ISLAM

Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab (أَسْلَمَ يُسِلِمُ إِسْلاَمًا : aslama, yuslimu, islaman). Aslama bermaksud serah diri dan tunduk taat. Pengertian Islam dari segi istilah (terminologi). Islam adalah cara hidup. Cara bagaimana manusia perlu mengatur hidup mereka di atas dunia. Ia adalah Agama wahyu yang diperturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad Sollallaahu 'alaihi wasallam melalui malaikat Jibril alaihissalam.

Islam adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad yang juga Nabi dan Rasul yang terakhir dan tidak ada lagi Nabi selepas baginda. Segala pengajaran dan undang-undang terakhir yang disampaikan Allah s.w.t kepada Muhammad Sollallaahu 'alaihi wasallam sebagai RasulNya ialah untuk menggantikan semua peraturan dan undang-undang yang disampaikan sebelum ini. Kedatangan Islam mempunyai tujuan yang sangat banyak, antaranya:

a) Memperbaiki kepercayaan kepada Allah yang Maha Esa.
b) Memperkukuhkan lagi kepercayaan terhadap Pencipta Alam ini.
c) Menghapuskan kepercayaan kepada yang selain daripada Allah (S.W.T.).
d) Memberi petunjuk bagaimana cara mengabdikan diri kepada Allah (S.W.T.).
e) Mengatur cara beribadat.
f) Mengatur perhubungan kehidupan manusia sesama manusia.
g) Menegakkan keadilan hukum-hukum Allah (S.W.T.).
h) Mengatur cara hidup kekeluargaan Islam.
i) Mempertinggikan akhlak manusia

Syarat Menjadi Islam.

Jika seseorang itu mengakui di dalam hatinya (beriman) bahawa Tiada Tuhan yang lain yang berhak disembah melainkan Allah dan juga mengakui bahawa Nabi Muhammad itu Rasul utusan Allah, maka Islamlah seseorang itu.

Untuk melayakkan dia menjadi Muslim yang sebenar 5 perkara Rukun Islam wajib dilakukan, iaitu:
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Solat lima waktu sehari semalam
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)jika cukup syaratnya
(5) Menunaikan zakat

Seorang Islam juga wajib beriman kepada 6 Rukun Iman, yang melayakkannya digelar mukmin atau mukminah. Iaitu;
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Lima perkara rukun Islam dan enam perkara rukun iman wajiblah diyakini sepanjang masa, untuk melayakkannya sentiasa menjadi seorang Islam yang beriman. Jika salah satu daripada rukun iman dan Islam dicerobohi maka terkeluarlah dia daripada Islam. Atau disebut sebagai Murtad.


Al-Qur'an Kitab Rujukan Islam

Sebagaimana Nabi Musa dan Nabi Isa alaihimassalam diwahyukan Allah dengan masing-masing Kitab Taurat dan Injil, maka Nabi Muhammad Sollallaahu 'alaihi wasallam juga dikurnikan Kitab Al-Qur'an sebagai rujukan penganutnya. Dengan al-Qur'an inilah segala rujukan tentang apa itu Islam dapat diperolehi, di samping Hadits sebagai rujukan kedua yang menghuraikan ayat-ayat al-Qur'an yang diwahyukan secara umum.

Allah berfirman di dalam al-Qur'an bahawa Dia akan tetap memeliharan al-Qur'an hingga akhir zaman dunia.

FirmanNya: ( إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ ) QS. al-Hijr : 9.

Maksudnya : "Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya".

Ayat ini memberikan jaminan tentang kesucian dan kemurnian Al Qur'an selama-lamanya.

Al-Qur'an Al-Karim

Al-Qur'an : Salah satu daripada 4 buah kitab yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. Setiap orang yang beriman wajib mengimaninya. Kitab yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (S.A.W.) sebagai wahyu. Di dalamnya dinyatakan tentang undang-undang yang tidak terdapat dalam kitab-kitab sebelumnya. Tidak ada kitab lagi selepas turunnya Al-Qur'an. Al-Qur'an menghapuskan dan memperlengkapkan sebahagian isi kitab yang dahulu.

Al-Qur'an merupakan Kalam Allah yang mengandungi ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail untuk disampaikan kepada semua manusia. Al-Qur'an merupakan mukjizat yang paling agung yang telah mendapat jaminan daripada Allah SWT akan kekal terpelihara.

Hukum-hukum yang tercatat di dalamnya tetap berlaku hingga Hari Qiamat. Tidak boleh diubah atau diganti isinya, bahkan tidak dapat ditandingi kehebatannya walaupun hanya satu surah. Isi Al-Qur’an mencakupi semua bidang ilmu, iaitu ilmu-ilmu politik, kenegaraan, ekomoni, sosial, sains, perubatan dan lain-lain.

