drmaza.com]

Bulan Rejab

REJAB : Bulan Rejab adalah bulan yang ke tujuh dalam kelendar Islam (hijriah). Banyak ‎fadhilat yang sepatutnya dikutip oleh umat Islam pada bulan ini.‎

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku ‎dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan ‎penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ‎ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,‎

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah

Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari ‎Allah

Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan ‎dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa ‎diakhirat dan fitnah dajjal‎

Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka ‎jahannam baginya

Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya‎

Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan ‎permintaannya

Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala ‎amalannya berlipat kali ganda

Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai ‎yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan ‎dan lebih dingin dari salji

Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada ‎bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.‎

Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ‎seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.‎

Doa Selepas Azan

Doa selepas azan atau iqamah adalah sebagaimana berikut;

(Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mii'ad.)


Maksudnya: "Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. "

Doa

DOA : Dalam Al-Quran banyak sekali kata-kata do'a dalam pengertian yang bebeza. Abû Al-‎Qasim Al-Naqsabandî dalam kitab syarah Al-Asmâ'u al-Husnâ menjelaskan beberapa ‎pengertian dari kata doa.‎
‎ ‎
Pertama : Do'a dalam pengertian "Ibadah." Seperti dalam Al-Quran surah Yûnûs ayat 106.‎
‎ ‎


Ertinya: "Dan janganlah kamu beribadah, kepada selain Allah, iaitu kepada sesuatu ‎yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepada engkau dan tidak pula mendatangkan ‎madarat kepada engkau." ‎

Maksud kata berdo'a di atas adalah ber-"ibadah" (menyembah). Iaitu jangan menyembah ‎selain daripada Allah, yakni sesuatu yang tidak memberikan manfaat dan tidak pula ‎mendatangkan madarat kepadamu. ‎

Kedua: Doa dalam pengertian "Istighatsah" (memohon bantuan dan pertolongan). Seperti ‎dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 23 dibawah ini.‎
‎ ‎


Ertinya: "Dan berdo'alah kamu (mintalah bantuan) kepada orang-orang yang dapat ‎membantumu."‎
‎ ‎
Maksud kata ber-"doa" (wad'u) dalam ayat ini, adalah "Istighatsah" (meminta bantuan, ‎atau pertolongan). Iaitu mintalah bantuan atau pertolongan dari orang-orang yang ‎mungkin dapat membantu dan memberikan pertolongan kepada kamu.‎
‎ ‎
Ketiga: Doa dalam pengertian "permintaan" atau "permohonan." Seperti dalam Al-Quran ‎surah Al-Mu'minûn ayat 60 dibawah ini.‎
‎ ‎


Ertinya: "Mohonlah (mintalah) kamu kepada-Ku, pasti Aku perkenankan (permintaan) ‎kamu itu." ‎

Maksud kata "Doa" (ud'ûnî) dalam ayat ini adalah, "memohon" atau "meminta." Iaitu, ‎mohonlah (mintalah) kepada Aku (Allah) nisscaya Aku (Allah) akan perkenankan ‎permohonan (permintaan) kamu itu. ‎



Keempat: Doa dalam pengertian "percakapan". Seperti dalam Al-Quran surah Yûnûs ayat ‎‎10 .‎

‎ ‎

Ertinya: "Doa (percakapan) mereka di dalamnya (surga), adalah Subhânakallâhumma ‎‎(Mahasuci Engkau wahai Tuhan)." ‎

Kelima: Doa dalam pengertian "memanggil." Seperti firman Allah dalam Al-Quran ‎dibawah ini. ‎



Ertinya: "Pada hari, dimana la mendoa (memanggil) kamu."‎
‎ ‎
Maksud kata "doa" (yad'û) dalam ayat ini adalah "memanggil." Iaitu, pada suatu hari, ‎dimana la (Tuhan) menyeru (memanggil) kamu. ‎

Keenam: Doa dalam pengertian "memuji." Seperti dalam Al-Quran surah Al-Isrâ' ayat ‎‎110 dibawah ini.‎
‎ ‎


Ertinya: "Katakanlah olehmu hai Muhammad: berdoalah (pujilah) akan Allah atau ‎berdoalah (pujilah), akan Ar-Rahmân (Maha penyayang)."‎
‎ ‎
Maksud kata "doa " (qulid'û) dalam ayat ini adalah "memuji". Iaitu, pujilah olehmu ‎Muhammad akan Allah atau pujilah olehmu Muhammad akan Al-Rahmân.‎
‎ ‎
Maka atas dasar uraian di atas dapat diambil kesimpulan bahawa "doa" adalah ucapan ‎permohonan dan pujian kepada Allah SWT. dengan cara-cara tertentu disertai ‎kerendahan hati untuk mendapatkan kemaslahatan dan kebaikan yang ada disisi-Nya. ‎Atau dengan istilah Al-Tîbî seperti dikutip Hasbi Al-Shidiq "do'a" adalah "Melahirkan ‎kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan kehajatan (kebutuhan) dan ketundukan ‎kepada Allah Swt."‎

HUKUM DAN DALIL

Berdoa merupakan suatu ibadah, bahkan menjadi otaknya ibadah. Kenapa doa menjadi ‎otaknya ibadah? Kerana, dengan berdoa jelas sekali memperlihatkan penghambaan ‎manusia kepada Allah. Dengan berdoa kepada Allah, maka terwujudlah: Allah, tempat ‎meminta, tempat memohon, sedang si hamba adalah makhluk yang hina dan selalu dalam ‎kekurangan.‎
‎ ‎
Kerana suatu ibadah, maka berdoa sangatlah dianjurkan (diperintahkan) oleh agama, ‎walaupun doa tidak memerlukan suatu syarat dan rukun yang ketat, seperti halnya ibadah ‎solat, zakat, dan puasa.‎
‎ ‎
Banyak firman Allah SWT. dan hadits Rasulullah SAW. yang menerangkan tentang doa ‎dan merintahkan orang-orang beriman agar berdoa di antaranya adalah sebagai berikut:‎
‎ ‎
Dalil dari Al-Quran

Surat Al-A'râf ayat 55-56 ‎


‎ ‎
Ertinya: "Mohonlah (berdoalah) kamu kepada Tuhanmu dengan cara merendahkan diri ‎dan cara halus, bahawasannya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui ‎batas; dan janganlah kamu berbuat kebinasaan di bumi (masyarakat) setelah ia baik; ‎dan mohonlah (berdoalah) kamu kepada Allah dengan rasa takut dan haloba (sangat ‎mengharap); bahawasannya rahmat Allah itu sangat dekat kepada orang-orang, yang ‎ihsan (Iman kepada Allah dan berbuat kebajikan)."‎
‎ ‎
Surah Al-Baqarah ayat 186‎
‎ ‎

