Illiyyin


Illiyyin : merupakan kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang berbakti, yang disaksikan malaikat-malaikat yang didekatkan kepada Allah, firman Allah s.w.t. :


Maksudnya:
18. Ingatlah Wahai manusia! Sesungguhnya "kitab suratan Amal" orang-orang Yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam" Illiyiin".
19. Dan apa jalannya Engkau dapat Mengetahui, apa Dia "Illiyiin" itu?
20. Ialah (tempat simpanan) Kitab catitan Yang jelas nyata,
21. Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, Yang didampingkan Tuhan di sisinya.
22. Sesungguhnya orang-orang Yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di Dalam syurga Yang penuh nikmat:
23. Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan Yang disediakan untuk mereka di situ).
24. Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat Yang mereka perolehi.
25. Mereka diberi minum dari satu minuman Yang termeterai bekasnya,
26. Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka Yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;
(Mutaffifiin :18-26).

Ibnu Katsir berpendapat Illiyin adalah "tempat kembali orang-orang baik". Illiyyin adalah langit ketujuh di atasnya terdapat roh orang-orang mukmin’.[1]

Lawan bagi Illiyyin ialah Sijjin.

Sijjin


Sijjin : adalah kitab yang disebutkan dalam al-Qur'an surah Al-Tatfif. Sijjin merupakan kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang durhaka. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

7. Tidak sepatutnya (Mereka melakukan perbuatan Yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan Amal" orang-orang Yang berdosa itu (didaftarkan) Dalam "Sijjiin".
8. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui: apa Dia "Sijjiin" itu,
9. Ialah (tempat simpanan) Kitab catitan Yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang Yang berdosa).
10. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang Yang mendustakan -
11. Iaitu mereka Yang mendustakan hari pembalasan.
12. Dan tiada Yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang Yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!

(Al-Mutaffifiin:7-8),



Ibnu Kathsir berpendapat Sijjin merupakan "tempat kembali dan tempat tinggal orang-orang buruk".

Sijjin adalah bumi ketujuh, yang di dalamnya terdapat roh orang-orang kafir.

Lawan bagi Sijjin ialah Illiyyin.

Tawaf


Tawaf : Iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan. Setiap pusingan bermula di penjuru Hajarul Aswad dan berakhir di penjuru yang sama. Tawaf merupakan pekerjaan yang dilakukan hanya di dalam Masjidil Haram, iaitu sebagai tawaf haji atau tawaf umrah.


Syarat sah tawaf:




  1. Suci daripada hadas.


  2. Suci daripada najis pada badan dan pakaian.


  3. Menutup aurat.


  4. Bermula dari tempat yang sejajar atau setentang dengan Hajar Aswad yang ada pada satu penjuru Kaabah itu. Sekiranya seseorang itu memulakan tawafnya pada tepi atau sudut Kaabah yang tidak bersetentang dengannya, maka pusingan itu tidak dikira hingga dia sampai pada sudut Hajar Aswad untuk dikira permulaan tawaf.


  5. Mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan.


  6. Dilakukan di dalam Masjidil Haram tetapi di luar bahagian Kaabah iaitu di luar Hijir Ismail dan Syazarwan.


  7. Dilakukan tujuh pusingan dengan yakin.

Perkara Sunat Dalam Tawaf.


Berikut adalah perkara yang sunat dilakukan semasa bertawaf:



  1. Bertawaf dengan berjalan kaki.

  2. Memendekkan langkah.

  3. Berjalan cepat dengan berlari anak.

  4. Istilam kepada Hajar Aswad pada permulaan tawaf sambil mengucapkan "Allahu Akbar".

  5. Beristilam dengan tangan kanan.

  6. Mengucup Hajar Aswad dan meletakkan dahi ke atasnya.

  7. Beristilam di rukun Yamani.

  8. Berittibak.

  9. Solat sunat dua rakaat setelah tawaf di belakang Maqam Ibrahim.

  10. Bertawaf berhampiran Kaabah (bagi memudahkan istilam).

  11. Berdoa dengan doa-doa tertentu.

Jenis Tawaf



  1. Tawaf Qudum ( ) - tawaf "selamat datang" yang dilakukan ketika baru sampai di Mekah.

  2. Tawaf Ifadhah ( ) - tawaf yang menjadi rukum haji dan dilakukan bagi mereka yang telah pulang dari Wukuf di Arafah. Juga dinamakan bagi tawaf rukun umrah.

  3. Tawaf Sunat ( ) - tawaf yang dilakukan semata-mata mencari ridha Allah pada bila-bila masa.

  4. Tawaf Tahiyyat ( ) - tawaf sunat yang lazim dilakukan sebaik sahaja memasuki Masjidl Haram.

  5. Tawaf Nazar ( ) - melakukan tawaf untuk memenuhi nazarnya.

  6. Tawaf Wada' ( ) - tawaf "selamat tinggal" yang dilakukan sebelum meninggalkan kota Makkah sebagai menghormati dan memuliakan Baitullah.


Perkara Membatalkan Tawaf



  1. Batal Wudhuk.

  2. Berubah niat kepada perkara lain.

  3. Bahu kiri berpaling dari arah kiblat.

  4. Terbuka aurat.

  5. Bersentuh kaabah.

  6. Tawaf dalam kawasan Hijir Ismail.





Saktah

SAQTAH : Menurut istilah Ilmu Tajwid saktah bermaksud: Menghentikan bacaan sekejap tanpa menukar nafas dengan kadar masa dua harakat dan menyambung kembali bacaan dengan nafas yang sama.