Di dalam al-Qur’an juga terkandung segala perkara samada:

1- Tauhid; urusan kepercayaan terhadap Allah (S.W.T.),
2- Wa’ad dan Wa’id; urusan perjanjian Allah (baik dan buruk) dengan hambaNya,
3- Jalan kebahagiaan; kejayaan hidup di dunia dan di akhirat,
4- Ibadah; urusan pengabdian dan penyembahan, hamba terhadap tuhan yang menjadikannya,
5- Berita; tentang cerita umat dahulu kala sebagai iktibar, teladan, cermin perbandingan kepada umat Muhammad (S.A.W.).

Al-Qur’an terdiri dari 30 juz, 114 surah, 6236 ayat (ada pendapat mengatakan 6666 ayat), 77,439 kalimah dan 325, 347 huruf Al-Qur’an mula dikumpulkan pada zaman Pemerintahan Syaidina Abu Bakar bin Al-Khattab dan mula ditulis dizaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib dan mula dibukukan dalam bentuk mashaf pada zaman Syaidina Usman bin Affan. Al-Qur'an pada masa itu tidak mengandungi titik ataupun baris, hanya pada zaman Abu Aswad Ad-Duwaily (khalifah kerajaan Muawiah yang memerintah dari tahun 41H).

Al-Qu'ran mula dicetak dengan mesin cetak pada tahun 1694M di kota Hamburg, Jerman. Al-Qur’an dalam bentuk mushaf digunakan sehingga ke hari ini, mengandungi 30 Juzu’, 114 surah, 6666 ayat (6236).

Ayat yang mula-mula diturunkan ialah surah al-‘Alaq. Ayat dan surah ini diturunkan pada tahun 17 Ramadhan (6 ogos 610M), diturunkan kepada Nabi Muhammad (S.A.W.) ketika Nabi sedang berkhalwat di Gua Hira’ (Jabal Nur).

Ayat yang terakhir diturunkan (mengikut setengah pendapat) ialah ayat:
اليوم أكملت لكم دينكم وئاتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الإسلام دينا)

"Al-Yauma akmaltulakum diinakum wa atmamtu alaikum ni’mati wa radhitulakumul Islama diina".

Ertinya “Hari ini telah Aku sempurnakan agamamu, dan telah aku cukupkan anugerahKu kepadamu, dan redhalah Aku Islam itu menjadi agamamu”.

Diturunkan tatkala Nabi sedang mengerjakan haji di Arafah pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah.

Ayat-ayat Al-Qur’an ada yang diturunkan sebelum Rasulullah (S.A.W.) berhijrah ke Madinah dan dinamakan ayat-ayat ini dengan nama ayat Makkiyah (lihat Surah Makkiyah) dan ada yang diturunkan selepas Rasulullah (S.A.W.) berhijrah ke Madinah dan dinamakan ayat-ayat ini dengan nama ayat Madaniyyah (lihat Surah Madaniyyah).

Nama-nama Al-Quran

Terdapat lebih daripada 10 nama Al-Qur'an dirakamkan oleh Allah dalam kitabNya. Nama-nama itu menepati ciri-ciri dan kriteria Al-Qur'an itu sendiri.

1. Al-Kitab = الكتاب (Kitab)

Perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan baris tanwin di akhirnya (كتابٌ = kitabun) memberikan makna umum iaitu sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan lam di depannya menjadi (Al Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (kata nama tertentu). Dalam hubungan ini, nama lain bagi Al-Qur'an itu disebut oleh Allah adalah Al-Kitab.


“Kitab (al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya, (menjadi) petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”. (al-Baqarah: 2)

2. Al-Hudaa = الهدى (Petunjuk)

Allah SWT telah menyatakan bahawa Al-Qur'an itu adalah petunjuk. Dalam satu ayat Allah menyatakan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia (2:185) dan dalam satu ayat yang lain Allah nyatakan ia sebagai petunjuk bagi orang-orang betaqwa. (3:138 )

“Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil)” … (al-Baqarah: 185)

3. Al-Furqan = الفرقان (Pembeza)

Allah SWT memberi nama lain bagi Al-Qur'an dengan Al-Furqan beerti Al-Qur'an sebagai pembeza antara yang haq dan yang batil. Mengenali Al-Qur'an maka kesannya sewajarnya dapat mengenal Al-Haq dan dapat membezakannya dengan kebatilan.

“Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Qur'an) kepada hambaNya (Muhammad)” …
(al-Furqan: 1)

4. Ar-Rahmah = الرحمة (Rahmat)

Allah menamakan Al-Qur'an dengan rahmat kerana dengan Al-Qur'an ini akan melahirkan iman dan hikmah. Bagi manusia yang beriman dan berpegang kepada Al-Qur'an ini mereka akan mencari kebaikan dan cenderung kepada kebaikan tersebut.

“Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an (sesuatu) yang menjadi penawar serta rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang-orang yang zalim (Al-Qur'an itu) hanya akan menambah kerugian”.
(al-Isra: 82)

5. An-Nuur = النار (Cahaya)

Panduan yang Allah gariskan dalam Al-Qur'an menjadi cahaya dalam kehidupan dengan mengeluarkan manusia daripada taghut kepada cahaya kebenaran, daripada kesesatan dan kejahilan kepada kebenaran ilmu, daripada perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri semata-mata kepada Yang Maha Mencipta dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

“Dengan kitab itulah Allah member petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari kegelapaan kepada cahaya dengan izinNya dan menunjukkan ke jalan yang lurus”.
(al-Maidah: 17)

6. Ar-Ruuh = الروح (Roh)

Allah SWT telah menamakan wahyu yang diturunkan kepada rasulNya sebagai roh. Sifat roh adalah menghidupkan sesuatu. Seperti jasad manusia tanpa roh akan mati, busuk dan tidak berguna. Dalam hubungan ini, menurut ulama, Al-Qur'an mampu menghidupkan hati-hati yang mati sehingga dekat dengan Penciptanya.

“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) Ruuh (Al-Qur'an) dengan perintah Kami”, …
(asy-Syura: 52)

7. Asy-Syifaa’ = الشفاء(Penawar)

Allah SWT telah mensifatkan bahawa Al-Qur'an yang diturunkan kepada umat manusia melalui perantaraan nabi Muhammad SAW sebagai penawar dan penyembuh. Bila disebut penawar tentu ada kaitannya dengan penyakit. Dalam tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa Al-Qur'an adalah penyembuh dari penyakit-pnyakit yang ada dalam hati manusia seperti syirik, sombong, bongkak, ragu dan sebagainya.

“Wahai manusia! Sungguh, telah Kami datangkan kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman”.
(Yunus: 57)

8. Al-Haq = الحاق (Kebenaran)

Al-Qur'an dinamakan dengan Al-Haq kerana dari awal hingga akhirnya, kandungan Al-Qur'an adalah semuanya benar. Kebenaran ini adalah datang daripada Allah yang mencipta manusia dan mangatur sistem hidup manusia dan Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Oleh itu, ukuran dan pandangan dari Al-Qur'an adalah sesuatu yang sebenarnya mesti diikuti dan dijadikan ukuran kesempurnaan yang paling utama dalam mempertimbangkan sesuatu.

“Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau (Muhammad) termasuk orang-orang yang ragu”.
(al-Baqarah: 147)

9. Al-Bayaan = البيان (Keterangan)

Al-Qur'an adalah kitab yang menyatakan keterangan dan penjelasan kepada manusia tentang apa yang baik dan buruk untuk mereka. Menjelaskan antara yang haq dan yang batil, yang benar dan yang palsu, jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Selain itu Al-Qur'an juga menerangkan kisah-kisah umat dahulu yang pernah mengingkari perintah Allah lalu ditimpakan dengan berbagai azab yang tidak terduga.

“Inilah (Al-Qur'an) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.
(al-Baqarah: 138 )

10. Al-Mau’izhah = الموعظة (Pengajaran)

Al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah adalah untuk kegunaan dan keperluan manusia, kerana manusia sentiasa memerlukan peringatan dan pelajaran yang akan membawa mereka kembali kepada tujuan penciptaan yang sebenarnya. Tanpa bahan-bahan pengajaran dan peringatan itu, manusia akan terlalai dan alpa dari tugasnya kerana manusia sering didorong oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan dari mengingati dan mentaati suruhan Allah.

“Dan sungguh Kami telah mudahkan Al-Qur'an untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? (daripada Al-Qur'an ini)”.
(al-Qamar: 22)

11. Adz-Dzikr = الذكر(Pemberi Peringatan)

Allah SWT menyifatkan Al-Qur'an sebagai adz-dzikra (peringatan) kerana sebetulnya Al-Qur'an itu sentiasa memberikan peringatan kepada manusia kerana sifat lupa yang tidak pernah lekang daripada manusia. Manusia mudah lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia mahupun lupa terhadap tuntutan-tututan yang sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu golongan yang beriman dituntut agar sentiasa mendampingi Al-Qur'an. Selain sebagai ibadah, Al-Qur'an itu sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab kita.