‎ ‎
Ertinya: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau tentang Aku, maka ‎sesungguhnya Aku sangat dekat (kepada mereka). Aku perkenankan doa orang-orang ‎yang mendoa apabila ia memohon (mendoa) kepada-Ku. Sebab itu, hendaklah mereka ‎memenuhi (seruan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan ‎mereka mendapat petunjuk." ‎

Surah Al-Mu'min, ayat 60‎
‎ ‎

‎ ‎
Ertinya: "Dan berfirman Tuhanmu "Memohonlah (mendoalah) kepada-Ku, Aku pasti ‎perkenankan permohonan (doa) mu itu."‎
‎ ‎
Surah Al-A'râf, ayat 180:‎
‎ ‎


Ertinya: "Dan Allah mempunyai nama-nama yang sangat indah (Al-Asmâ'u al-Husnâ), ‎maka memohonlah kamu kepada-Nya dengan (menyebut) nama-nama itu."‎
‎ ‎
Surah Al-Isrâ', ayat 110‎


‎ ‎
Ertinya: "Katakanlah olehmu hai Muhammad: berdoalah (pujilah) akan Allah atau ‎berdoalah (pujilah), akan Ar-Rahmân (Maha penyayang)."‎
‎ ‎
Surah Yûnûs, ayat 10‎
‎ ‎

‎ ‎
Ertinya: "Doa (percakapan) mereka di dalamnya (surga), adalah Allâhumma (Mahasuci ‎Engkau wahai Tuhan)." ‎

Dalil dari Hadits

Diriwayatkan dari Abû Dâud dan Al-Turmudzî
‎ ‎


Ertinya: "Doa itu adalah lbadah‎
‎. ‎
Diriwayatkan dari Al-Turmudzî yang ertinya sebagai berikut:
‎"Barangsiapa dibukakan pintu doa untuknya, bererti telah dibukakan pula untuknya ‎segala pintu rahmat. Dan tidak dimohonkan kepada Allah, yang lebih disukai-Nya selain ‎daripada dimohonkan 'afiyah. Doa itu memberi manfaat terhadap apa yang telah ‎diturunkan dan apa yang belum diturunkan. Dan tak ada yang dapat menangkis ketetapan ‎Tuhan, kecuali Doa. Sebab itu berdoa kamu sekalian." (HR. Al-Turmudzî).‎

Diriwayatkan dari Al-Turmudzî
‎ ‎


Ertinya: "Tiap Muslim di muka bumi yang memohonkan suatu permohonan kepada Allah, ‎pastilah permohonannya itu dikabulkan Allah, atau dijauhkan Allah daripadanya sesuatu ‎kejahatan, selama ia mendoakan sesuatu yang tidak membawa kepada dosa atau ‎memutuskan kasih sayang." (HR Al-Thurmudzî).‎


FADHILAT DAN FAEDAH BERDOA



‎ ‎
Ertinya: "Tidak ada sesuatu yang paling mulia dalam pandangan Allah, selain daripada ‎‎"berdoa" kepada-Nya, sedangkan (walaupun) kita dalam keadaan lapang." (HR. Al-‎Hâkim),‎
‎ ‎

‎ ‎
Ertinya: "Doa itu senjata orang yang beriman, tiang tonggak agama, sinar cahaya langit ‎dan bumi."‎
‎ ‎
Al-Ghazali berkata bahawa faedah doa itu walaupun tidak dapat menolak qadha’ Tuhan, ‎adalah melahirkan khudhû' dan hajat kepada Allah. Selain itu berdoa juga dapat menjadi ‎sebab tertolaknya bencana, sebagai perisai, menjadi sebab untuk menangkis senjata dan ‎sebagai air menjadi sebab keluarnya tumbuh-tumbuhan dari bumi.‎
‎ ‎
Adapun faedah (manfaat) bagi orang-orang yang berdoa adalah sebagai berikut‎
‎ ‎
‎1.‎ Menghadapkan muka kepada Allah dengan tabarru'. ‎
‎2.‎ Mengajukan permohonan kepada Allah yang memiliki perbendaharaan yang tidak ‎akan habis-habisnya ‎
‎3.‎ Memperoleh naungan rahmat Allah. ‎
‎4.‎ Menunaikan kewajiban ta'at dan menjauhkan maksiat. ‎
‎5.‎ Membendaharakan sesuatu yang diperlukan untuk masa susah dan sempit. ‎
‎6.‎ Memperoleh kesukaan Allah. ‎
‎7.‎ Memperoleh hasil yang pasti. Kerana tiap-tiap doa itu dipelihara dengan baik di ‎sisi Allah. Maka adakalanya permohonan itu dipenuhi dengan cepat dan ‎adakalanya dibendaharakan untuk hari akhir. ‎
‎8.‎ Melindungi diri dari bala bencana. ‎
‎9.‎ Menolak bencana atau meringankan tekanannya. ‎
‎10.‎ Menjadi perisai guna menolak bala. ‎
‎11.‎ Menolak tipu daya musuh, menghilangkan kegundahan dan ‎
‎12.‎ Menghasilkan hajat serta memudahkan kesukaran. ‎

Nabi Saw. bersabda:‎
‎ ‎

‎ ‎
Ertinya: "Tuhanlah yang melepaskan kamu dari bencana-bencana yang disebabkan oleh ‎musuh-musuhmu dan Dia pulalah yang mencurahkan rezeki kepada kamu sekalian." ‎‎(HR. Abû Ya'lâ).‎

WAKTU DAN TEMPAT BERDOA

Ibnu 'Atha' menjelaskan doa itu mempunyai beberapa rukun (sendi) yang menyebabkan ‎teguh dan kuat berdirinya, mempunyai beberapa sayap yang menyebabkan ia naik ke ‎langit tinggi, mempunyai beberapa sebab yang menyebabkan diterimanya. Maka apabila ‎doa-doa itu dilekatkan di atas rukun-rukun (sendi-sendinya), maka kukuh dan tegaklah ‎berdirinya doa itu. Jika ia mempunyai sayap, maka terbanglah ia ke langit menuju ‎tujuannya dan jika ada sebabnya, maka diterimalah doa itu." ‎

Menurut Ibnu 'Atha', rukun-rukun doa itu, ialah: kehadiran hati bila berdoa, serta tunduk ‎menghinakan diri kepada Allah. ‎