Sebahagian Ulama’ Qurra’ menjelaskan bahawa saktah adalah sejenis waqaf yang lemah lembut tanpa bertukar nafas. Tujuan bacaan saktah adalah untuk mengasingkan antara dua patah perkataan supaya tidak menimbulkan kesamaran kepada pengertian ayat-ayat tertentu.

Didalam al-Quran Rasm Uthmani terdapat tanda huruf sin kecil ( س ) terletak diatas huruf akhir pada beberapa kalimah untuk menunjukkan berlaku hukum saktah pada kalimah itu.

Saktah juga disebut sebagai Saktah Lathifah (berhenti sejenak), iaitu memutuskan suara (selama dua harakat) di akhir kata dalam satu nafas. Dan ditandai juga disebelah hujung ayat diluar bingkai dengan tanda tertentu.

Saktah Latifah terdapat dalam ayat-ayat berikut:


1. QS. Surah Al-Qiyaamah : Ayat 27. (Wa qiilaman ... raaq)




2. QS. Al-Kahfi : Ayat 1. (Lahuu 'iwajaa ... qayyiman)


3. QS. Al-Muthoffifin : Ayat 14. (Kallaa bal ... raana 'ala)


4. QS. Al-Haaqqah : Ayat 28. (Annii maaliah ... halaka anni)


5. QS. Yaa Sin : Ayat 52. (Min marqadinaa ... hadzaa)

Bacaan saktah berlaku apabila kita membaca satu ayat secara sambung tanpa waqaf, jika bacaan saktah itu berlaku pada ayat yang mempunyai tanda Waqaf Tam seperti من مرقد نا didalam surah Yasin ataupun hukum saktah itu berlaku pada Ra’su Ayat (Kepala Ayat) seperti عوجا didalam surah al-Kahfi dan juga ما ليه هلك didalam surah al-Haqqah, maka harus bagi kita berhenti dan menukar nafas pada tempat-tempat tersebut dan tidak berlaku hukum saktah pada tempat-tempat tersebut. Dan adalah menjadi satu kesalahan jika kita meninggalkan bacaan saktah tanpa alasan yang munasabah pada surah al-Qiyamah: 27 dan pada surah al-Mutaffifin: 14, kerana perbuatan tersebut menyalahi kaedah bacaan yang Mutawatir.

Doa Selepas Solat Sunat Tawaf Wada'

Doa selepas solat sunat tawaf wada'

"Ya Allah, ya Tuhanku, Janganlah dijadikan tawaf dan ziarah hamba ini sebagai kali penghabisan di BaitullahMu. Jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali akhir maka hamba pohonkan syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau ya Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Penyayang".

Doa Tawaf Wada'





"Sesungguhnya yang mewajibkan kepadaMu (mengamal dan menyampaikan) al-Qur'an (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan Engkau kepada apa yang Engkau ingini dan cintai. Ya Allah, Tuhan yang memberi segala perlindungan, lindungilah aku, ya Allah Tuhan yang Maha Mendengar, perkenankanlah permohonanku ya Allah. Tuhan yang Maha Gagah Perkasa! Tutupkanlah segala kelemahanku. Ya Allah yang mengembalikan sesuatu, kembalilah aku ke Baitullag lagi. Ya Allah! Murahkanlah rezekiku supaya dapat kembali menziarahi Biatullah berulang kali dengan bertaubat, beribadat, mengucap syukur dan puji-pujian. Telah benar janji Allah, lagi menolong hambaNya memuliakan sekalian bala tenteraNya yang mengalahkan musuhNya dengan keagunganNya. Ya Allah selamatkanlah kami, kurniaknlah kami afiat dan keuntungan begitu juga kepada hamba-hamba Engkau yang menziarahi rumahmu dengan mengerjakan fardhu haji, mereka yang berjihad, mereka yang musafir juga mereka yang bermukim, samada musafir melalui daratan, lautan atau ruang udara di mana mereka ini terdiri dari umat Muhammad s.a.w. seluruhnya.

Ya Allah, ya Tuhanku! Peliharakanlah aku dari segenap pihak, di kanan, di kiri, di hadapan, di belakang, di atas dan di bawahku sehinggalah Engkau sampaikan aku kepada keluargaku dan negeriku. Ya Allah janganlah Engkau jauhkan aku dari rahmatMu walau sekelip matapun. Ya Allah, ya Tuhanku! Engkaulah yang menjaga kami di dalam perjalanan, Engkaulah yang menjaga keluarga kami sepeninggalan kmi menziarahi rumah Engkau, hancurkanlah segala musuh-musuh kami, Engkau kakukanlah mereka sehingga tidak dapat bergerak untuk membinasakan kami. Ya Allah, ya Tuhanku! Janganlah Engkau jadikan hari ini sebagai hari penghabisan bagi aku menziarahi rumahMu.
Ya Allah, ya Tuhanku! Cucurilah rahmatMu ke atasku dengan memberi petunjuk kepadaku, aku akan meninggalkan segala laranganMu selama hayatku. Kasihanilah aku dengan tidak memberatkan perkara yang tidak menyenangkan aku. Berikanlah kepadaku sebaik pandangan supaya dapat aku mengerjakan segala pekerjaan yang mendapat keredhaanMu. Ya Allah, ya Tuhanku! Kurniakanlah nikmat penglihatanku dan perlihatkanlah pembalasanMu terhadap terhadap seteruku. Tolonglah aku daripada mereka yang menganiayaku. Ya Allah, ya Tuhanku! Aku berlindung dengan Engkau daripada segala kedukaan, kelemahan, kemalasan, pengecut mengahaladi segala pancaroba, kikir, kedekut dan bergelumang dalam hutang yang tak berkesudahan dan kekerasan musuh.