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-zikra (Al-Qur'an) dan Kamilah yang akan menjaganya (Al-Quran)”.
(al-Hijr: 9)

12. Al-Busyraa = البشرى (Berita Gembira)

Al-Qur'an sering menceritakan khabar gembira bagi mereka yang beriman kepada Allah dan menjalani hidup menurut kehendak dan jalan yang telah diatur oleh Al-Qur'an. Khabar-khabar ini menyampaikan pengakhiran yang baik dan balasan yang menggembirakan bagi orang-orang yang patuh dengan intipati Al-Qur'an. Telalu banyak janji-janji gembira yang pasti dari Allah untuk mereka yang beriman dengan ayat-ayatNya.

“Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (Muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan Kami turunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim)”.
(an-Nahl: 89)

Air

Air : Di dalam Islam air digunakan untuk menyucikan hadas kecil dan hadas besar, menyucikan najid dan menggunakannya untuk mengambil wudhu’. Air yang sah dipakai untuk bersuci ada lima jenis air:

1. Air yang turun dari langit seperti air hujan dan embun.
2. Air yang keluar dari bumi seperti air mata air, air sumur dan air paip.
3. Air sungai.
4. Air laut.
5. Air salji (ais).

Air yang lima tersebut dibahagi pula kepada empat bahagian:

1. Air Mutlak,
2. Air Musyammas,
3. Air Mutanajjis, dan
4. Air Mustakmal.


Air Yang Bercampur
Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu:

1. Majawir - cara Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu adalah air mutlak.

2. Mukhalit - cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta'amal.

Air muqayyad

Air muqayyad (مقيد) pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi.

Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua:

Qayyad Lazim - iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.

Qayyad Musfaq - iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.

Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air mutaghayyir (المياه متغير) "almiahu Mutaghayyir" yang membawa pengertian air bervariasi.


Air Qaid Lazim

Air yang ada kaitan dengan jenama-jenama lain untuk memperkenal-kannya. Kalau tidak disebut orang tidak akan faham.

Contohnya:
a. Air Kelapa

b. Air Tebu

c. Air Mawar

d. Air Kopi

Hukum Air Qaid Lazim

Suci hanya pada dirinya sahaja tetapi tidak sah digunakan untuk menyucikan yang lain.

Air Mutlak

Air Mutlak : Air yang suci lagi menyucikan, iaitu suci pada zatnya serta boleh menyucikan yang lainnya. Air mutlak ialah air yang tidak dikaitkan dengan nama-nama lain, seperti air sungai, air perigi, air mata air, air embun, air hujan dan sebagainya

Air Mustakmal

Air Musta'mal : Iaitu air yang suci pada zatnya tetapi tidak boleh menyucikan yang lain, iaitu air yang telah digunakan untuk berwudhu’, mandi atau bekas menyucikan najis.

Air Musyammas

Air Musyammas : Air yang suci lagi menyucikan, seperti air yang didedahkan kepada cahaya matahari, diletakkan di dalam bekas tin atau bekas tembaga. Jika air yang dijemur dipanas matahari tetapi berada di dalam bekas plastik, kayu, atau pelepah pohon, tidak menjadi air musyammas.

Hukum menggunakan air musyammas adalah makruh kerana mungkin boleh mendatangkan penyakit kulit. Walaubagaimanapun hukumnya menjadi harus apabila dalam keadaan kesulitan air.

Air ini suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian.


Air Musyammas apabila terkena kulit atau tubuh badan boleh menyebabkan penyakit sopak, kusta dan sebagainya. Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-

"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)

Untuk mengembalikan kepada air mutlak maka air ini hendaklah di sejatkan dan disejukkan serta diheningkan beberapa hari. Jika didapati bekas itu berkarat yang nyata maka sebaiknya dibuangkan sahaja.

Azan

Azan: Iaiatu pemberitahuan tentang masuknya waktu solat. Mengikut bahasa ertinya memperdengarkan. Menurut syarak, azan bererti pemaklumam masuknya waktu solat dengan lafaz-lafaz yang tertentu. Azan biasanya dialunkan pada awal waktu setiap masuknya waktu solat. Hukumnya sunat muakkad. Lafaz-lafaz azan adalah seperti berikut:

الله أكبر الله أكبر
أشهد أن لا اله الله
أشهد أن محمدا رسول الله
حي علي الصلاة
حي علي الفلاح
الله أكبر الله أكبر
لا اله الله
Ertinya :
Allah Maha Besar - Allah Maha Besar
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain yang berhak disembah melainkan Allah
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah bersembahyang
Marilah Menuju Kejayaan
Allah Maha Besar - Allah Maha Besar
Tiada Tuhan Yang lain Melainkan Allah.
Bagi solat subuh lafaz azan ditambah dengan lafaz berikut:


الله أكبر الله أكبر

أشهد أن لا اله الله

أشهد أن محمدا رسول الله

حي علي الصلاة

حي علي الفلاح

الصلاة خير من النوم

Iaitu sebelum lafaz Allahu Akbar yang terakhir.