Sayap-sayapnya, ialah: berdoa dengan sepenuh kemahuan dan keikhlasan yang timbul ‎dari lubuk jiwa dan bertepatan dengan waktunya. Sebab utama doa diterima ialah ‎berselawat kepada Nabi sebelum berdoa. ‎

Waktu-waktu untuk berdoa, ialah: ‎
‎1.‎ Pada bulan Ramadhan, terutama pada malam Lailatul Qadar. ‎
‎2.‎ Pada waktu wukuf di 'Arafah, ketika menunaikan ibadah haji. ‎
‎3.‎ Ketika turun hujan. ‎
‎4.‎ Ketika akan memulai solat dan sesudahnya. ‎
‎5.‎ Ketika menghadapi barisan musuh dalam medan peperangan. ‎
‎6.‎ Di tengah malam. ‎
‎7.‎ Di antara azan dan iqamat. ‎
‎8.‎ Ketika I'tidal yang akhir dalam solat. ‎
‎9.‎ Ketika sujud dalam solat. ‎
‎10.‎ Ketika khatam (tamat) membaca Al-Quran 30 Juz. ‎
‎11.‎ Sepanjang malam, utama sekali sepertiga yang akhir dan waktu sahur. ‎
‎12.‎ Sepanjang hari Jumaat, kerana mengharap berjumpa dengan saat ijabah (saat ‎diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari ‎pada hari Jumaat itu. ‎
‎13.‎ Antafa Zohor dengan 'Asar dan antara 'Asar dengan Maghrib. ‎
‎14.‎ Pada waktu pengajian (belajar) di suatu majlis. ‎
‎15.‎ Pada waktu minum air zam-zam. ‎

Nabi Saw. bersabda: ‎


‎ ‎
Ertinya: "Tuhan turun ke langit dunia, ketika malam telah tinggal sepertiga yang akhir. ‎Maka berkatalah Tuhan: Siapa-siapa yang mendoa kepada-Ku, maka Aku perkenankan ‎doanya. Siapa yang minta ampun kepada-Ku, maka Aku ampuni dia." (HR. Bukhârî dan ‎Muslim). ‎


‎ ‎
Ertinya: "Pada waktu malam, sesungguhnya ada suatu saat, dimana jika seseorang ‎Muslim memohon kepada Allah suatu kebajikan dunia dan akhirat ketika itu, nescaya ‎Allah mengabulkannya." (HR. Muslim). ‎


‎ ‎
Ertinya: "Mendoalah di saat doa itu diperkenankan Tuhan; iaatu: di saat berjumpa ‎pasukan-pasukan tentara (bertempur), ketika hendak mendirikan solat dan ketika turun ‎hujan." (HR. Al-Syâfi'i).‎



Ertinya: "Tidak ditolak suatu doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat. (HR. Al-‎Turmudzî). ‎


‎ ‎
Ertinya: "Inginkah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menyelamatkan kalian dari ‎musuh-musuh dan memudahkan rezeki bagi kalian? Maka berdoalah kalian kepada Allah ‎diwaktu malam dan diwaktu siang. Kerana sesunggunya doa itu adalah senjata orang ‎mukmin." (HR. Abû Ya'lâ). ‎


‎ ‎
Ertinya: "Ditanyakan orang kepada Rasulullah Saw. Wahai Rasulullah, manakah doa ‎yang paling didengar Allah."? Rasulullah menjawab: "Doa d itengah malam dan doa ‎setelah solat wajib." (HR. Al-Turmudzî)‎.‎

‎ ‎
Ertinya: "Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ‎ketika sujud. Maka perbanyaklah doa (ketika itu)." (HR. Muslim).‎
‎ ‎

‎ ‎
Ertinya: "Allah mempunyai nama-nama yang baik, maka berdoalah kepada-Nya dengan ‎menyebut nama-nama tersebut. Dan tinggalkanlah (cara-cara) orang-orang yang ‎menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan ‎mendapat balasan terhadap apa yang mereka kerjakan." (Al-A'râf: 180)‎
‎ ‎
TEMPAT YANG BAIK UNTUK BERDOA
‎ ‎
‎1.‎ Di kala melihat Ka'bah. ‎
‎2.‎ Di kala melihat masjid Rasulullah Nabi di Madinah. ‎
‎3.‎ Di tempat dan di kala melakukan Tawaf. ‎
‎4.‎ Di sisi Multazam. ‎
‎5.‎ Di dalam Ka'bah. ‎
‎6.‎ Di sisi telaga Zamzam. ‎
‎7.‎ Di belakang Maqam Ibrahim. ‎
‎8.‎ Di atas bukit Sofa dan Marwah. ‎
‎9.‎ Di 'Arafah, di Muzdalifah, di Mina dan di sisi mana-mana Jamrah. ‎

Di tempat-tempat yang mulia lainnya, seperti di Masjid dan tempat-tempat peribadatan ‎lainnya.‎

Solat Syiddatul Khauf

SOLAT SYIDDATUL KHAUF : Iaitu solat dalam keadaan yang sangat takut. Apabila datang ketika sangat ketakutan dan tidak mungkin dapat membahagi pasukan muslimin kerana banyaknya musuh, atau yang seumpamanya dan berkecamuknya peperangan, jadi seandainya sedang naik kenderaan tidak dapat turun, dan seandainya sedang berjalan kaki tidak dapat berbelok, maka para muslimin boleh melakukan solat dengan berjalan kaki ataupun naik kendaraan, menghadap kiblat ataupun tidak, sambil berlari, merangkak atau meniarap. Allah Ta’ala berfirman:

“]ika kamu sekalian dalam ketakutan, kamu sekalian boleh solat dengan berjalan kaki atau naik kendaraan.” (Al-Baqarah: 239)

Ibnu ‘Umar r.a. berkata bahawa baik menghadap kiblat ataupun tidak. Demikian juga erti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dan Nafi', iaitu hamba merdeka dari lbnu ‘Umar r.a. Nafi' mengatakan: “Aku mengi’tikadkan bahawa lbnu ‘Umar tentu menyebutkan yang demikian itu dari Nabi Muhammad (S.A.W.)”.

Al-Mawardi mengatakan bahawa perkataan Ibnu ‘Umar itu diriwayatkan oleh Imam Syafi’i dengan sanad dari Nabi Muhammad (S.A.W.). Para Ulama Mazhab Syafi’i mengatakan: Para muslimin solat sedapat-dapatnya dan tidak boleh mengakhirkan solat dari waktunya. Para muslimin yang menjalani solat menurut cara ini tidak wajib mengulangi solatnya.