Ya Allah, ya Tuhanku! Aku memohon kepadaMu segala kebaikan dan kebajikan dalam perjalanan kami, serta keredhaanMu dalam segala pekerjaan. Ya Allah Engkau mudahkanlah perjalanan kami, perdekatkanlah yang jauh, Engkaulah ya Allah, penolong kami dalam perjalanan, Engkaulah yang memelihara anak isteri kami. Ya Allah aku berlindung denganMu daripada segala kesusahan dalam perjalanan, buruk pandangan, buruk peninggalan, harta benda, keluarga dan anak-anak. Ya Allah! Sertailah keampunan Engkau kepada kami dan kurniakanlah afiat.

Ya Allah, ya Tuhanku! Pendekkanlah perjalanan, permudahknlah, selamatkanlah kami daripada segala yang mendukacitakan kami. Ya Allah! Sampaikanlah perkhabaran baik kepada kami dan lindungilah kami dan berikanlah keredhaanMu dengan kekuasaanMu, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa. Ya Allah, settailah kami dalam perjalanan kami dan gantiknlah kami dengan pertolonganMu untuk memelihara keluarga kami. Ya Allah, ya Tuhanku! Peliharakanlah di sekelilingku, di kanan, di kiri, di hadapan, di belakang, di atas dan di bawahku. Aku berlindung dengan kebesaranMu daripada segala yang membinasakan daku wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Doa Ketika Bercukur atau Bergunting

"Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! segala puji-pujian yang banyak tertentu bagi Allah. Ya Allah, ya Tuhanku! Inilah ubun-ubunku yang di dalam gengamanMu. Mak jadikanlah tiap-tiap sehelai rambut itu cahaya bagiku di hari kiamat dan ampunkan dosaku wahai Tuhan yang amat luas pengampunan. Amin.

"Segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-ibadatku, kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-tiap sehelai rambutku. Hapuskanlah dengannya satu kejahatan, angkatlh aku dengannya darjat, ampunilah aku serta orang yang bercukur, bergunting dan sekalian orang-orang Islam.

Ya Allah, ya Tuhanku! Tambahkanlah keimanan, keyakinan, berilah taufik dan pertolongan kepadaku dan ampunilah kami serta ibubapa kami, isteri dan anak-anak kami. Selawat dan salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian. Amin".

Doa Setelah Tamat Saie

Doa setelah tamat saie.


"Ya Tuhan kami, kami memohon diterima doa kami. Afiatkanlah dan ampunilah kami. Berilah pertolongan kepada kami untuk taat dan bersyukur kepadaMu. Janganlah membiarkan kami bergantung kepada yang lain selain dariMu. Matikanlah kami di dalam iman dan Islam yang sempurna, sedang Engkau redha kepada kami. Ya Allah, ya Tuhan, peliharalah diriku dengan meninggalkan segala kejahatan selama hidupku dan peliharalah aku supaya tidak membuat perkar yang tidak memberi guna dan kurnialah kepadaku elok pandangan pada perkara-perkara yang membawa keredhaanMu, wahai Tuhan yang bersifat amat belas kasihan".

Doa Sai'e Pusingan Ketujuh

"Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! segala puji-pujian yang banyak tertentu bagi Allah. Ya Allah, ya Tuhanku, tanamkanlah dalam jiwaku rasa kasih sayang kepada iman dan jadikanlah ia perhiasan dalam hatiku. Tanamkanlah rasa benci kepada kufur, fasik dan derhaka dalam hatiku, jadikanlah aku dari golongan orang yang mendapat petunjuk. Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemurahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah. Ya Allah, sempurnakanlah ajalku dengan segala kebajikan, sampaikanlah cita-citaku dengan limpah kurniaMu dan mudahkanlah segala jalan yang boleh menyampaikanku kepada keredhaanMu. Perelokkanlah segala amalanku dalam semua keadaan, wahai Tuhan yang menolong mereka yang tenggelam, Tuhan yang mepelaskan orang yang binasa, Tuhan yang mendengar segala bisikan jiwa, Tuhan yang menjadi tumpuan segala rayuan. Wahai Tuhan yang sentiasa berihsan, yang sentiasa memberi kebajikan..


"Wahai Tuhan yang sesuatu itu tidak terkaya daripadaNya, dan tiap-tiap sesuatu yang berlaku dalah dengan kehendakNya, Tuhan yang menentukn segala rezeki kepada tiap-tiap sesuatu dan kepadaNya tempat kembali.

Ya Allah, ya Tuhanku!, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada sejhat-jahat perkara yang Engkau kurniakan kepada kami dan daripada seburuk-buruk perkara yang Engkau tegahkn kami.

Ya Allah, ya Tuhanku!, matikanlah kami dalam agama Islam dan dampingkanlah kami dengan orang-orang yang soleh dalam keadaan tidak terhina dan tidak terpesona. Ya Allah berikanlah kepada kami segala kemudahan, janganlah menyusahkan. Ya Tuhanku sempurnakanlah amalan kaki dengan kebajikan.
Sesungguhnya Sofa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah. Sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah salah ia bersaie (berjalan dengan berulang alik) di antara kedua-duanya dan sesiapa sukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan lagi Maha Mengetahui".