Azan Sunat dilakukan di tempat yang tinggi. Dalam solat sunat tidak perlu dilakukan azan. Azan juga sunat dilaungkan setiap kali nak mendirikan sembahyang. Azan tidak disunatkan di kalangan para jamaah perempuan kerana khuatir dengan sebab menyaringkan suara akan menjadi fitnah kepada lelaki yang mendengarnya, mengikut pendapat yang masyhur.

Orang yang mula-mula sekali melaungkan lafaz azan ialah Bilal bin Rabah di Masjid Madinah. Orang yang melaungkan azan dipanggil Muazzin atau Bilal, diambil sempena nama Bilal bin Rabah. Azan mula-mula disunatkan pada ketika itu iaitu pada tahun pertama hijrah.

Dalil Permulaan Azan


Maksudnya : "Dahulu kaum Muslimin ketika tiba di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat lima waktu dan tidak ada seorangpun yang melalakukan Azan untuk memanggil solat. Lalu suatu hari mereka berbincang tentang (cara memanggil orang bersolat), maka berkatalah sebahagian daripada mereka, "jadikanlah loceng (bunyian loceng sebagai alat pemanggil) sebagaimana loceng orang-orang Nasrani". Berkata pula sebahagian yang lain "kita jadikan trompet (sebagaialat pemanggil) seperti trompet orang-orang Yahudi". Lalu Umar berkata : "Mengapa tidak ditetapkan (diadakan)seorang lelaki yang (bertugas) menyeru (Azan) kepada solat. Maka bersabda Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam: "Wahai Bilal...bangun dan serulah (orang) ramai kepada solat (Azan)".  (H.R Muslim)

Qaf

( ق ) Huruf yang ke 21 dalam penulisan jawi dan yang ke 20 dalam penulisan bahasa Arab.

Alif

( أ ) Huruf yang pertama dalam penulisan jawi dan bahasa Arab.

Dhzo

( ظ ) Huruf yang ke 17 dalam penulisan jawi dan yang ke 16 dalam penulisan bahasa Arab.

Dzal

( ذ ) Huruf yang ke 9 dalam penulisan jawi dan yang ke 8 dalam penulisan bahasa Arab.

Zai

( ز ) Huruf yang ke 11 dalam penulisan jawi dan yang ke 10 dalam bahasa Arab.

Ya'

( ي ) Huruf yang ke 31 dalam penulisan jawi dan ke 29 dalam penulisan bahasa Arab.

Wau

( و ) Huruf yang ke 27 dalam penulisan jawi dan yang ke 25 dalam penulisan bahasa Arab.

Ubudiyyah

Iaitu suatu perkara yang berkaitan dengan perbuatan ...............

Ta'

( ت ) Huruf yang ke 3 dalam penulisan jawi dan bahasa Arab.

S.W.T.

Ringkasan bagi frasa Subhanahu Wa Taala ( سبحانه وتعالى ). Merupakan pujian bagi Allah s.w.t.

S.A.W.

Ringkasan bagi perkataan Sollallahu Alaihi Wasallam. ( صلى الله عليه وسلم )

Samak

Sama': Salah satu daripada sifat Allah daripada 20 sifat yang wajib bagiNya. Ertinya mendengar dan ini merupakan sifat wajib bagi Allah s.w.t. .........................

Samak: Menyucikan sesuatu yang bersentuhan dengan Anjing dan Babi.

Rasulullah

Beliau ialah Muhammad bin Abdullah. Nabi dan Rasul bagi umat Islam.................................

PAS

Parti Islam SeMalaysia, sebuah parti yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).
Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.
Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).
PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.
Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.
Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.
Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.
Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British. Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945.
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.
Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah. PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya. Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.
MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama. Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.
Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.
Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.
Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.
Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.
Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).
Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
  • Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
  • Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
  • Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
  • Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
  • Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
  • Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan. Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.
Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.
Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:

Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
Persatuan ulama dari Kedah.
Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.

Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi.
Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:
Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung
Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung
Tuan Haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)
Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)
Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan)
Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung
Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Bendahari Agung

Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:
Tuan Haji Yahya Joned
Tuan Haji Uthman Talib
Tuan Haji Mohammad Nor
Tuan Haji Zabidi Ali
Tuan Haji Abdul Wahab
Tuan Haji Assaiya
Muhammad Mahzub
Tuan Haji Ahmad Nadur.

Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi.

Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah.

Akhirnya, dalam satu Perhimpunan Khas pada September 1953, Haji Ahmad Fuad terpaksa mengambil jalan keluar dengan meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn (menyertai Parti Negara).

Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.
Presiden
Hj Ahmad Fuad bin Hassan 1951 - 1953
Dr Hj Abbas bin Hj Ilias (Pemangku) 1953 - 1956
Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor (Al-Helmi) 1956 - 1969
Tan Sri Mohd Asri Haji Muda

(Pemangku ketika Dr Burhanuddin menjadi tahanan ISA) 1965 - 1966
Tan Sri Mohd Asri Haji Muda 1969 - 1982
Tuan Guru Haji Yusuf Rawa 1982 - 1989
Dato' Haji Fadzil Mohd Noor 1989 - 2002
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 2002 - kini

Othman bin Affan r.a.

Sahabat Rasulullah dan juga Khalifah yang ke 3 selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Dilahirkan pada tahun ke

Nun

Huruf yang ke 26 dalam penulisan jawi dann yang ke 24 dalam penulisan bahasa Arab.

Min

( م ) Huruf yang ke 32 dalam penulisan jawi dan yang ke 30 dalam penulisan bahasa Arab.

Lam

Huruf yang ke 31 dalam penulisan jawi dan yang ke 29 dalam penulisan bahasa Arab.

Kaf

( ك ) Huruf yang ke 22 dalam penulisan jawi dan yang ke 21 dalam penulisan bahasa Arab.

JIM


JIM: Jamaah Islam Malaysia (JIM) ditubuhkan pada hari Jumaat 27 Julai 1990 bersamaan 5 Muharam 1411 apabila pendaftarannya diterima oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Sejak itu JIM berkeyakinan bahawa ia dapat menyumbang untuk pembangunan Islam dan masyarakat.

Penubuhan sayap Wanita JIM pada tahun 1993 terus menyemarakkan penglibatan wanita dalam dakwah.

Dengan misi “Bersama Islam Membina Masyarakat”, JIM terus berkembang dan menempatkan diri dalam masyarakat melalui beberapa model pengoperasian dan institusi sosio-dakwah JIM.

JIM kini mempunyai 14 cawangan Negeri dan 54 cawangan Daerah dan keahliannya telah mencecah lebih dari 8,000 orang.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia atau JIM, mengasaskan kewujudannya dengan menghayati pengertian al-islah yang membawa maksud pembaikan, pembaharuan serta mewujudkan perdamaian.

JIM adalah gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti da'wah dan pembangunan sosial sebagai teras aktivismenya.

Ruang untuk JIM bergerak bagi menjayakan program-program pengislahan dan pembangunan ummah adalah terlalu luas dengan ia terus mengambil susuk sebagai sebuah organisasi da'wah dan sosial. JIM akan terus beriltizam menjadi salah sebuah entiti strategik dalam ummah ini bagi melahirkan golongan saleh wa musleh.

Ahlinya terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat yang beragama Islam, tetapi kebanyakkan mereka terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, engineer, lawyer, guru, dan lain-lain lagi. Jamaah ini bergerak aktif sebagai sebuah NGO di Malaysia bagi memperjuangkan kepentingan orang-orang Islam samada dari segi kemasyarakatan, politik dan juga ekonomi.

Kini JIM sudah bertukar namanya sebagai IKRAM atau Pertubuhan IKRAM Malaysia.


Pertubuhan IKRAM Malaysia. ditubuhkan  pada 22 Oktober 2009 beribu pejabat  di no. 9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Fokus aktivitinya ialah  hal ehwal yang bersangkutan dengan Islam. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan bahkan ia bersifat Islamiah. Ia bermatlamat untuk menyebarkan dakwah Islamiah, pengasuhan dan juga menjalankan kebajikan.

IKRAM dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 5,500 orang pendokongnya di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), The Mines Resort, Seri Kembangan, Selangor, pada 20 Jun 2010.

Pertubuhan ini merupakan penggembelingan tenaga-tenaga yang sebelum ini aktif di dalam beberapa buah organisasi seperti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Musleh, Aqsa Syarif, Medical Interest Group (MIG), Majlis Syura Muslimun (MSM) UK dan Ireland, dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS).

Matlamat IKRAM ialah:

Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;

Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak

Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;

Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;

Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;

Menegakkan syariat Islam secara praktikal;

Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;

Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat

Jim

Huruf yang ke 5 dalam penulisan jawi dan bahasa Arab.

Jamaah

Kumpulan orang yang tertentu dengan membawa jalan amalan dan cara hidup yang tertentu.

Hhaa

Huruf yang ke 6 dalam penulisan jawi dan bahasa Arab.

Ha'

Huruf yang ke 28 dalam penulisan jawi dan yang ke 27 dalam bahasa Arab.

Gha

Huruf yang ke 23 dalam penulisan jawi dan yang ke 22 dalam bahasa Arab.

Fa'

Huruf yang ke 26 dalam penulisan jawi dan yang ke 25 dalam bahasa Arab.