Ahli Perang Badar

AHLI PERANG BADAR : Iaitu mereka yang mengikuti peperangan Badar yang merupakan peperangan pertama dalam Islam. Tentera Islam ketika itu berjumlah 313 orang atau 314 orang menetang Kaum Kafir Quraisy dengan angkatan tentera seramai 1000 orang.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:‎
‎“Demi jiwa Muhammad yang berada dalam genggaman tanganNYA, pada hari ini tidak ‎ada seorang pun yang memerangi mereka dengan sabar, mengharap redha ALLAH, dan ‎maju tanpa mundur melainkan ALLAH memasukkannya ke dalam syurga." ‎

Sebagaimana yang diriwayatkan dari Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam al-‎Maufiri, berikut adalah senarai Ahli Badar:- ‎


KAUM MUHAJIRIN (PENDUDUK MAKKAH)‎

‎1. Rasulullah, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim,‎
‎2. Hamzah bin Abdul Muthalib bin Hasyim (Singa Allah),‎
‎3. Ali bin Abi Talib bin Abdul Muthallib bin Hasyim,‎
‎4. Zaid bin Harithah bin Syurahbill bin Kaab bin Abdul Uzza bin Umrul Qais al-Kalbi,‎
‎5. Anasah (bekas hamba Rasulullah s.a.w),‎
‎6. Abi Kabsyah (bekas hamba Rasulullah s.a.w),‎
‎7. Abi Martsad Kannaz bin Hishn bin Yarbuu’ bin Amr bin Yarbu’ bin Kharsyah ‎
‎8. Martsad bin Abu Martsad (Kannaz),‎
‎9. Ubaidah bin al-Harits bin al-Muthalib,‎
‎10. at- Tufail bin al-Harits,‎
‎11. al-Hushain bin al-Harits,‎
‎12. Misthat atau Auf bin Utsatsah bin Abbad bin al-Muuthalib,‎
‎13. Uthman bin Affan bin Abi al-Ash bin Umaiyyah bin Abdu Syams,‎
‎14. Mihsyam atau Abu Hudzaifah bin Utbah bin Rabi’ah bin Abdu Syams,‎
‎15. Salim (bekas hamba Abu Hudzaifah),‎
‎16. Abdullah bin Jahsy bin Ri’ab bin Ya’mur bin Shabrah bin Murrah bin Kabir bin ‎
‎17. ‘Ukkasyah bin Mihshan bin Hurtsan bin Qais bin Murrah bin Kabir
‎18. Syuja’ bin Wahb bin Rabi’ah bin Asad bin Shuhaib bin Malik bin Kabir ‎
‎19. ‘Uqbah bin Wahb,‎
‎20. Yazid bin Ruqaisy bin Ri’ab bin Ya’mur bin Shabrah bin Murrah bin Kabir
‎21. Abi Sinan bin Mihshan bin Hurtsan bin Qais,‎
‎22. Sinan bin Abi Sinan,‎
‎23. Muhriz bin Nadhlah bin Abdullah bin Murrah bin Kabir bin Ghanm
‎24. Rabi’ah bin Aktam bin Sakhbarah bin ‘Amr bin Lukaiz, bin Amir ‎
‎25. Tsaqfu bin ‘Amr,‎
‎26. Malik bin ‘Amr,‎
‎27. Mudlij bin ‘Amr,‎
‎28. Abi Makhsyi,‎
‎29. ‘Utbah bin Ghazwan bin Jabir bin Wahb bin Nusaib bin Malik bin al-Harits
‎30. Khabbab‎
‎31. Az-Zubair bin al-‘Awwam bin Khuwailid bin Asad,‎
‎32. Hathib bin Abi Balta’ah,‎
‎33. Sa’ad,‎
‎34. Mush’ab bin Umair bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Abdu ad-Daar bin Qushai,‎
‎35. Shuwaibith bin Sa’ad bin Huraimalah bin Malik bin ‘Umailah bin as-Sabbaq bin ‎Abdul ad-Daar bin Qushai,‎
‎36. Abdul Rahman bin ‘Auf bin Abdu ‘Auf bin Abdul Harits bin Zuhrah,‎
‎37. Sa’ad bin Abi Waqqash/ Malik bin Uhaib bin Abdul Manaf bin Zuhrah,‎
‎38. ‘Umair bin Abi Waqqash,‎
‎39. Al-Miqdad bin ‘Amr bin Tha’labah bin Malik bin Rabi’ah bin Tsumamah bin ‎Mathrud bin Amr bin Sa’ad bin Zuhair bin Tsaur bin Tsa’labah bin Malik bin as-Syarid ‎bin Hazl bin Qa’isy bin Dueaim bin al-Qain bin Ahwad bin Bahra’ bin ‘Amr bin al-Haf ‎bin Qudha’ah,‎
‎40. Abdullah bin Mas’ud bin al-Harits bin Syamkhu bin Mahkzum bin Shahilah bin Kahil ‎bin al-Harits bin Tamim bin Sa’ad bin Hudzail,‎
‎41. Mas’ud bin Rabi’ah bin ‘Amr bin Sa’ad bin Abdul ‘Uzza bin Hamalah bin Ghalib bin ‎Muhallim bin’A’idzah bin Subay’i bin al-Hun bin Khuzaimah,‎
‎42. Dzu as-Syamalain bin Abdu ‘Amr bin Nadhlah bin Ghubsyan bin Sulaim bin ‎Malkkan bin Afsha bin Haritsah bin ‘Amr bin Amir,‎
‎43. Khabbab bin al-Arat,‎
‎44. Abu Bakar as-Siddiq, Atiq bin Uthman bin ‘Amir bin Amr bin Ka’ab bin Sa’ad bin ‎Taim,‎
‎45. Bilal bin Rabah,‎
‎46. ‘Amir bin Fuhairah,‎
‎47. Shuhaib bin Sinan,‎
‎48. Thalhah bin ‘Ubaidillah bin Uthman bin ‘Amr bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim,‎
‎49. Abdullah bin Abdul Asad bin Hilal bin Abdullah bin Umar bin Makhzum,‎
‎50. Syammas bin Uthman bin as-Syarid bin Suwaid bin Harmi bin ‘Amir bin Makhzum,‎
‎51. al-Arqam bin Abi al-Arqam / Abdul Manaf bin Asad,‎
‎52. ‘Ammar bin Yasir,‎
‎53. Mu’attib bin ‘Auf bin ‘Amir bin al-Fadhl bin Afif bin Kulaib bin Hubsyiyah bin Salul ‎bin Ka’ab bin ‘Amr,‎
‎54. Umar bin Khattab bin Nufail bin Abdul ‘Uzza bin Riyah bin Abdullah bin Qurthu bin ‎Razah bin ‘Adiy,‎
‎55. Zaid bin Khattab,‎
‎56. Mihja’,‎
‎57. ‘Amr bin Suraqah bin al-Mu’tamir bin Anas bin Adat bin Abdullah bin Qurthu bin ‎Riyah bin Rizah bin ‘Adiy bin Ka’ab,‎
‎58. Abdullah bin Suraqah,‎
‎59. Waqid bin Abdullah bin Abdul Manaf bin ‘Arin bin Tsa’labah bin Yarbu’ bin ‎Handzalah bin Malik bin Zaid bin Manat bin Tamim,‎
‎60. Khauli bin Abi Khauli,‎
‎61. Malik bin Abi Khauli,‎
‎62. ‘Amir bin Rabi’ah,‎
‎63. ‘Amir bin al-Bukair bin Abdul Yalail bin Nasyib bin Ghiyarah,‎
‎64. ‘Aqil bin al-Bukair,‎
‎65. Khalid bin al-Bukair,‎
‎66. Iyas bin al-Bukair,‎
‎67. Sa’id bin Zaid bin “amr bin Nufail bin Abdul ‘Uzza bin Abdullah bin Qurthu bin ‎Riyah bin Rizah bin ‘Adiy bin Ka’ab,‎
‎68. Uthman bin Madz’un bin Habib bin Wahb bin Hudzafah bin Jumah,‎
‎69. as-Sa’ib bin Uthman,‎
‎70. Qudamah bin Madz’un,‎
‎71. Abdullah bin Madz’un,‎
‎72. Ma’mar bin al-Harits bin Ma’mar bin Habib bin Wahb bin Hudzafah bin Jumah,‎
‎73. Khunais bin Judzafah bin Qais bin ‘Adiy bin Sa’id bin Sahm,‎
‎74. Abi Sabrah bn Abi Ruhm bin Abdul ‘Uzza bin Abi Qais bin Abdul Wudd bin Nashr ‎bin Malik bin Hisl,‎
‎75. Abdullah bin Mahkhramah bin Abdul ‘Uzza bin Abi Qais bin Abdu Wudd bin Nashr ‎bin Malik,‎
‎76. Abdullah bin Suhail bin ‘Amr bin Abdu Syams bin Abdul Wudd bin Nashr bin Malik ‎bin Hisl,‎
‎77. ‘Umair bin ‘Auf,‎
‎78. Sa’ad bin Khaulah,‎
‎79. Abu ‘Ubaidah/ ‘Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin ‎al-Harits,‎
‎80. ‘Amr bin al-Harits bin Zuhair bin Abi Syaddad bin Rabi’ah bin Hilal bin Uhaib bin ‎Dhabbah bin al-Harits,‎
‎81. Suhail bin Wahb bin Rabi’ah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin al-Harits,‎
‎82. Shafwan bin Wahb,‎
‎83. ‘Amr bin Abi Sarh bin Rabi’ah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin al-Harits,‎