Doa Sai'e Pusingan Keenam

"Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! segala puji-pujian tertentu bagi Allah. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Tuhan yang menepati segala janji, yang menolong hambaNya dan telah menghancurkan segala seteruNya dengan keagunganNya. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Kami tidak memperhambakan diri melainkan kepadaNya dengan jujur dan ikhlas walaupun dibenci oleh orang-orang kafir. Ya Allah, ya Tuhan, aku memohon kepada Engkau petunjuk dan takwa, kebersihan hati dan kekayaan. Ya Allah, ya Tuhan, kepada Engkaulah segala pujian sebagaimana yang Engkau perkatakan dan yang lebih baik dari yang kami katakan. Ya Allah, ya Tuhan, aku pohon keredhaanMu dan syurga. Aku berlindung dengan Engkau daripada kemurkaanMu dan neraka. Juga aku berlindung dengan Engkau daripada segala perkataan, perbuatan dan iktiqad yang boleh menjerumuskan kami ke dalam neraka. Ya Allah, ya Tuhan, dengan cahayaMu kami dapat petunjuk ke jalan yang benar. Dengan kelebihanMu kami dapat kemewahan. Dalam peliharaan, pemberian dan ihsan Engkau kami berada pagi ...


dan petang. Engkaulah Yang Awal, tiada sesuatupun sebelumMu dan Yang Akhir, tiada sesuatupun sesudahMu. Engkau yang zahir, tidak ada yang mengatasiMu. Engkaulah yang batin, tidak ada selain dariMu. Kami berlindung denganMu daripada kepapaan kemalasan, juga daripada azab kubur dan fitnah kekayaan. Kami memohon kepadaMu kemenangan dengan mendapat syurga.

Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemurahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.

Sesungguhnya Sofa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah. Sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah salah ia bersaie (berjalan dengan berulang alik) di antara kedua-duanya dan sesiapa sukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan lagi Maha Mengetahui".

Doa Sai'e Pusingan Kelima

Ertinya:
"Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! segala puji-pujian tertentu bagi Allah. Sesungguhnya kami tidak bersyukur kepada engkau di atas segala nikmatMu sebagaimana yang sepatutnya. Maha suci Engkau, ya Allah, tidak ada tolok banding sama sekali ketinggian dan kemuliaanMu. Kurniakanlah rasa kasih kami kepada iman dan hiaskanlah keimanan itu dalam jiwa kami. Jauhkanlah kekufuran, kefasikan dan derhaka dari jiwa kami. Jadikanlah kami daripada golongan orang yang dapat hidayah dan petunjuk. Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakan kami kemurahanMu, dan ampunilah kami dari segala yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah. Ya Allah, ya Tuhan! Peliharalah daku daripada azabMu di hari Engkau bangkitkan hamba-hambaMu. Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku dan bersihkanlah jiwaku dengan takwa kepada Engkau. Ampunilah dosaku di dunia dan di akhirat.
Ertinya:
Ya Allah, cucurilah berkat, rahmat dan kurniaan kepadaku. Ya Allah, ya Tuhan, aku pohon kepadaMu nikmat yang kekal abadi!, Ya Allah, selubungilah cahaya keimanan di hatiku, pendengaranku penglihatanku, dilidahku, di kananku, di atasku dan jadikanlah dalam jiwaku cahaya keimanan. Dan perluaskan cahaya bagiku ya Allah. Lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah segala perjalananku.
Sesungguhnya Sofa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah. Sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah salah ia bersaie (berjalan dengan berulang alik) di antara kedua-duanya dan sesiapa sukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan lagi Maha Mengetahui".

Doa Sai'e Pusingan Keempat

"Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! segala puji-pujian tertentu bagi Allah. Aku memohon kepadaMu sebaik-baik perkara yang Engkau mengetahuinya, aku berlindung denganMu daripada seburuk-buruk perkara yang Engkau mengetahuinya. Aku memohon ampun daripada tiap-tiap perkara jahat yang Engkau mengetahuinya, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala perkara yang tersembunyi dan ghaib. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Tuhan yang memerintah seluruh alam maya pada yang sebenar dan nyata. Nabi Muhammad s.a.w. pesuruh Allah yang bersifat benar dan amanah. Ya Allah, ya Tuhan! Sebagaimana Engkau memberi petunjuk kepadaku memilih agama Islam, maka aku memohon kepada Engkau supaya cahaya Islam itu tiada dihapuskan dariku sehingga Engkau mematikan aku dalam keadaan aku seorang Islam. Ya Allah ya Tuhan! Kurniakanlah cahaya keimanan ke dalam hatiku, pendengaranku dan penglihatanku. Ya Allah ya Tuhanku, lapangkanlah hatiku, mudahkanlah pekerjaanku.