Hari Wukuf

Kuala Lumpur 7 Disember sebagai hari wukuf

RUJUKAN

Rujukan yang digunakan dalam Ensiklopedia Mukmin:

BUKU DAN KITAB

Al-Qur'an al-Karim

Al-Qur'an Terjemahan Pimpinan Rahman

Al-Qur'an dan Terjemahan Microsoft Word

Hadith Sahih Muslim

Hadith Sahih Bukhari

Hadits 40 Imam Nawawi

Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Muhammad Abd. Hamid, Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur Jilid 1, 2004.

Pedoman Lengkap Fiqh Islam, Muhammad Abd. Hamid, Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur Jilid 2, 2004.

Mughnil Muhtaj jilid 3, Mustafa al-Babi al-Halabi, Mesir, 1958.

Hukum Perkahwinan Islam, Dr. Peunoh Daly, Selangor, 1994.

Pengantar Usul Fiqh, Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, 1997.

Kitab Fikah Mazhab Syafie, Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, Jilid 1. 1998.

Kitab Fikah Mazhab Syafie, Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, Jilid 2. 1998.

Kitab Fikah Mazhab Syafie, Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, Jilid 3. 1998.

Kitab Fikah Mazhab Syafie, Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, Jilid 4. 1998.

Ensiklopedia Asas Fardhu Ain, Dr. Muhammad Firdaus, Selangor, 2005.
Usul al-Fiqh wa al-Qawa’id Fiqhiyyah, Muhammad Yusuf Muhammmad, Kota Bharu, 1993.

Muzilul Ilbas fii Al Ahkam ‘Alan Nas, Sa’id bin Shabir Abduh, Griya Ilmu, Jakarta, Cetakan Pertama, 2005.

Program Jarak Jauh, Fakaulti Pengajian Islam, Dr. Mohd. Nasran Mohamad, Anuar Omar, Mohd Zamro Muda, Mohammad Zaini Yahaya, Metodologi Fiqh, UKM, Bangi, 2001.

Syarh al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, Ahmad Ibn al-Syeikh Muhammad al-Zarqa, Dar al- Qalam, Damsyik, 1987.

Sejarah Umat Islam, Dr. Hamka, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, hlm. 346. 1980.

Ikhtisar Perkembangan Islam, Dusuki Hj. Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 1994.

Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khalifah Islamiah, Dr. Eeman Mohamed Abbas, 2002, Pustaka Salam SDN.BHD, Kala Lumpur.

Al-Arab Wa Al-Atrak; al-Inbiath min al-Athhmanah ila al-‘Amanah, Dr. Sayyar al-Jamil, Markaz Dirasat al-Wihdah al-‘Arabiyyah. 1997.

Suriya wa al-‘ahd al-Othmaniyy Fi Ghaayatil Ikhtisor , Yusuf al-Hakim, Bairut, 1964.

Kelengkapan Orang-Orang Soleh, Jilid 1, Pustaka Nasional, Singapura, 1993.

Kelengkapan Orang-Orang Soleh, Jilid 2, Pustaka Nasional, Singapura, 1993.

Kifayatul Akhyar , Imam Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhammad Al-Husaini,

Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullahu, Taisirul Lathifil Mannan,

Mustapha Abdul Rahman, Matan al-Arba’iin, Dewan Pustaka Fajar, Kuala Lumpur, 1987

Riadhus Solihin, Percetakan Nasional, Singapura, 1986.

Al-Fiqhul Wadhih, Dr. Mohd. Bakar Ismail, vol 1,

Hadis Hukum, Prof. T.M Hasbi, As-Shiddieqy, Vol 4.

Al-Fiqh Islami Wa Adillatuhu, vol 2

Subulus Salam, vol. 2

Jelajah Alam Jin, Hj. Wan Halim Bashah (IBHAR)

Akidah Islam-Pola Hidup Manusia Beriman, Sayid Sabiq, Pustaka Nasional, Singapura, 1994.

At Taubat Ila Allah, Dr. Yusuf al Qardhawi, Maktabah Wahbah, Kairo, Cetakan Pertama 1998,

Madaarij Saalikiin, Syeikh Muhammad Hamid al Faqi, Cetakan As Sunnah Al Muhammadiyyah,

An-Nihaayah Fil Fitan wal Malaahim (Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Kiamat), Abul Fidaa' Ismail al-Quraisy (Ibnu Kathir),

Bimbingan Penghayatan Kesempurnaan Solat, Ustaz Johari Yaman, Nadi Minda Resources, Selangor, 2010.

Durratun Naasihin (Mutiara Mubaligh), Usman al-Khaibani,

Kamus Al-Qur'an, PTS Islamika Sdn. Bhd. Selangor, 2009.