KAUM ANSAR (PENDUDUK MADINAH)

‎84. Sa’ad bin Mu’adz bin an-Nu’man bin Umrul Qais bin Zaid bin Abdul Asyhal,‎
‎85. ‘Amr bin Mu’adz bin an-Nu’man,‎
‎86. al-Harits bin Aus bin Mu’adz bin an-Nu’man,‎
‎87. al-Harist bin Anas bin Rafi’ bin Umru’ul Qais,‎
‎88. Sa’ad bin Zaid bin Malik bin ‘Ubaid,‎
‎89. Salamah bin Salamah bin Waqash bin Zughbah bin Za’ura,‎
‎90. Abbad bin Bisyr bin Waqasy bin Zughbah bin Za’ura,‎
‎91. Salamah bin Tsabit bin Waqasy,‎
‎92. Rafi’ bin Yazid bin Kurs bin Sakan bin Za’ura,‎
‎93. al-Harits bin Khazamah bin ‘Adiy bin Ubai bin Ghanm bin Salim bin ‘Auf bin ‘Amr ‎bin ‘Auf bin al-Khazraj,‎
‎94. Muhammad bin Maslamah bin Khalid bin ‘Adiy bin Majda’ah bin Haritsah bin al-‎Harits,‎
‎95. Salamah bin Aslam bin Harisy bin ‘Adiy bin Majda’ah bin Haritsah bin al-Harits,‎
‎96. Abu al-Haitsam bin at-Taiyahan,‎
‎97. Ubaid bin Taiyahan,‎
‎98. Abdullah bin Sahl,‎
‎99. Qatadah bin Nu’man bin Zaid bin ‘Amir bin Sawad,‎
‎100. Ubaid bin Aus bin Malik bin Sawad,‎
‎101. Nashr bin al-Harits bin ‘Abd,‎
‎102. Mu’attiib bin ‘Abd,‎
‎103. Abdullah bin Thariq,‎
‎104. Mas’ud bin Sa’ad bin ‘Amir bin ‘Adiy bin Jusyam bin Majda’ah bin Haritsah,‎
‎105. Abu ‘Absu bin Jabr bin ‘Amr bin Zaid bin Jusyam bin Majda’ah bin Haritsah,‎
‎106. Abu Burdah bin Niyar,‎
‎107. ‘Ashim bin Tsabit bin Qais bin Ishmah bin Malik bin Amah bin Dhubai’ah,‎
‎108. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail bin Zaid bin al-Aththaf bin Dzubbai’ah,‎
‎109. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid bin al-Aththaf bin Dhubai’ah,‎
‎110. ‘Amr bin Ma’bad bin al-Az’ar bin Zaid bin al-Athtaf bin Dhubai’ah,‎
‎111. Shal bin Hunaif bin Wahb bin al-Ukaim bin Tsa’labah bin Majda’ah bin al-Harits ‎bin ‘Amr,‎
‎112. Mubasysyir bin Abdul Mundzir bin Zanbar bin Zaid bin Umaiyyah,‎
‎113. Rifa’ah bin Abdul Mundzir bin Zanbar,‎
‎114. Sa’ad bin Ubaid bin an-Nu’man bin Qais bin ‘Amr bin Zaid bin Umaiyyah,‎
‎115. ‘Uwaim bin Sa’idah,‎
‎116. Rafi’ bin ‘Unjadah,‎
‎117. ‘Ubaid bin Abu ‘Ubaid,‎
‎118. Tsa’labah bin Hathib,‎
‎119. Abi Lubabah bin Abdul Mundzir,‎
‎120. al-Harits bin Hathib,‎
‎121. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah bin Khalid bin al-Harits bin ‘Ubaid,‎
‎122. Ma’nu bin ‘Adi bin al-Jaddi bin al-‘Ajlan bin Dhubai’ah,‎
‎123. Tsabit bin Aqram bin Tsa’labah bin ‘Adiy bin al-‘Ajlan,‎
‎124. Abdullah bin Salamah bin Malik bin al-Harits bin ‘Adiy bin al-‘Ajlan,‎
‎125. Zaid bin Ashlam bin Tsa’labah bin ‘Adiy bin al-‘Ajlan,‎
‎126. Rab’iy bin Rafi’ bin Zaid bin Haritsah bin al-Jaddi bin al-‘Ajlan,‎
‎127. ‘Ashim bin ‘Adiy bin al-Jaddi bin al-‘Ajlan,‎
‎128. Abdullah bin Jubair bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin al-Burak,‎
‎129. ‘Ashim bin Qais bin Tsabit bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin Umru’ul Qais bin ‎Tsa’labah,‎
‎130. Abu Dhayyah bin Tsabit bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin Umru’ul Qais bin ‎Tsa’labah,‎
‎131. Abu Hannah,‎
‎132. Salim bin ‘Umair bin Tsabit bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin Umru’ul Qais bin ‎Tsa’labah,‎
‎133. al-Harits bin an-Nu’man bin Umaiyyah bin Umru’ul Qais bin Tsa’labah,‎
‎134. Khawwath bin Jubair bin an-Nu’man,‎
‎135. Mundzir bin Muhammad bin ‘Uqbah bin Uhaihah bin al-Julah bin al-Harisy bin ‎Jahjaba bin Kulfah,‎
‎136. Abu ‘Aqil bin Abdullah bin Tsa’labah bin Baihan bin ‘Amir bin al-Harits bin Malik ‎bin ‘Amir bin Unaif bin Jusyam bin Abdullah bin Taim bin ‘Irasy bin ‘Amr bin ‘Umailah ‎bin Qasmil,‎
‎137. Sa’ad bin Khaitsamah bin al-Harits bin Malik bin Ka’ab bin an-Nahhath bin Ka’ab ‎bin Haritsah bin Ghanm,‎