"Aku minta berlindung denganMu daripada was-was dan perpecahan dalam pekerjaan juga daripada fitnah kubur. Ya Allah, ya Tuhan! Aku berlindung denganMu daripda segala kejahatan yang datang pada waktu malam dan yang datang pda waktu siang, juga daripada segala kejahatan dalam tiupan angin, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Maha Suci Engkau, ya Allah! Sesungguhnya kami tidak menunaikan ibadah kepada Engkau sebagaimana yang sewajarnya. Maha suci Engkau ya Allah sesungguhnya kami tidak menyebut namaMu sebagaimana yang selayak dengan kebesaranMu. Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemurahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah. Sesungguhnya Sofa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah. Sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah salah ia bersaie (berjalan dengan berulang alik) di antara kedua-duanya dan sesiapa sukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan lagi Maha Mengetahui".

Doa Sai'e Pusingan Ketiga

"Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! segala puji-pujian tertentu bagi Allah. Wahai Tuhan kami sempurnakanlah cahaya keimanan kami dan ampunkanlah dosa kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Amat Berkuasa di atas sesuatu. Ya Allah, ya Tuhanku, aku memohon kepada engkau kebajikan dan kebaikan samada yang segera atau yang terlewat. Aku meminta keampunan bagi dosaku disamping memohon rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan. Wahai Tuhan ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemudahanMu dan ampunilah kami dari segala yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah. Ya Tuhan, tambahkanlah ilmu pengetahuanku, janganlah Engkau pesongkan hatiku selepas mendapat hidayah petunjukMu, berilah akan daku di sisiMu rahmat, sesungguhnya Engkau Tuhan Maha Pemberi Kurnia. Ya Allah, ya Tuhan!, berilah kesejahteraan pada pendengaranku dn penglihatanku. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau.
Ya Allah, ya Tuhan, aku berlindung denganMu daripada siksa kubur. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah golongan orang yang zalim.

Ya Allah, ya Tuhan!, aku berlindung denganMu dari kufur dan kemiskinan. Ya Allah, ya Tuhan, aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dengan keampunanMu daripada siksaanMu, aku berlindung denganMu daripad kemurkaanMu, tidak upaya aku menghitung segala pujian kepada Engkau sebagaimana Engku telah memuji diri Engkau, bagi Engkaulah segala pujian sehingga Engkau redhakan akan daku.

Sesungguhnya Sofa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah. Sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah salah ia bersaie (berjalan dengan berulang alik) di antara kedua-duanya dan sesiapa sukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan lagi Maha Mengetahui".

Doa Sai'e Pusingan Kedua

Ertinya:
"Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! segala puji-pujian tertentu bagi Allah. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Tuhan yang Esa tidak mempunyai isteri dan anak dan tiada bagiNya sekutu di dalam urusan kerajaanNya. Tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahan dan bertakbirlah membesarkanNya dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam kitabMu al-Qur'an yang diturunkan bermaksud: Pohonlah kepadaKu, aku akan tunaikan permintaanmu. Maka inilah kami bermohon kepadaMu wahai Tuhan kami, maka ampunilah kami sepertimana yang telah Engkau perintahkan kami. Sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji". Wahai Tuhan kami!, kami telah mendengar seruan yang menyeru kami untuk beriman denganMu, maka kami telah beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, hapuskanlah segala kejahatan kami, dan matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang baik. Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami segala yang telah Engkau janjikan dengan perantaraan rasul-rasul Engkau.

Ertinya:
Dan janganlah Engkau kecewakan kami di hari Kiamat, sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji. Wahai Tuhan kami, kepada engkau kami berserah, kepada engkau kami kembali, dan hanya kepadaMu sahaja tempat kembali.

Wahai Tuhan kami! Ampunkan dosa-dosa kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami. Janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang yang menaruh dengki terhadap saudara-saudara kami yang beriman. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengasihani.

Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemurahanMu dan ampunilah kami dari segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.

Sesungguhnya Sofa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah. Sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah salah ia bersaie (berjalan dengan berulang alik) di antara kedua-duanya dan sesiapa sukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan lagi Maha Mengetahui".

Doa Sai'e Pusingan Pertama

Doa Sai'e
Ertinya:

"Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Teragung dari segala yang agung, segala puji-pujian yang banyak tertentu bagi Allah, Maha Suci Allah yang Maha Agung dengan puji-pujian yang Maha Mulia pagi dan petang. Di sebahagian malam hendaklah bersujud kepadanya dan bertasbihlah di sepanjang malam.

Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati janji-janjinya, Tuhan yang telah menolong hamba-hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada sesuatu yang terdahulu sebelumNya dan tidak ada sesuatu yang terkemudian sesudahNya. Tuhan yang telh menghidupkan sesuatu dan mematikannya. Dialah Tuhan yang sentiasa hidup, tidak mati dan tidak binasa selama-lamanya. Segala kebaikan dan kebajikan di dalam gengamanNya, kepadaNya tempat kmbali sesuatu dan Dialah Yang Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.

Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurnikanlah kamu kemudahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, dan Engkaulah Allah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.


Ya Tuhan, lepaskanlah kami daripada azab api neraka dengan beroleh kesejahteraan, kesenangan, kesukaan bersama hamba Engkau yang soleh, bersama mereka yang telah Engku anugerahkan nikmat-nikmatMu yang banyak yang terdiri daripada golongan nabi-nabi, siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Sesungguhnya merek itu adalah sebaik-baik taulan, yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah dan cukuplah allah yang amat mengetahui (akan balasan pahalanya).

Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran walaupun orang kafir marah dan benci.

Sesungguhnya Sofa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah. Sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah salah ia bersaie (berjalan dengan berulang alik) di antara kedua-duanya dan sesiapa sukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan lagi Maha Mengetahui".