AL-IMAM TAQIYUDDIN ABI BAKAR BIN MUHAMMAD AL-HUSAINI, KIFAYAH AL-AKHYAR FI HILLI GHAYAH AL-IKHTISAR, DAR AL-KUTUB AL-ILMIYAH, BEIRUT, JLD 2

QANUN JINAYAH SYAR`IYYAH, HAJI SAID HAJI IBRAHIM, CETAKAN PERTAMA 1996, DARUL MA`RIFAH, KUALA LUMPUR

AHKAM AL-SULTANIAH WA AL-WILAYATI AL-DINIYYAH, ABI HASAN ALI BIN MUHAMMAD BIN HABIB AL-BAGHDADI AL-MAWARDI, DAR AL-KUTUB AL-ILMIAH, BEIRUT

SYARH AL-`AQIDATI AL-TOHAWIYYAH, JUZ 2, CETAKAN KE-13 TAHUN 2000, MUASSASAH AL-RISALAH

AL-ADILLATU AL-SYAR`IYYAH FI BAYANI HAQQI AL-RA`IYYAH, SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN SABIL, DAR AL-SALAF, RIYADH


SYARH AL-NAWAWI LI SAHIH MUSLIM, JUZ 12, CETAKAN KE-7 TAHUN 2000, DAR MA`RIFAH, BEIRUT.



LAMAN WEB DAN BLOG

Wikipedia.com (Bahasa Inggeris)

Wikipedia.com ( Bahasa Melayu )

ahlulhadist.wordpress.com

Dal

( د ) Huruf yang yang ke 9 dalam penulisan jawi dan yang ke 8 dalam bahasa Arab

Cha

( ) Huruf yang keenam dalam penulisan jawi dan tidak terdapat dalam bahasa Arab.

Ba'

( ب ) Huruf yang kedua dalam penulisan jawi dan bahasa Arab.

Abad

Abad : atau kurun (Bahasa Inggeris = century), merujuk kepada tempoh masa seratus tahun.

Satu abad bersamaan dengan sepuluh dekad. Abad ini, abad ke-21, bermula pada 1 Januari 2001 hingga 31 Disember 2100.

Manakala dekad (Bahasa Inggeris = Decade) merujuk kepada tempoh masa sepuluh tahun. Sepuluh dekad bersamaan dengan satu abad.

Qunut

Qunut : Qunut adalah dari perkataan Arab yang bererti ‘taat dan khusyuk kepada Allah’. Ia adalah satu istilah kepada perbuatan Rasulullah SAW yang mengangkat tangan berdoa selepas bangkit daripada rukuk rakaat yang terakhir.

Qunut yang warid (bersumberkan amalan) daripada Rasulullah adalah seperti qunut Solat Witir dan Qunut Nazilah. Mazhab Imam Syafi'e meletakkan Qunut Subuh Sebagai perkara sunat yang amat dituntut iaitu Sunat Mua'akad. Jika tertinggal qunut subuh maka hendaklah digantikan dengan Sujud Sahwi. Pendapat ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: "Solat yang lebih utama ialah memanjangkan qunut".

Menurut Imam Maliki, beliau berkata bahawa qunut subuh itu 'mustahab' (sesuatu perbuatan yang disukai nabi, tetapi tidak dibiasakannya).

Imam Malik dan Imam Syafi'e bersandarkan kepada hadits : Dari Anas r.a. berkata : Sentiasalah Rasulullah s.a.w. melakukan qunut dalam solat subuh sehingga beliau meninggal dunia". (HR Jama'atul Huffaz)

Dari Ibnu Sirin berkatalah dia, "Pernah aku bertanya kepada Anas : Pernahkah Rasulullah s.a.w. qunut pada solat subuh?. Ia menjawab: Ya, iaitu sesudah rukuk sebentar". (HR Bukhari dan Muslim)

Akan tetapi Abu Hanifah pula berkata: "Bahawa sesungguhnya diwaktu solat subuh tidak boleh membaca qunut, sebab qunut itu tempatnya hanya di Solat Witir".

Beliau berpegang kepada dalil, dari Abi Hurairah r.a. bahawasanya nabi pernah qunut di solat subuh, hingga katanya: "Kemudian sampai khabar kepada kami, bahawa qunut itu telah ditinggalkan tatkala turun ayat. 'Itu bukan urusan engkau wahai Muhammad, apakah Allah memberi taubat mereka, atau mengazab mereka sebab mereka orang yang aniaya". (HR Muslim).

Dari Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. pernah qunut sebulan lamanya sesudah rukuk, yang mendoakan suku-suku Arab, kemudian ditinggalkannya".(HR Bukhari dan Muslim).

Hadits-hadits di atas dijawab oleh ulamak mazhab syafi'e, bahawa qunut yang ditinggalkan hanyalah qunut nazilah, yang sifatnya mengutuk dan mendoakan kehancuran, tetapi qunut yang sifatnya tidak mengutuk tidak ada keterangan yang jelas bahawa nabi meninggalkannya, terutamanya qunut subuh.