‎138. Mindzir bin Qudamah bin ‘Arfajah,‎
‎139. Malik bin Qudamah bin ‘Arfajah,‎
‎140. al-Harits bin ‘Arfajah,‎
‎141. Tamim,‎
‎142. Jabr bin ‘Atik bin al-Harits bin qais bin Haisyah bin al-Harits bin Umaiyyah bin ‎Mua’wiyyah,‎
‎143. Malik bin Numailah,‎
‎144. an-Nu’man bin ‘Ashar,‎
‎145. Kharijah bin Zaid bin Abii Zuhair bin Malik bin Umru’ul Qais,‎
‎146. Sa’ad bin Rabi’ bin ‘Amr bin Abi Zuhair bin Malik Bin Umru’ul Qais,‎
‎147. Abdullah bin Rawahah bin Tsa’labah bin Umru’ul Qais bin ‘Amr bin Umru’ul Qais,‎
‎148. Khallad bin Suwaid bin Tsa’labah bin ‘Amr bin Haritsah bin Umru’ul Qais,‎
‎149. Basyir bin Sa’ad bin Tsa’labah bin Khilas bin Zaid,‎
‎150. Simak bin Sa’ad,‎
‎151. Subay’i bin Qais bin ‘Aisyah bin Umaiyyah bin Malik bin ‘Amir bin ‘Adiy,‎
‎152. ‘Abbad bin Qais bin ‘Aisyah,‎
‎153. Abdullah bin ‘Absu,‎
‎154. Yazid bin al-Harits bin Qais bin Malikk bin Ahmar,‎
‎155. Khubaib bin Isaf bin ‘Itabah bin ‘Amr bin Khadij bin ‘Amir bin Jusyam,‎
‎156. Abdullah bin Zaid bin Tsa’labah bin Abdu Rabbih bin Zaid,‎
‎157. Huraits bin Zaid bin Tsa’labah,‎
‎158. Sufyan bin Basyir,‎
‎159. Tamim bin Ya’ar bin Qais bin ‘Adiy bin Umaiyyah bin Jidarah,‎
‎160. Abdullah bin Umair,‎
‎161. Zaid bin al-Muzayyin bin Qais bin ‘Adi bin Umaiyyah bin Jidarah,‎
‎162. Abdullah bin ‘Urfuthah bin ‘Adiy bin Umaiyyah bin Jidarah,‎
‎163. Abdullah bin Rabi’ bin Qais bin ‘Amr bin ‘Abbad bin al-Abjar,‎
‎164. Abdullah bin Abdullah bin Ubai bin Malik bin al-Harits bin ’Ubaid,‎
‎165. ‘Aus bin Khauli bin Abdullah bin al-Harits bin ‘baid,‎
‎166. Zaid bin Wadi’ah bin ‘Amr bin Qais bin Jaz’i,‎
‎167. ‘Uqbah bin Wahb bin Kaladah,‎
‎168. Rifa’ah bin ‘Amr bin Zaid bin Tsa’labah bin Malik bin Salim bin Ghanm,‎
‎169. ‘Amir bin Salamah bin ‘Amir,‎
‎170. Abu Humaidhah bin Ma’bad bin ‘Abbad bin Qusyair bin al-Muqaddam bin Salim ‎bin Ghanm,‎
‎171. ‘Amir bin Bukair,‎
‎172. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah bin Malik bin al-‘Ajlan,‎
‎173. ‘Ubadah bin as-Shamit bin Qais bin Ashram,‎
‎174. Aus bin as-Samit,‎
‎175. an-Nu’man bin Malik bin Tsa’labah bin Da’du,‎
‎176. Tsabit bin Hazzal bin ‘Amr bin Qaryusy,‎
‎177. Malik bin ad-Dukhsyum bin Mardhakhah,‎
‎178. Rabi’ bin Iyas bin Amr bin Ghanm bin Umaiyyah bin Laudzan,‎
‎179. Waraqah bin Iyas,‎
‎180. ‘Amr bin Iyas,‎
‎181. al-Mujadzdzar bin Dziyad bin ‘Amr bin Zumzumah bin ‘Amr bin ‘Umarah bin ‎Malik bin Ghushainah bin ‘Amr bin Butairah bin Masynuwwi bin Qasr bin Taim bin ‎Irasy bin ‘Amir bin Ilhaf bin Qudha’ah,‎
‎182. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy bin ‘Amr bin Zumzumah,‎
‎183. Nahhab bin Tsa’labah bin Khazamah bin Ashram bin ‘Amr bin ‘Ammarah,‎
‎184. Abdullah bin Tsa’labah bin Khazamah bin Ashram,‎
‎185. ‘Uthbah bin Rabi’ah binKhalid bin Mu’awiyyah,‎
‎186. Abu Dujanah Simak bin Kharasyah,‎
‎187. al-Mundzir bin ‘Amr bin Khunais bin Haritsah bin Laudzan bin Abdu Wudd bin ‎Zaid bin Tsa’labah,‎
‎188. Abu ‘Usaid bin Malik bin Rabi’ah bin al-Badiyyi,‎
‎189. Malik bin Mas’ud,‎
‎190. Abdu Rabbih bin Haq bin Aus bin Waqasy bin Tsa’labah,‎
‎191. Ka’ab bin Himar bin Tsa’labah,‎
‎192. Dhamrah bin ‘Amr,‎
‎193. Ziyad bin ‘amr,‎
‎194. Basbas bin ‘Amr,‎
‎195. Abdullah bin ‘Amir,‎
‎196. Khiras bin as-Shimmah bin ‘Amr bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,‎
‎197. al-Hubab bin al-Mundzir bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,‎
‎198. ‘Umair bin al-Humam bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,‎
‎199. Tamim (bekas hamba Khirasy bin as-Shimmah),‎
‎200. Abdullah bin ‘Amr bin Haram bin Tsa’labah bin Haram,‎