Doa Selepas Solat Di Hijir Ismail

Doa Solat Di Hijir Ismail



Ertinya:

"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang disembah sebenar-sebenarnya melainkan Engkau. Engkaulah yang telah menciptakan, aku adalah hambaMu, berpegang pada perjanjian dan taat setia terhadapMu, sedaya upayaku, aku minta perlindungan denganMu dari dosa yang telah kulakukan. Aku mengakui limpah kurnia Engkau ke atasku, aku mengakui juga segala dosa yang telah aku kerjakan , maka ampunilah dosaku itu, kerana tiada sesiapa yang boleh mengampunkannya melainkan Engkau jua!. Ya Allah ya Tuhan, aku memohon kepada engkau apa yang paling baik yang pernah dipohon oleh hamba-hambaMu yang soleh dan aku berlindung denganMu daripada sejahat-jahat apa yang pernah diminta perlindungan oleh hamba-hambamu yang soleh.

Ertinya:

"Ya Allah ya Tuhan!, dengan keagungan namaMu dan dengan sifatMu yang Maha Suci dan Mulia, bersihkanlah hati kami daripada segala keadaan yang menjauhkan kami untuk memandang kebesaranMu, belas kasih sayangMu. Matikanlah kami di atas perjalanan ahli sunnah wal jamaah dengan rasa kecintaan untuk mengadapMu, wahai tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan. Ya Allah ya Tuhan, terangkanlah hatiku dengan ilmu pengetahuan dan jadikanlah tubuh badanku untuk mentaatiMu. Bersihkanlah hatiku dari fitnah dan jadikan fikiranku dorongan untuk mengambil iktibar. Peliharakanlah daku daripada was-was syaitan dan keluarkanlah aku daripada bahayanya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih sehingga syaitan itu tiada berkuasa ke atasku. Ya Allah ya Tuhan kami, sesunggunya kami telah beriman denganMu, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api neraka".

Doa Selepas Solat Sunat Tawaf

Setelah selesai melakukan tawaf 7 pusingan dengan yakin, maka disat melakukan solat sunat tawaf dua rakaat. Kemudian bacalah doa berikut:



Maksudnya:

Doa Rukun Yamani

Rukun Yamani: atau Penjuru Yamani, iaitu salah satu penjuru Kaabah yang menghala ke negeri Yaman. Jaraknya dari Penjuru Syami lebih kurang 12 meter/41.02 kaki, dan Jaraknya ke Penjuru Hajarul Aswad lebih kurang 10.25 meter/33.63 kaki.

Apabila seseoarang yang sedang melakukan tawaf melewati penjuru ini, disunatkan membaca doa ini:

"Dengan nama Allah dan Allah Yang Maha Agung"

Kemudian Istilam, iaitu melambaikan tangan kanan dengan bahu kiri tetap menghala ke arah Kaabah (jika bahu kiri terpesong ke arah lain maka batal tawaf). Kemudian baca juga doa ini:

"Wahai Tuhan kami, berilah kami di dunia ini kebaikan, diakhirat juga kebaikan, peliharalah kami dari azab neraka"


"dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang-orang yang berbakti (dan taat mengerjakan kebajikan). Wahai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Pengampun, Wahai Tuhan seru sekalian alam".

Doa Di Multazam

Sesorang jamaah haji yang melakukan tawaf atau ketika mengunjungi kaabah, dan apabila sampai di Multazam, sunat dia berdoa sebagaimana doa di bawah.


Erti doa:
"Ya Allah, Tuhan yang mempunyai Baitul Atiq (Baitullah), bebaskan diri kami, diri ibubapa kami, saudara mara kami dan anak pinak kami daripada api neraka. Ya Tuhan yang mempunyai kemewahan, kemurahan, kelebihan kurniaan dan belas kasihan. Ya Allah, ya Tuhan!, perelokkan kesudahan dalam segala urusan kami dan jauhkan kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.
"Ya Allah, ya Tuhan!, sesungguhnya aku ini hambaMu dan anak hambaMu, berdiri di bawah pintuMu berhadapan dengan pintuMu, merendah diri di hadapanMu dengan mengharapkan rahmatMu dan takutkan azabMu, wahai Tuhan yang sentiasa bersifat ihsan.
"Ya Allah, ya Tuhan!, sesungguhnya aku meminta kepadaMu supaya Engkau muliakan sebutan namaku, gugurkanlah dosaku, bersihkanlah hatiku serta terangkanlah kuburku, ampunilah dosaku dan aku memohon kepadaMu darjat-darjat yang tinggi di dalam syurga, Amin.

Doa Tawaf Pusingan Kelima

Ertinya:
"Ya Allah, ya Tuhanku!, berikanlah aku naungan ArasyMu pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan ArasyMu. Tidak ada yang kekal melainkan zatMu dan berilah aku minum dari kolam Nabi Muhammad s.a.w. sejenis minuman yang sedap dan lazat yang kami tidak akan merasai dahaga sesuadah itu buat selama-lamanya".
"Ya Allah, ya Tuhanku!, sesungguhnya aku memohon kepadamu sebaik-baik kebajikan sebagaimana yang dipohon oleh NabiMu Muhammad s.a.w. dan aku berlindung denganMu dari seburuk-buruk kejahatan seperti yang dipohon perlindungan oleh NabiMu Muhammad s.a.w.".
"Ya Allah, ya Tuhanku!, sesungguhnya aku pohon daripadamu syurga dan nikmatnya, juga daripada apa-apa yang menghampirkan aku kepadanya samada dengan perkataan, perbuatan atau amalan. Aku berlindung denganMu daripada api neraka dan apa jua yang menghampirkan aku kepadanya samada dengan perkataan, perbuatan atau amalan.

Doa Tawaf Pusingan Ketujuh

Ertinya:
"Ya Allah, ya Tuhanku!, sesungguhnya hambaMu memohon kepadamu agar dikurniakan iman yang sempurna, keyakinan yang sebenar-benarnya, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa menyebut-nyebut namaMu, barang-barang halal yang baik, taubat yang bersungguh-sungguh sebelum mati, kampunan dan rahmat sesudah mati, kemaafan ketika dihitungkan amalan, kejayaan dengan mendapatkan syurga dan keselamatan dari api neraka, dengan rahmat dan kasihan belasMu ya Tuhan yang Maha Mulia, yang Maha Pengampun. Tuhanku tambahkanlah ilmu kepadaku dan masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh".

Doa Tawaf Pusingan Keenam

Erti doa:
"Ya Allah, ya Tuhanku!, sesungguhnya banyak tanggunganku terhadapMu dan di antara aku dengan makhlukMu. Ya Allah, ya Tuhanku!, apa-apa jua kesalahanku terhadapMu, amaka ampunkanlah, apa-apa juga kesalhan di antara aku dan maklukMu, maka aku minta Engkau tanggungkan untukku. Dan kayakan aku dengan harta yang halal bukan yang haram, dengan ketaatan kepada Engkau bukan kemaksiatan, dan dengan kurniaanMu yang melimpah bukan kurniaan yang lain, wahai Tuhan yang Maha Luas Keampunannya. Ya Allah, sesungguhnya rumahMu ini Maha Agung, zatMu itu Maha Mulia dan Engkau ya Allah Tuhan Yang Maha Lemah Lembut, Maha Pemurah, Maha Agung, suka mengampuni, maka ampunilah dosaku."

Doa Tawaf Pusingan Keempat

Ertinya:
"Ya Allah, ya Tuhanku! jadikanlah hajiku haji yang mabrur (diterima), usaha yang dipuji, dosa yang diampunkan, amal soleh yang makbul dan perdangan yang tidak rugi. Wahai yang Maha Mengetahui isi hati, keluarkanlah diriku daripada gelap gulita kepada terang cahaya."
"Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya aku pohon dariMu perkara-perkara yang menyebabkan turunnya rahmatMu serta mendapat keampunan, keselamatan daripada segala dosa, beroleh segala jenis kebajikan, berjaya mendapat syurga dan selamat daripada api neraka."
"Ya Allah, ya Tuhanku, jadikanlah diriku berpuashati dengan pemberian yang Engkau kurniakan kepadaku, berkatilah apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantikanlah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dariMu".

Doa Tawaf Pusingan Ketiga

Ertinya:
"Ya Allah, ya Tuhanku! sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan ragu-ragu (syak), syirik, permusuhan, munafik, perangai yang jahat, pandangan yang buruk dan daripada perubahan yang tidak baik sama ada terhadap harta, isteri dan anak-anak. Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripadaMu keredhaan dan syurgaMu, aku berlindung denganmu daripada daripada kemurkaanMu dan neraka. Ya Allah ya Tuhanku!, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada fitnah kubur, juga fitnah hidup dan mati.".

Doa Tawaf Pusingan Kedua

Ertinya:
"Ya Allah ya Tuhanku!, sesungguhnya rumah ini rumahMu, Tanah Haram ini milikMu, keamanan ini kepunyaanMu, hamba ini hambaMu dan aku ini hambaMu dan anak hambaMu. Di sini tempat mohon perlindungan denganMu dari api neraka, maka haramkanlah daging kami dan kulit kami daripadanya."

"Ya Allah ya Tuhanku! jadikanlah kami cintakan iman, hiaskanlah iman itu di hati kami dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang benci kepada kekufuran, derhaka dan maksiat, jadikanlah kami dari jumlah orang yang bijak."

"Ya Allah ya Tuhanku! peliharalah diriku daripada azabMu pada hari yang Engkau akan bangkitkan hamba-hambaMu. Ya Allah, ya Tuhanku! kurniakanlah kepadaku syurga tanpa hisab."

Doa Tawaf Pusingan Pertama

Erti doa:
"Maha suci Allah dan segala kepujian adalah kepunyaanNya, tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah - Allah Yang Maha Besar, tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasul s.a.w."
"Ya Allah!, aku kerjakan ibadat ini kerana beriman kepadamu dan membenarkan kitabMu, menyempurnakan janji denganMu dan menurut perjalanan (sunnah) nabiMu dan kekasihMu saidina Muhammd s.a.w."
"Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepadaMu keampunan, kesihatan yang sempurna dan penolakan yang berkekalan dari bala bencana samada pada agama, dunia dan akhirat serta mendapat kemenangan dengan beroleh syurga dan terlepas dari api neraka."

Doa Ketika Melontar Di jamrah



Melontar di Jamrah merupakan perkara WAJIB HAJI. Seseorang jemaah haji wajib melontar di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Aqabah, Jamrah Wustha dan Jamrah Ula. Ketiga-tiga Jamrah itu terletak di Mina.