‎201. Muadz bin ‘Amr bin al-Jamuh,‎
‎202. Muawwidz bin ‘Amr bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,‎
‎203. Khallad bin ‘Amr bin al-Jamuh bin Zaid bin Haram,‎
‎204. ‘Utbah bin ‘Amir bin Nabi bin Zaid bin Haram,‎
‎205. Habib bin Aswad (Bekas hamba Bani Haram),‎
‎206. Tsabit bin Tsa’labah bin Zaid bin al-Harits bin Haram bin Tsa’labah,‎
‎207. ‘Umair bin al-Harits bin Tsa’labah bin al-Harits bin Haram,‎
‎208. Bisyr bin al-Barra’ bin Ma’rur bin Shakhr bin Malik bin Khansa’,‎
‎209. at-Thufail bin Malik bin Khansa’,‎
‎210. at-Thufail bin an-Nu’man bin Khansa’,‎
‎211. Sinan bin Shaifi bin Sakhr bin Khansa’,‎
‎212. Abdullah bin al-Jadd bin Qais bin Shakhr bin Khansa’,‎
‎213. ‘Utbah bin Abdullah bin Sakhr bin Khansa’,‎
‎214. Jabbar bin Shakhr bin Umaiyyah bin Khansa’,‎
‎215. Kharijah bin Humaiyir,‎
‎216. Abdullah bin Humaiyir,‎
‎217. Yazid bin al-Mundzir bin Sarh bin Khunas,‎
‎218. Ma’qil bin al-Mundzir bin Sarh bin Khunas,‎
‎219. Abdullah bin an-Nu’man bin Baldamah,‎
‎220. ad-Dhahhak bin Haritsah bin Zaid bin Tsa’labah bin ‘Ubaid bin ‘Adiy,‎
‎221. Sawad bin Zuraiq bin Tsa’labah bin ‘Ubaid bin ‘Adiy,‎
‎222. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram bin Rabi’ah bin ‘Adiy bin Ghhanm bin Ka’ab ‎bin Salimah,‎
‎223. Abdullah bin Qais bin Shakhr bin Haram bin Rabi’ah bin ‘Adi bin Ghanm,‎
‎224. Abdullah bin Abdul Manaf bin an-Nu’man,‎
‎225. Jabir bin Abdullah bin Ri’ab bin an-Nu’man,‎
‎226. Khulaidah bin Qais bin an-Nu’man,‎
‎227. an-Nu’man bin Sinan (bekas hamba Bani Nu’man),‎
‎228. Yazid bin ‘Amir bin Hadidah (Abu al-Mundzir),‎
‎229. Sulaim bin ‘Amr bin Hadidah,‎
‎230. Quthbah bin ‘Amir bin Hadidah,‎
‎231. ‘Antarah (bekkas hamba Sulaim bin ‘Amr),‎
‎232. ‘Absu bin ‘Amir bin ‘Adiy,‎
‎233. Tsa’labah bin Ghanamah bin ‘Adiy,‎
‎234. Abu al-Yasar atau Ka’ab bin ‘Amr bin ‘Abbad bin ‘Amr bin Ghanm bin Sawad,‎
‎235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qain bin Ka’ab bin Sawad,‎
‎236. ‘Amr bin Thalq bin Zaid bin Umaiyyah bin Sinan bin Ka’ab bin Ghanm,‎
‎237. Mu’adz bin Jabal bin ‘Amr bin Aus bin ‘A’idz bin ‘Adiy bin Ka’ab bin ‘Adi bin ‎‎‘Udaiyyi bin Sa’ad bin ‘Ali bin Asad bin Saridah bin Tazid bin Jusyam bin al-Khazraj ‎bin Haritsah bin Tsa’labah bin ‘Amr bin ‘Amir,‎
‎238. Qais bin Mihshan bin Khalid bin Mukhallad,‎
‎239. Abi Khalid atau al-Harits bin Qais bin Khalid bin Mukhallad,‎
‎240. Jubair bin Iyas bin Khalid bin Mukhallad,‎
‎241. Abu ‘Ubadah atau Sa’ad bin Uthman bin Khaladah bin Mukhallad,‎
‎242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah bin Mukhallad,‎
‎243. Dzakwan bin Abdu Qais bin Khaladah bin Mukhallad,‎
‎244. Mas’ud bin Khaladah bin ‘Amir bin Mukhallad,‎
‎245. ‘Abbad bin Qais bin ‘Amir bin Khalid,‎
‎246. As’ad bin Yazid bin al-Fakih bin Zaid bin Khaladah,‎
‎247. al-Fakih bin Bisyr bin al-Fakih bin Zaid bin Khaladah,‎
‎248. Mu’adz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah,‎
‎249. ‘A’idz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah,‎
‎250. Mas’ud bin Sa’ad bin Qais bin Khaladah,‎
‎251. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-‘Ajlan,‎
‎252. Khallad bin Rafi’ bin Malik bin ‘Ajlan,‎
‎253. ‘Ubaid bin Zaid bin ‘Amir bin al-‘Ajlan,‎
‎254. Ziyad bin Lubaid bin Tsa’labah bin Sinan bin ‘Amir bin ‘Adiy bin Umaiyyah bin ‎Baydhah,‎
‎255. Farwah bin ‘Amr bin Wazfah bin ‘Ubaid bin ‘Amir bin Baydhah,‎
‎256. Khalid bin Qais bin Malik bin al-‘Ajlan bin ‘Amir bin Baydhah,‎
‎257. Rujailah bin Tsa’labah bin Khalid bin Tsa’labah bin ‘Amir bin Bayadhah,‎
‎258. ‘Athiyyah bin Nuwairah bin ‘Amir bin ‘Athiyyah bin ‘Amir bin Bayadhah,‎
‎259. Khulaifah bin ‘Adiy bin ‘Amr bin Malik bin ‘Amir bin Fuhairah bbin Bayadhah,‎
‎260. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Laudzan bin Haritsah bin ‘Adiy bin Zaid bin Tsa’labah bin ‎Zaid Manat bin Habib,‎
‎261. Abi Ayyub Khalid bin Zaid bin Kulaib bin Tsa’labah,‎
‎262. Tsabit bin Khalid bin an-Nu’man bin Khansa’ bin ‘Usairah,‎
‎263. ‘Umarah bin Hazm bin zaid bin Laudzan bin ‘Amr,‎
‎264. Suraqah bbiin Ka’ab bin Abdul ‘Uzza bin Ghaziyyah bin ‘Amr,‎
‎265. Haritsah bin an-Nu’man bin Zaid bin ‘Ubaid,‎
‎266. Sulaim bin Qais bin Qahdu bin Qais bin ‘Ubaid,‎
‎267. Suhail bin Rafi’ bin Abi ‘Amr bin ‘A’idz,‎
‎268. ‘Adiy bin Abu az-Zaghba’,‎
‎269. Mas’ud bin Aus bin Zaid,‎
‎270. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid bin Ashram bin Zaid,‎
‎271. Rafi’ bin al-Harits bin Sawad bin Zaid,‎
‎272. ‘Auf bin al-Harits bin Rifa’ah bin Sawad,‎
‎273. Mu’awwidz bin al-Harits bin Rifa’ah bin Sawad,‎
‎274. Mu’adz bin al-Harits bin Rifa’ah bin Sawad,‎
‎275. an-Nu’man bin ‘Amr bin Rifa’ah bin Sawad,‎
‎276. ‘Amir bin Mukhallad bin al-Harits bin Sawad,‎
‎277. Abdullah bin Qais bin Khalid bin Khaladah bin al-Harits bin Sawad,‎
‎278. ‘Ushaimah,‎
‎279. Wadi’ah bin ‘Amr,‎
‎280. Tsabit bin ‘Amr bin Zaid bin ‘Adiy bin Sawad,‎
‎281. Abu al-Hamra’ (bekas hamba al-Harits),‎
‎282. Tsa’labah bin ‘Amr bin Mihshan bin ‘Amr bin ‘Atik,‎
‎283. Sahl bin ‘Atik bin ‘Amr bin Nu’man bin ‘Atik,‎
‎284. al-Harits bin as-Shimmah bin ‘Amr bin ‘atik,‎
‎285. Ubai bin Ka’ab bin Qais,‎
‎286. Anas bin Mu’adz bin Anas bin Qais,‎
‎287. Aus bin Tsabit bin al-Mundzir bin Haram bin ‘Amr bin Zaid Manat bin ‘Adiy,‎
‎288. Abu Syeikh Ubai bin Tsabit bin al-Mundzir bin Haram bin ‘Amr bin Zaid Manat bin ‎‎‘Adiy,‎
‎289. Abi Thalhah atau Zaid bin Sahl bin al-Aswad bin Haram bin ‘Amr bin Zaid Manat ‎bin ‘Adiy,‎
‎290. Haritsah bin Suraqah bin al-Harits bin ‘Adiy bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,‎
‎291. ‘Amr bin Tsa’labah bin Wahb bin ‘Adiy bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,‎
‎292. Salith bin Qais bin ‘Amr bin ‘Atik bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,‎
‎293. Abi Salith atau ‘Usairah bin ‘Amr,‎
‎294. ‘Amr Abi Kharijah bin Qais bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,‎
‎295. Tsabit bin Khansa bin ‘Amr Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,‎
‎296. Muhriz bin ‘Amir bin Malik bin ‘Adiy bin ‘Amir,‎
‎297. Sawad bin Ghaziyyah bin Uhaib,‎
‎298. Abi Zaid bin Qais bin Sakan bin Qais bin Za’ura bin Haram,‎
‎299. Abi al-‘Awar bin al-Harits bin Dzalim bin Absu bin Haram,‎
‎300. Sulaim bin Milhan/ Malik bin Khalid bin Zaid bin Haram,‎
‎301. Haram bin Milhan,‎
‎302. Qais bin Abi Sha’sha’ah / ‘Amr bin Zaid bin ‘Auf,‎
‎303. Abdullah bin Ka’ab bin ‘Amr bin ‘Auf,‎
‎304. ‘Ushaimah,‎
‎305. Abu Daud ‘Umair bin ‘Amir bin Malik bin Khansa’,‎
‎306. Suraqah bin ‘Amr bin Athiyyah bin Khansa’,‎
‎307. Qais bin Mukhallad bin Tsa’labah bin Shakhr bin Habib bin al-Harits bin Tsa’labah,‎
‎308. an-Nu’man bin Abdu ‘Amr bin Mas’ud,‎
‎309. Dhahhak bin Abdu Amr bin Mas’ud,‎
‎310. Sulaim bin al-Harits bin Tsa’labah bin Ka’ab bin Haritsah bin Dinar,‎
‎311. Jabir bin Khalid bin Abdul Asyhal bin Haritsah,,‎
‎312. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal,‎
‎313. Ka’ab bin Zaid bin Qais,‎
‎314. Bujair bin Abi Bujair‎

Kaum Muhajirin terdiri daripada lapan puluh tiga (83) orang.‎

Kaum Ansar dari kaum Aus seramai enam puluh satu (61) orang.‎

Kaum Ansar dari kaum Khazraj seramai seratus tujuh puluh (170) orang.‎