Doa ketika melontar di jamrah:
Atau doa ini

Doa Di Mina

Mina : atau Muna adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh para jemaah haji. Jaraknya dari Makkah atau Muzdalifah hanya 7 atau 8 kilometer sahaja. Bermalam atau Mabit di Mina merupakan perkara WAJIB HAJI. Iaitu berada di bumi Mina sekurang-kurangnya separuh malam (hampir 6 jam) pada : iaitu pada 10 haribulan atau malam 11 haribulan,11 haribulan malam 12 haribulan, dan 12 haribulan malam 13 haribulan. (jika berNafar Thani). Manakala bagi yang berNafar Awal maka wajib bagi mereka hanya melontar sehingga hari yang ke 12 Zulhijjah sahaja.

Kota Mina merupakan tempat berdirinya tugu (jamrah), iaitu tempat pelaksanaan melontarkan batu ke tugu (jumrah) sebagai simbolik tindakan nabi Ibrahim ketika mengusir syaitan. Di sana terdapat tiga jamrah iaitu Jamrah Ula, Jamrah Wustha dan Jamrah Aqabah. Apabila seseorang jamaah haji sampai di Mina, maka disunatkan membaca doa berikut.
Ertinya:

"Ya Allah, Ini Mina! Aku memohon dengan berkat Mina ini, Engkau anugerahkan daku dengan apa yang telah Engkau anugerahkan kepada wali-wali Engkau dan hamba-hambaa Engkau yang taat kepada Engkau. Maha suci Allah yang ArasyNya terletak dilangit, Maha Suci Tuhan yang memperlihatikan kekuatanNya di bumi, Maha Suci Tuhan yang menjalankan segala lautan, maha Suci Tuhan yang melihatkan kekuasaan dan pemerintahan di api neraka, Maha Suci Tuhan yang melihatkan rahmatNya dalam syurga, Maha Suci Tuhan yang telah mengangkat tujuh petala langit dan menetapkan tujuh petala bumi dengan kudratNya, Maha Suci Tuhan yang tidak perlu tempat bergantung dan tidak berhajat tempat untuk meminta pertolongan melainkan kepadaNya semata-mata".

Doa Di Muzdalifah


Erti Doa:
"Ya Allah, ya Tuhan! Sebagaimana Engkau himpunkan kami dan Engkau perlihatkan kami pada hari ini, berilah taufik kepada kami untuk mengingati dan memuji-muji kebesaran Engkau seperti mana yang telah Engkau tunjukkan kepada kami. Ampunilah kami serta kasihkanlah kepada kami sebagaimana yang telah Engkau janjikan kepada kami di dalam kitab Engkau al-Qur'an: (apabila kamu telah selesai menunaikan rukun haji kamu, iaitu berwuquf di Padang Arafah maka hendaklah kamu mengingati Allah banyak-banyak dengan menyebut-nyebut namaNya di Masy'ar al-Haram (Muzdalifah) sebagaimana yang telah diberi petunjuk kepada kamu, sesungguhnya kamu sebelum daripada mendapat hidayah petunjuk daripada Allah adalah di dalam keadaan sesat yang amat nyata. Setelah selesai kamu berzikir di sini turunlah kamu ke Mina seperti yang dilakukan oleh semua manusia dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, bahawasanya Allah itu Amat Mengampuni dan Amat Mengasihani). Ya Allah, kami memohon kepadaMu
Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Belas Kasihan, terimalah segala permintaan kami, wahai Tuhan yang menerima segala permintaan mereka semasa dalam kecemasan. Wahai Tuhan, yang apabila menghendaki sesuatu, berlakulah perkara itu dengan tidak dapat dirintangi lagi. Ya Allah ya Tuhanku, kami datang beramai-ramai ini untuk mendapat keampunan daripada Engkau di atas segala dosa kami. Janganlah Engkau kecewakan kami....berilah kepada kami seperti yang Engkau berikan kepada hamba-hamba Engkau yang soleh. Janganlah Engkau palingkan kami daripada tempat suci ini, melainkan kami mendapat kemenangan dan tidak kecewa, tidak menyesal dan tidak pula kami daripada golongan orang yang sesat dan menyesatkan, wahai Tuhan yang Maha Mengasihani. Ya Allah, ya Tuhan! Berilah petunjuk dan taufik kepada kami
Peliharalah kami daripada terjerumus dalam lembah kejahilan dan kemusnahan, selamatkan kami daripada segala penyakit jiwa, jadikanlah kami daripada golongan orang yang menjauhkan diri daripada runtunan hawa nafsu yang buas kerana itulah sejahat-jahat musuh yang berjangkit, ya Allah jadikanlah kami daripada golongan mereka yang sentiasa menghadapi Engkau dan tidak kepada yang lain. Bawalah kami ke jalan Engkau, kasihan belaslah ketika kami bertadharuk bersemadi terhadap Engkau. Ya Allah perbetulkam kami kiranya kami telah menyeleweng, teguhkanlah pendirian kami, hidupkanlah kami dalam iman dan taat kepada Engkau, matikan kami dalam Islam, dari golongan mereka yang bertaubat, begitu juga semasa soal di akhirat. Jadikanah kami daripada mereka yang menerima suratan amalannya dengan tangan kanan, jadikanlah kami daripada golongan mereka yang beroleh keamanan pada hari kiamat, berilah kesukaan kepada kami, ya Allah, dengan memandang kepada wajah Engkau Yang Mulia dengan berkat rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Mengasihani.